Bab 53

74.6K 2.5K 81
                                    

Kamal mengeluh lega. Akhirnya. Akhirnya dia telah berjaya menjadi lelaki sejati! Oyeyeh! Malam ni, keluarga Rin tak bagi dia balik KL. Terpaksalah Kamal bermalam kat sini. Tapi, tak kisahlah. Asalkan serumah dengan gadis pujaannya. Ciiaaaakk!

Almari kayu dibuka. Ada baju Tshirt putih lengan pendek dengan kain pelikat je. Kamal menggaru pelipisnya. Duh. Dia mana biasa pakai kain pelikat ni. Pijama biasalah. Walau apa-apa pun, kain pelikat dan baju dicapai. Pakai ajelah. Malam ni je.

Tok. Tok. Tok. Kamal tersentak. Kepalanya ditoleh ke arah pintu. Kamal mendekati pintu lalu membuka. Tersembul wajah Rin. "Erm. Abah ajak makan," kata Rin perlahan. Rin tunduk memandang lantai. Malu.

Kamal mengangguk. "Okey. Nanti Kamal turun. Rin turun lah dulu," putus Kamal. Rin tidak mengangguk mahu menggeleng. Kamal pelik. "Kenapa?"

"Abah suruh Rin turun dengan Kamal." Erk. Okey. Ini terlampau pelik tapi tak apalah. Bagus juga. Kamal mengangguk. "Okey. Kejap eh. Kamal nak tukar baju dulu," pintu terus ditutup usai bercakap. Kamal terus menukarkan pakaian. Sebelum keluar, cermin menjadi tatapannya. Rambut dibetulkan sedikit.

Dia rasa sesuatu tak kena pula. Baju dia. Baju dia terlalu ketat sampai ternampak dada dia. Auch. Tak kisahlah. Dada bukan aurat pun. Kamal keluar. "Jom," ajak Kamal. Kamal dan Rin pun berjalan beriringan.

Sesampai di dapur, kedengaran suara sakat-menyakat. Kamal terus memberhentikan langkahnya. Aduh. Malu. "Ha. Kenapa pula kau berhenti tu Kamal? Nak aku jemput ke?" sakat Amri. Kamal mencebik. Eleh. Mentang-mentanglah ni rumah dia.

"Boleh juga. Jemput guna kereta limo ya? Saya tunggu ni," Kamal melayankan aje perangai Amri. Muka selamba badak dipamerkan. Amri mencebik. Dah pandai dah Kamal menjawab. "Maaflah. Aku tak ada kereta limo. Aku bukan kaya macam kau. Manalah aku mampu nak beli limo ni."

Kamal tersenyum. "Kau ni. Aku memain je lah." Kamal meneruskan langkahnya ke meja makan. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Amri. Disikunya siku Amri. Amri mencebik. "Yelah yelah."

"Kamal, jemput makan," pelawa abah Rin. Kamal mengangguk sambil tersenyum. Belum sempat tangannya ingin mencapai senduk nasi, ibu Rin terlebih dahulu menyampuk.

"Rin, sendukkanlah nasi untuk Kamal." Kamal diam. Dia terus memberhentikan langkahnya. Senduk dilepaskan serta-merta. Rin pula bangkit dari kerusi lalu menyedukkan nasi untuk Kamal. Kamal senyap. Hati dia berdebar-debar. Mata langsung tak berani nak tengok wajah Rin.

"Terima kasih," ucap Kamal lalu mencapai lauk-mauk yang berdekatan. Dia rasa janggal but ya. First step is the hardest one. Usai makan, Kamal terus mencuci pinggan namun perbuatannya terhalang. "Tak apa. Biar Rin basuh."

"Eh. Tak apa. Biar Kamal je basuh. Penat Rin dari tadi buat kerja. Sikit je ni," tolak Kamal lembut. Tangannya masih ligat membasuh pinggan. Rin terdiam lalu tersenyum.

"Ciri-ciri suami mithali," ucap Rin perlahan. Kamal terus menoleh memandang Rin. "Pardon?"

Rin senyap. Tak faham. "Maksud?" soal Rin. Kamal senyap. Lupa. Rin tak faham sangat bahasa Inggeris. "Ulang balik," jawab Kamal. Rin mengangguk. Setelah itu, dia menggeleng. "Tak ada apalah." Malu. Malu! Terlepas cakap!

Kamal ketawa. Pili air ditutup. "Ingat Kamal tak dengar ke? Ciri-ciri suami mithali ya? Erm. Lepas kahwin mithali tu tukar jadi nakal dan agresif," bisik Kamal tepat di telinga Rin sambil ketawa kecil. Pipi Rin merah membahang. Malu!

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora