Bab 20

128K 3.8K 252
                                    

Rayyan memandang ke arah Arissa yang sedang bersiap-siap untuk ke universiti. Hatinya rasa berat semacam je. Macam mana kalau Arissa cedera? Kalau Arissa jumpa lelaki lain? Kalau Arissa tinggalkan dia macam mana? Argh, stress!

"Abang okey?" Arissa menyoal Rayyan apabila tersedar Rayyan mengelamun. Rayyan mengangguk sambil membuat thumbs up.

"Sayang dah siap?" Arissa mengangguk. Dicapainya beg sandang dan pas pelajar. Rayyan sudah berdiri. Hari ni, dia cuti. Dia nak temankan Arissa. This is her first day.

Kereta Nissan Skyline Rayyan mengambil perhatian para pelajar. Nasib baik tingkap berwarna hitam, diorang tak adalah nampak Rayyan. Arissa meramas jari-jemarinya. Gementar.

"Hey, sayang okey tak? Gementar eh?" Rayyan memegang pipi Arissa. Arissa mengangguk laju. Manalah tahu pensyarah tu garang. Uish, bahaya.

Rayyan mengambil tangan Arissa lalu dikucupnya lama. Memberi kekuatan kepada Arissa.

"Jangan risau. Abang ada. I'm here for you. Always. Even for toilet and bed," Arissa memukul lengan Rayyan perlahan. Mereka ketawa. Gosh, Rayyan nakal. Teramat nakal. Tapi, nakal inilah yang mampu membuatkan Arissa ketawa.

"Okey okey. Arissa dah tak gementar sangat. Tapi, serious. Arissa nak sangat abang jadi pensyarah Arissa. Just for me. And always me," kali ini nada Arissa bertukar serius. Rayyan sudah membuat muka poyo.

"I know baby. Okey dah. Pergi cepat. Bye! Goodluck sayang!"

"Thanks abang," Arissa mengucup tangan Rayyan. Rayyan membalas dengan mengucup dahi Arissa lama.

Arissa melangkah ke dewan kuliah. Semua pelajar baru dikehendaki berkumpul untuk minggu orientasi. Sungguh mendebarkan.

"Hello guys. I am Mr. Syam. Call me Sir Syam. Hari ni korang ada orientasi. Kebetulan, pensyarah muda baru masuk ke universiti kita. Terdapat tiga orang pensyarah baru. Sila perkenalkan diri anda," pinta Sir Syam kepada tiga orang pensyarah baru. Dua daripadanya wanita dan satu lagi, lelaki.

"Assamualaikum semua. Nama saya Linda Zati binti Yusof. Kamu semua boleh panggil saya Miss Zati. Saya akan mengajar untuk semester pendek pada kali ini," para pelajar hanya mengangguk apabila pensyarah wanita itu memperkenalkan dirinya.

Arissa menulis nama pensyarah baru. Mana tahu nanti pensyarah tu masuk kelas. Senang sikit.

"Hye, my name is Ji Siew Mei. Call me Mrs. Ji. I will teach you for a long sem. Whoever did not understand, can ask me directly," kata pensyarah berbangsa Cina itu. Bahasa Inggerisnya agak fasih dan lancar. Mujur Arissa memahaminya.

Tibalah giliran pensyarah lelaki tadi. Ramai pelajar perempuan memandang ke arahnya. Tidak ketinggalan juga Miss Zati.

"Nama saya Daniel Aiman. Boleh panggil Sir Dan. Saya juga seperti Miss Zati, mengajar dua semester pendek. Harap kita boleh bekerjasama dengan baik. Ada sebarang pertanyaan?" soal Dan dengan nada yang mendatar. Tiada senyuman terukir. Hanyalah muka yang tidak beriak. Tapi, muka sebegitu mampu mencairkan hati ramai gadis.

Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. "Ya?"

"Sir Dan single? Umur berapa?" Hampir tergelak seluruh pelajar termasuk Arissa. Baru first day kat universiti, dah buat hal. Tapi gadis itu hanya beriak selamba. Mungkin sudah biasa. Tangannya memintal-mintal hujung rambutnya. Pakaian? Usah dikata. Blouse paras lutut berwarna kuning padan dengan kulitnya yang cerah.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now