Bab 30

131K 3.9K 269
                                    

"Huwarghh," Rayyan mengeliat tatkala melihat sinaran matahari menyelinap masuk ke dalam biliknya. Pelik. Rasanya, semalam dah tutup langsir betul-betul. Siapa yang buka ni?

Pak pom pak pom puk pak. Bunyi kuali dan senduk bergema di ruang bilik Rayyan. Terus Rayyan menoleh sambil menutup telinganya. Bingit beb! Kelihatan Arissa sedang memukul dengan riang.

"Ha! Bangun pun kau! Cepat, hantarkan aku pergi kolej," arah Arissa untuk pertama kalinya. Ulang suara. UNTUK PERTAMA KALINYA. Rayyan hampir tercengang. Biar betul, ni bini dia?

"Hoi! Kau dengar tak?" Rayyan mengangguk. Arissa tersenyum kemenangan. Bagus! Tiba-tiba Arissa meluru ke arah Rayyan dan chup! Satu ciuman hinggap di pipi Rayyan. Kali ni, Rayyan ternganga.

"Thanks! Cepat sikit tau! Aku tunggu kat bawah!" Arissa berkata dengan selamba sambil melarikan dirinya. Sebenarnya, dia rasa malu. Malu gila. Tapi, sengaja nak mempermainkan Rayyan pula. Hahaha. Seronok. Rayyan pula masih kaku di atas katil. Betulkah itu isteri dia? Biar betul? Oh My Goat. Dia pula jadi tak betul.

"Rayyan! Cepatlah!" "Ha okey!" sahut Rayyan lalu bergegas menyiapkan diri. Alahai, ikut jelah. Siapa suruh cari pasal? Pandai-pandai lagi. Ha! Padan muka!

Arissa melambaikan tangannya dengan perasaan yang entah. Macam tak ada apa-apa berlaku. Macam pasangan bahagia. Padahal, hak puii. Arissa segera merangkul lengan Mia. Menghiraukan Rayyan dengan kereta putih dia tu. Ceq tak heran na!

"Wow, happynya. Ada apa-apa ke ni?" tegur Mia. Arissa hanya tersenyum riang. Haah. Memang bahagia. Bahagia buli suami sendiri. "Tak ada apalah Mia. Hehe. Eh, jom makan tiramisu. Rissa belanja," ajak Arissa sambil menunjukkan not 50 sehelai. Alah, sehelai je. Ini pun Arissa 'upah' ciuman kat erm kat mana eh? Dahi lah. Dahi dan pipi.

"Yeay! Jom! Lepas ni, kita pergi restoran tempat Mia kerja kan?" hampir tersedak Arissa dibuatnya. Masya Allah! Lupa nak minta izin dengan Rayyan. Macam mana ni?

"Err..err.." lambat-lambat Arissa menjawab persoalan Mia. Mia pula sudah menunjukkan memek muka hampa. "Tapi awak dah janji," kendur suara Mia. Arissa jadi serba salah pula.

"Tak. Bukan tak jadi, Mia. Tapi, saya terlupa nak minta izin suami saya," ujar Arissa. Tiba-tiba Mia ketawa. Aik, apa yang lucu sangat ni? "Kenapa?"

"Tu je? Ingatkan apa. Tak apalah, calllah dia. Minta izin," boleh tu memang boleh. Tapi, nak cakap macam mana? Baik-baik ke? Haihh. Menyusahkanlah kalau terlupa ni. Akhirnya, selepas beberapa puluhan minit,Arissa akur juga. Hey, ingat senang ke nak buat keputusan? Nombor Rayyan didail.

"Assalamualaikum," sapa Arissa di talian. Rayyan yang menyelak fail tiba-tiba berhenti. Memandang ke arah skrin telefon. Betulkah ini isteri dia yang telefon? Tak pernah-pernah.

"Waalaikumsalam. Yes, why?" Arissa menggigit bibir. Nak cakap macam mana eh? Guna panggilan apa? Esy! Lagi susah dari buat karangan bahasa Melayu!

"Erm. Lepas kuliah, aku dengan Mia nak pergi jalan-jalan. Boleh tak?" "Pergi mana?" ah, sudah! Sibuk je nak tahu! "Adalah. Satu tempat tu," jawab Arissa berahsia. Rayyan di pejabat sudah menggelengkan kepala. Apa punya bini da. "Kau nak pergi mana?"

"Pergi tempat yang kau berkissing dengan betina tu lah," jawab Arissa perlahan. Tak nak sesiapa dengar. Aib suami pun kena jaga. Tak baik tau. Dosa. Rayyan mendiamkan diri sebentar. Tempat kat situ? Tempat Mia bekerjalah kan? Boleh ajak Ammar ni.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now