Bab 27

109K 3.5K 227
                                    

Sorry lambat update! Xde internet lak. Btw next chap, coming soon tonight. Wait okehh!!

Senyap. Sepi. Sunyi. Itu yang Arissa rasakan walaupun di hadapannya ada suaminya. Rayyan sibuk menonton televisyen. Entah apa yang sibuk yang pasti dia kusyuk gila. Bukan rancangan apa pun. Rancangan Clever Girl je kot. Heh betul.

Arissa menongkatkan dagunya. Rasa bosan pula. Baru lepas makan dengan Rayyan tadi. Nasib baik Rayyan nak makan omelette. Tiba-tiba telefon Arissa berbunyi. Menandakan mesej Whatsapp masuk. Arissa membaca. Berkerut-kerut dahinya.

From: uknown

Hi, assalamualaikum

To: uknown

Hi, waalaikumsalam. Siapa ni?

From: uknown

Sir Dan. Arissa kan?

To: uknown

A'ah

From: uknown

Arissa buat ap tu? Dh mkn?

To: uknown

Dah. Arissa nak tidur

From: uknown

Oh ok. Sorry kcau. Gudnite dear (seen)

Eeyuck. Dear? Boleh blah lah. "Kau dah kenapa?" soal Rayyan ganas. Arissa menggeleng. Dia ada suami. Jangan layan lelaki lain. Sedingin-dingin Rayyan pun, dia sayangkan Rayyan.

"Siapa mesej tu?" Rayyan mula berasa ingin tahu. Pelik juga tengok isteri dia berkerut-kerut macam tu. Buruk. "Sir Dan," jawab Arissa jujur. Malas nak tipu. Nanti tahu juga.

"Dia nak apa?" Arissa mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sebenarnya, dia rasa malas nak cakap pasal Daniel. Arissa mengangkat punggungnya. Ingin beredar.

"Saya nak tidur dulu. Bila awak nak tidur?" jam dinding dikerling. Dah pukul 9:30 malam. Baru pukul 9:30 malam. Hello, ingat tak penat ke lepas balik kuliah, terus masak. Dahlah masak dua jenis makanan.

"Nanti," jawab Rayyan namun matanya masih fokus di televisyen. Arissa mengangguk lalu beredar masuk ke bilik.

Kamal memerhatikan gelagat orang ramai di Pavilion. Selalunya, dia dengan Rayyan lepak kat sini. Tapi, semenjak Rayyan dah kahwin, susah pula dorang nak berjumpa.

Kamal duduk di tangga. Penat selepas berjalan ke hulur-hilir menenangkan perasaan. Masih tak dapat terima yang Lisa dah jadi tunang orang. Dahlah orang tu macam.. Eyy malas nak cakap. Bikin panas!

"Rin! Hati-hati!" gedebuk. Kamal memerhatikan seorang gadis yang terjatuh terduduk di sebelahnya. Berkerut-kerut dahi gadis itu menahan kesakitan.

"Miss are you okay?" soal Kamal prihatin. Macam parah je ni. Tapi, dia tak tahu pula tangan perempuan tu luka atau tak. Sebab perempuan tu pakai lengan panjang.

"Ya Allah, Rin! Kan mak dah cakap, jangan gelojoh!" seorang wanita tua menghampiri gadis itu. Mungkin ibunya. Kamal hanya memerhatikan mereka. Tiba-tiba matanya tertancap pada baju gadis itu di bahagian sikunya ; tempat luka berdarah.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Där berättelser lever. Upptäck nu