Bab 36

105K 3.1K 240
                                    

Assalamualaikum! Hye! Author dah buat keputusan untuk ambil nama gadis ni daripada cadangan @tebuan9! Thank you :)

Promote time gaiss!!

Title : Enemy in love
By : @Qatlion

Shot story:-

Title : Nerd Girl is Naughty Cute

By : @Nur_Asha28

Daniel tersenyum sinis. Berjaya memperdayakan gadis di hadapannya, Iman Raihana binti Haji Yusuf. Kelihatan Iman sudah pengsan. Mungkin terkejut dengan lakonan tikaman Daniel tadi. Sebenarnya, Daniel hanyalah menyucuk perut Iman dengan lidi sate. Bukan pisau.

Daniel mengangkat punggung dan berlalu. Dia menelefon seseorang. Mungkin konconya. "Hello. Aku ada kerja untuk kau"

Rayyan memandang Arissa yang nyenyak tidur. Mungkin kerana penat. Penat muntah tadi. Kasihan, Arissa. Dahlah kuliah,memasak, buat kerja rumah, mengandung pula tu. Haih. Rayyan mengusap kepala Arissa perlahan-lahan. Dia berasa menyesal pula bila dia berkasar dengan Arissa bulan lepas. Bukannya dia sengaja, cuma emosi dia tak stabil. Mungkin sebab kepergian arwah Fina. Sebut pasal Fina, Shahrul pun sudah menghilangkan diri. Entah ke mana dia pergi. Khabar apa pun Rayyan tidak tahu. Tapi, yang pasti dia akan cuba mencintai Arissa lebih daripada arwah Fina.

Mata Rayyan menebarkan pula pandangannya di perut Arissa. Belum pergi jumpa doktor pun lagi. Agaknya.. Dah berapa bulan ya? Ada tak dalam sebulan? Eh.. Tak mungkin. Mungkin dalam 2 atau 3 minggu. Rayyan tersentak apabila jari-jemari Arissa bergerak sedikit. Berkerut-kerut dahinya menghalang silau. Cepat-cepat Rayyan bangkit dan menutup langsir. Aigoo sayang betul kau ya Rayyan.

Rayyan mendekati Arissa sambil mengusap rambut Arissa perlahan-lahan. Arissa cuba membuka mata. "Sayang.." panggil Rayyan dalam nada meleret. Risau dirinya apabila Arissa cuba untuk bangun. Cepat-cepat diraih tangan Arissa. "Nak pergi mana tu? Abang kat sinilah," Arissa seakan-akan tersentak. Dia memandang Rayyan dengan blur. Mungkin mamai lagi kot.

"Hello. I'm talking to you darling," tangan dilambai-lambaikan. Hadumak. Takkanlah blur sampai macam ni kot. Arissa mengangguk sambil tersenyum tipis. "Ya. I listen that honey. Cuma, sayang masih mamai. Sorry, I'm blur right now," Rayyan menggeleng. Nasib naik sayang. Dicuitnya hidung Arissa perlahan. "Okeylah. Abang nak buat bubur dulu. Chicken or vegetable?" amboi. Pandai ke kau masak Rayyan? Pergi dapur pun buat apa je.

"Abang pandai masak ke?" "Err..abang cubalah" "Tak apalah, Arissa masakkan. Abang nak makan apa hari ni?" "No! You sit here. Sayang tu baru je bangun. Dahlah mengandung. Nanti kalau muntah lagi macam mana? Abang risau tahu tak. Abang tak bagi sayang masak. Faham?" panjang gila bebelan Rayyan ni. Arissa hanya mengedipkan matanya berulang kali. Pelik betul Rayyan ni. Siapa yang mengandung sekarang ni? "Okey, nak ayam," balas Arissa singkat. Tak nak cakap panjang-panjang. Tekak dia nanti tak selesa pula.

Rayyan mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, dia pun berlalu. Arissa hanya menghantar Rayyan melalui pandangan. Dia memikirkan mimpinya tadi. Dia sebenarnya bukan mamai. Tapi, dia agak terkejut dengan mimpi yang dia dapat. Mimpi ni tak pernah sangat berlaku. Tapi, perasaan tu seolah-olah benda yang akan terjadi. "Astaghfirullah al azim.." Arissa menggosok-gosok mukanya. Tak. Mungkin hanya permainan syaitan. Tapi, kalau itu petunjuk macam mana? Ya Allah, harap-harap taklah. Janganlah mimpi dia jadi kenyataan. Aamiin.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now