CH 3

7K 296 16
                                    

Iffah pelik kenapa ramai berkerumun di mejanya. Dia melangkah ke arah mejanya apabila semua di kelas itu memandang dia dengan pandangan yang pelbagai.

Sesampai sahaja dia di mejanya, matanya terbuntang. Ada sejambak bunga di atas mejanya dan Ilyana sudah tersengih di sebelah. Dia mengambil bunga itu dengan pelbagai perasaan. Keliru. Terharu. Suka. Pelik. Malu.

" Huish dapat bungaaaa " usik Ilyana.

" Sape bagi ni? " tanya Iffah.

" Entahh. Aku datang tadi memang ada atas meja. " jelas Ilyana. Dia sendiri pun terkejut masa masuk ke kelas tadi.

Iffah duduk lalu mencium bunga itu. Wangii. Ada tulip dengan roses. Cantik sangat tapi siapa bagi hm. .

" Nahh. Ada note sebenarnya. Tapi aku simpan. Takut orang lain ambil. " ujar Ilyana sambil menghulurkan satu kad. Nasib dia orang first datang.

Iffah membaca note yang berada di kad itu.

*Always remember that I'm your guardian. No more crying , angel.

-HT

Iffah mengerutkan dahinya. Pelik juga dia. Dulu orang yang sama selalu bagi coklat je, ni tiba tiba bagi bunga. Wow impressed hm. Tapi siapa?

Hannah tersengih sengih melihat Iffah. Bukan dia tak tahu cerita gadis itu menerima bunga. VanessFlower tu. Hampir satu sekolah tahu cerita tu.

" Dah kenapa Hannah? Study lah. And jangan tanya hal tu. Penat lah " rungut Iffah.

" Hahahahah takkdelahh. Aku macam terpana juga lah. Sebab fuyooo bunga kot wehhh. Secret admire huh hahaha " sakan hannah tergelak sehinggkan orang lain memandang mereka. Ilyana sudah menepuk dahi. Sewel betul lah minah ni!

" Woii! Dah ah! Orang tengok kot " bisik Ilyana tegas.

Hannah tersengih malu lalu mengucapkan maaf. Iffah hanya tergeleng kepala melihat gadis itu. Entah pape je.

Tanpa mereka sedari, Irfan memerhatikan mereka bersama Naim.

" Gila kau ni taw. Nasib tak kantoi. " rungut Naim. Geram dia dibuatnya bila Irfan suruh datang sekolah awal lepastu letak bunga atas meja Iffah. Nasib tidak orang time tu.

" Hahaha relax ah. Baru sikit dah cuak. " Irfan tergelak bila Naim asyik membebel je dari tadi.

Dia sanggup menempah bunga tu khas untuk Iffah kerna dia rasa coklat terlalu ekstrem. Bosan dah!

Rumah iffah

Iffah termenung di hadapan cermin. Dia menyentuh parut di sebelah mukanya. Tiba tiba dia merasa sebak sangat. Disebabkan kemalangan tu, muka dia rosak teruk. Mama papa kakak semua jijik dengan dia. Cuma abang Ikh je baik sampai sekarang. Perbezaan umur 9 tahun antra mereka tidak menghalang apa apa. Entah kenapa Iffah menyesal selamatkan Ifrina masa tu.

" Ya Allah. Aku tak boleh fikir macam tu. Ni takdir. In Sha Allah muka aku akan sembuh. Bersabar wahai hati. " Iffah memaksa diri untuk tersenyum. Tiba tiba dia terpandang bunga yang diberi tadi di atas katil.

Perlahan lahan dia mendekati katilnya. Dia mula tersenyum apabila mengingatkan semula penerimaan hadiah daripada Mr. HT tu. Masa umurnya 13thn smpai 14thn, dia sentiasa menerima coklat masa dia sedih. Entah bagaimana orang itu tahu dia sedih pun dia tak tahu. Namun entah kenapa tahun ni dia terima bunga pula. Aneh. Dia tak nafikan bahwa sedikit sebanyak hatinya terusik. Terusik dengan semua ni. Namun dia nafikan kerna dia masih ada hati pada Raihan.

Mengingatkan Raihan, Iffah mengeluh. Iffah tahu dia tak patut ada hati pada Raihan namun susah untuk dia move on. Dia masih cuba. Cuba untuk melupakan lelaki itu. Dia tidak mahu kakaknya marah lagi. Dia mengeluh lalu meletakkan bunga itu di dalam laci yang khas untuk hadiah daripada Mr. HT. Pelbagai note ada di dalam laci itu.

Tiba tiba pintu biliknya terbuka. Kelihatan mamanya di sana.

" Mama nak keluar dengan papa. Ifrina pun ikut. Kau duduk je rumah! Jaga rumah. Faham? " dingin sahaja ayat yang keluar dari mulut wanita itu. Namun Iffah sudah terbiasa. Dia mengangguk lalu pintu pun tertutup.

" Again. Tinggal sorang sorang huh. " bisik Iffah perlahan. Dia mula bangun lalu menyiapkan hwnya.

Rumah Irfan

Irfan memandang langit yang dipenuhi bintang itu. Dia mula tersenyum kecil apabila teringat apa yang dia lakukan harini. Berbaik dengan seorang gadis? Fuh memang fail. Selama ni semua gadis dia layan dingin je. Namun tidak pada Iffah Farhana.

Pertemuan singkat di hadapan library membuatkan dia hendak ketawa. Teringat lagi betapa kalutnya gadis itu sampaikan ingin menangis. Irfan tergelak kecil.

Flashback

Irfan melangkah ke arah pejabat sambil bermain telefon. Dalam tidak sedar, dia tidak perasan ada gadis terburu buru ke arahnya. Dan...

Bukk!

Buku yang dibawa gadis itu semua terjatuh begitu juga orangnya. Manakala Irfan memegang erat telefonnya meskipun dia jatuh terduduk. Nasib orang takde.

" Ya Allah maafkan saya. Maaf maaf. Saya nak cepat sangat sampai tak nampak tadi. Maafkan saya " kalut gadis itu meminta maaf. Irfan yang baru ingin marah hampir tergelak melihat kekalutan gadis itu. Dia mencapai satu buku di kakinya.

Iffah Farhana

" Nahh. Yours. Next time jalan slow. Salah saya juga main fon. " ujar Irfan lembut. Peh dalam sejarah Irfan Hayyan cakap baik baik gini dengan perempuan.

Iffah menunduk lalu mengucapkan maaf lalu pergi.

Irfan memandang pemergian gadis itu dengan gelengan kecil.

" I think I had fallen love with that girl. " Irfan tersenyum kecil. Dia tidak kesah bagaimana rupa gadis itu.

Irfan tersenyum kecil mengingat kenangan itu. Namun senyumannya mati apabila teringatkan bahwa Iffah menyukai Raihan. Raihan kawan baiknya yang kaki perempuan itu. Dia takkan lepaskan Iffah pada Raihan. Cukup lah Ifrina tu dia ambil. Jangan adik Ifrina.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now