Bab 26

115K 3.4K 146
                                    

Hye! Memandangkan author habis exam selasa depan, here for you!!

"Erm..nak masak apa eh?" Arissa bertanya kepada dirinya sendiri. Jarinya mengetuk-ngetuk perlahan dagunya. Sedang berfikir. Nak masak kampung tapi takut Rayyan tak makan. Rayyan mana makan makanan kampung ni. Bukan style dia katanya.

Akhirnya, Arissa memilih untuk memasak chicken chop untuk Rayyan. Dirinya pula, dia masak ayam masak lemak cili padi bersama ulam-ulaman dan pastinya sambal belacan. Fuh, meliuq!

Rayyan yang terbau bau pelik terus menjengah ke dapur. Bukannya tak biasa bau masakan kampung ni. Tapi, bau nilah yang membuatkan perut berkeroncong tak berlagu! Sedap weh!

"Kau masak apa ni?" teguran Rayyan membuatkan Arissa terkejut. Cepat-cepat Arissa beristighfar sambil mengurut dadanya. Gila kau tak terkejut. Nasib baik Rayyan. Kalau perompak? Ish ish ish.

"Ish, terkejut saya. Saya masakkan chicken chop untuk awak dan untuk saya, saya masakkan ayam masak lemak cili api," Rayyan seperti pernah dengar nama masakan tu. Tak silap dia, semasa dia kecil, Datin Zaitun sering memasakkan dia masakan kampung. Cuma, bila dia dah besar pandai bawa kereta, seleranya berubah 100%. Pelik.

"Hello? Awak dengar tak?" Arissa melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Rayyan. Rayyan tersentak daripada lamunannya. Tiba-tiba bau harum daripada lauk ayam masak lemak cili api menyapa hidungnya. Fuh, sedapnya. Perutnya berkeroncang dengan hebat pula tu.

"Ha dengar. Sambunglah masak. Aku dah lapar ni," cis, macam tu je? Bagi arahan macam Arissa ni pekerja restoran pula. Sabar, Arissa. Sabar.

Arissa meletakkan semua hidangan di atas meja. Rayyan dah macam raja dah tunggu dayang menghidangkan santapan. Ceit.

"Silakan makan tuan putera raja," sindir Arissa. Rayyan menjeling Arissa sekilas sebelum memandang juadah di hadapannya. Hm. Not bad. Tiba-tiba tekak dia nak merasa ayam masak lemak pula. Dah lama tak makan lauk macam ni. Banyak ulam-ulaman pula tu. Fuh, terbaik ni.

"Eh, eh. Tu lauk saya," Arissa sudah kerisauan apabila melihat tangan Rayyan menggapai senduk di dalam mangkuk lauknya. Ayam yang Arissa masak hanya seketul. Dia bukannya nak makan banyak pun malam-malam camni.

"Siapa yang beli ni?" soalan Rayyan membuatkan Arissa terdiam. Okey. Maksudnya, Rayyan nak makan benda tu dan Arissa tak boleh makan. Arissa kena makan benda lain. Arissa cuma menundukkan wajah. Ambillah, ambil. Tak habis, siap!

Daripada menyeksakan jiwa dan raga menghidu lauk ayam ni, baik dia beredar. Ceh, menyeksakanlah sangat. "Kau nak pergi mana tu?"

"Bilik. Tidur. Esok ada kelas," jawab Arissa malas. Malas nak layan kerenah Rayyan. Sekejap Western sekejap village. Ingat ni restoran ke apa ha?

"Aku tak izinkan kau masuk bilik. Duduk sini. Temankan aku makan," Rayyan sudah mula mengarah dan menggunakan kuasanya sebagai seorang suami. Hey, ingat suami je ke ada kuasa? Hak? Isteri pun adalah!

Nak tak nak, Arissa akur. Sebab apa? Sebab dia tak nak dicop sebagai isteri derhaka. Biarlah seksaan bau ini menyeksa dia dan bukan seksaan api neraka.

Arissa melihat gerak-geri Rayyan yang sedang menikmati lauknya. Fuh, sedap do. Meliur dibuatnya. Rayyan yang terpandang akan Arissa terus berhenti daripada makan. Dipandangnya Arissa lama.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now