Bab 60 (Ending)

125K 3.1K 529
                                    

Hye! Time to Promote! Jemput baca and vote ramai² cerita

Kau, Penghujungnya by naziraazaman

Do support her okay!😁

So, enjoy!

Sebulan kemudian..

"Aku terima nikahnya Nur Syazrin Binti Hashim dengan mas kahwin RM300 tunai," ucap Kamal dengan sekali lafaz. Tok kadi yang berada di hadapannya mengangguk. "Sah?"

"Sah."

"Sah." Para tetamu mengangguk sambil tersenyum memandang kedua-dua mempelai yang telah selamat diijabkabulkan iaitu Kamal dan Rin dan Ammar dan Mia.

Arissa dan Rayyan pula sudah tersenyum memandang ke arah mereka. Alhamdulillah. Lepas je kejadian Zara ditangkap oleh pihak polis, Ammar dan Kamal sudah merancang untuk mengadakan perkahwinan selepas sebulan. Pertunangan sudah dilakukan dua minggu sebelum sesi ijab kabul. Cepat kan? Yaa yaa nampak sangat mereka ni gelojoh. (Hoi! Mana ada! -Kamal&Ammar)

Sesi ijab kabul dilakukan di Masjid Putrajaya. Selepas menunaikan solat Zuhur, baru mereka akan disandingkan di Dewan Putrajaya. Semua orang dijemput hadir kecuali author dengan pembaca. Heh. Tema bagi pasangan Ammar dan Mia ialah lavender yakni berwarna keungu-unguan. Comel je. Manakala tema bagi Kamal dan Rin, berwarna blue sky. Lembut gitu!

Daniel sebagai jurugambar tak bergaji mula menangkap gambar detik-detik indah kedua-dua pasangan ini. Posisinya kejap berdiri, duduk, bersila, mencangkung semua ada. Nasib baik masih macho. Ceit. Iman pula sedang mendukung seorang bayi. Wahh cuba teka bayi siapa ni? Ya! Pandai author! Anak Rayyan dengan Arissa lah!

Arissa dan Rayyan mulai mendekati Iman lalu mengambil anak mereka. Anak mereka merengek sedikit dengan tangan yang masih berbalut sarung tangan. Ah, comelnya!! "Alolo anak papa ni ngantuk ye," Rayyan mencubit perlahan pipi bayi mereka lalu mengucup bertalu-talu. Bayi mereka merengek kecil. Arissa menepuk lengan Rayyan.

"Abang janganlah. Kesian Rayqal," ujar Arissa perlahan lalu menumpuk-numpuk paha Rayqal lembut. Ya. Inilah nama anak bagi Rayyan dan Arissa. Rayqal Zafrel bin Muhd Rayyan Zikry. Panjang sikit kan? Hohoho biasalah tu. Rayqal mula terlena dengan buaian yang diterima dari Arissa. (Author tak boleh tahan. Mesti anak dorang comel gila!!! Erghhh)

Rayyan tersengih lalu bermain-main dengan jari halus Rayqal. Kasih sayangnya terhadap Arissa dan Rayqal semakin membuak-buak. Baru dapat anak sorang dah seronok macam ni. What if.. "Sayang.." Rayyan memanggil Arissa dengan nada yang meleret. Arissa mengangguk tanpa memandang wajah Rayyan. "Sayang.." panggil Rayyan lagi. Pipi Arissa dicucuk-cucuk untuk mendapatkan perhatian sang isteri.

"Ya abang? Kenapa?" Soal Arissa kembali dengan nada yang lembut. Wajah Rayyan ditatap. Semenjak kejadian Rayyan tak sedarkan diri tu, dia sedar. Sedar betapa pentingnya Rayyan dalam hidup dia dan dia takkan sia-siakan lagi. "Sayang..nak baby lagi boleh?" Arissa membulatkan matanya. Hamboi kemainnya.

"Abang ni..sayang kan pantang lagi. Tunggulah nanti eh?" Rayyan memuncungkan bibirnya. Tangannya mengusap lembut pipi Rayqal. Rayqal merengek kecil. "Berapa lama?" Heh. Soalan apakah ini? Arissa hanya mampu tersenyum sahaja mendengar soalan Rayyan. Mata Rayyan ditatap. "40 hari. Sabar tau."

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now