Bab 37

96.2K 3K 29
                                    

Hye gais!! Wait! Jangan scroll! Jemput baca cerita2 best daripada AyeSyaz

Tajuk:-
Abang sem
Auch suamiku sotong hipster
Hello my ?husband

Rayyan dan Kamal saling berpandangan. Biar betul? Arissa mimpi Rayyan mati? Aish. Rayyan dan Kamal serentak memandang Arissa. "Kenapa?" soal Arissa perlahan. Dia pun berasa risau dengan mimpi dia. Tapi, itu hanya mimpi. Permainan tidur. Kan?

"Sayang mimpi abang mati macam mana? Siapa bunuh abang? Cuba cerita," pinta Rayyan dalam nada yang dikawal. Kalau risau, takut Arissa bertambah risau. Yelah, isteri pun sedang mengandung. Emosi tak stabil.

"Hm.. Arissa tak ingat sangatlah bang. Siapa pun Arissa tak nampak. Yang pasti, dalam mimpi tu abang kena tembak. Dekat dada belah kiri," dengar sahaja perkataan 'dada belah kiri', Rayyan terus memegang dadanya. Kamal senyap. Cuba berfikir lagaknya.

"Macam nilah. Buat sementara waktu, Arissa dengan kau tinggal dekat rumah mummy. Kau tambahkan juga pengawal kat rumah mummy tu. Pengawal peribadi sekali. Ini sebagai langkah awal Yen," cadang Kamal dengan nada serius. Rayyan diam. Membuat keputusan. Nak setuju ke tak? Bukannya dia tak nak. Tapi, tak naklah kacau mummy and daddy.

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Rayyan bersuara. "Okey, aku setuju"

Adriana memerhatikan gerak-geri Zara. Semakin hari, semakin pelik lagatnya. Selalu bermain dengan pisau, bercakap seorang diri dan selalu membakar gambar seorang gadis. Dia tak dapat kenal pasti siapa gadis itu sebab mukanya tak jelas.

Dia ingin menegur Zara tetapi..dia takut. Takut apa yang akan berlaku terhadap dirinya pula. Mungkin diri dia pula akan dibunuh. Dibunuh oleh kawan baiknya sendiri.

"Rian?" Zara menegur Adriana secara tiba-tiba. Adriana tersentak. Dia memandang ke arah Zara. "Ya?" Adriana cuba berlagak tenang. Dia tak boleh hilang kawalan. Pasti Zara akan syak, hidu. Pasti!

"Kau buat apa kat situ? Tengok aku?" tembak Zara dengan senyuman sinis. Adriana terdiam. Adui nak jawab apa ni. "Ya. Aku tengok kau. Aku pelik dengan kau. Semenjak dua menjak ni. Kau macam.." "Orang gila?" senyuman sinis terukir lagi sekali di bibir Zara. Dia mengambil pisau di sebelahnya.

Adriana menelan air liur. Apa dah jadi dengan Zara ni? Gila ke?! Adriana menapakkan kakinya perlahan-lahan ke belakang. Tak. Tak. Dia takkan mati dengan keadaan sadis macam ni. Tak! Adriana mendail nombor telefon polis lalu berlari melepasi Zara. Kebetulan, pagar tidak berkunci. Adriana segera mengunci pagar dari luar. Dia cepat-cepat meluru ke arah tangga kecemasan. Tiada masa nak tunggu lift!

"Rian! Kau nak lari mana?! Kau ingat kau boleh lari Rian?! Hahaha tak Rian tak!" jerit Zara di dalam kondominum seorang diri. Adriana tidak peduli dengan jeritan Zara. Ah, orang gila memang orang gila! Zara ketawa kuat. Semakin lama, tangisan dihamburkan. Oh, Zara memang dah gila!

Adriana meluru ke arah kereta Viosnya. Dia ingin memecut ke rumah Dato' Ilham. Papa Zara. Dia nak ceritakan keadaan Zara sekarang. Ya, mesti! Nasib baik jalan lenggang waktu ini. Jadi, halangannya tidak begitu banyak. Sampai sahaja di hadapan rumah Dato' Ilham, pengawal keselamatan menyapa pandangan Adriana. Belum sahaja kereta Adriana memasuki perkarangan rumah Dato' Ilham, pengawal keselamatan sudah menghalang Adriana terlebih dahulu.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now