CH 62

4.5K 174 0
                                    

Naim memandang rakan baiknya atau boleh dikatakan bekas? Dia pelik juga sebenarnya kenapa manusia depan dia ni nak jumpa tapi orang cakap kena fikir positif, jangan negatif selalu.

" Hah kenapa nak jumpa ni? Nasib baik Yana tak syak pape " Naim mengeluh. Sebenarnya dia patut keluar dengan Ilyana harini tapi manusia depan dia ni gunakan veto pula hish!

Raihan menarik nafas panjang dahulu sebelum dia mula berbicara.

Yes! Naim jumpa Raihan tanpa Irfan tahu.

" Pasal Ifrina. "

Sebaris ayat itu membuatkan Naim tersentak. Dia memandang tajam Raihan. Pelbagai perkara negatif dah mula bertandang di dalam fikiran dia.
" Dengar aku cerita dulu. Baru kau buat spekulasi sendiri. Bulan lepas, aku pergi Bali. Wakil syarikat papa aku. And yeah true. Aku jumpa Rina. Aku tengok dia bukan dia yang dulu kita kenal " Raihan berhenti seketika. Dia masih memandang ke luar. Tidak mahu memandang reaksi Naim.

Naim pelik. Maksudnya?

" Aku tak faham. Maksud kau? " tanya Naim hairan. Dia tahu perempuan tu okey je. Apa masalahnya?

" Dia. .macam psiko. .Aku tak tahu nak describe macam mana tapi dia bukan Rina yang dulu kau kenal gedik semacam tu.. Dia sekarang lebih kepada. .sakit mental. .Aku tengok dia marah staff dia siap baling sekali semua benda. .Woo bro aku tak pernah buat staff aku macam tu " Raihan teringat kembali kejadian di Bali itu. Saat itu, dia mula rasa Ifrina makin berubah 100% .

Naim ternganga. Like serious?! Apa kejadah perempuan ni? Makin lama dia makin risaukan keadaan Iffah pula.

" Tapi "

Naim memandang Raihan. Dia menunggu lelaki itu meneruskan kata-katanya.

" Aku sayang dia "

Sebaris ayat itu membuatkan Naim tersedak kopinya sendiri. Raihan kalut lalu menghulurkan tisu. Tak sangka si Naim akan terkejut sampai macam ni.

" Kau biar betul!? Gila ke woi!? " geram Naim. Apa kejadah mamat ni? Sakit jiwa ke apa sampai cakap macam tu?

" Tak. Aku serius ni. Kau mungkin boleh kata aku gila , aku tak betul tapi aku memang sayang dia. She's my first love bro. Kau expect aku boleh lupa gitu je kenangan kitaorang. Kau salah " keluh Raihan. Dia memandang sepi air di atas meja itu.

Keadaan sepi buat seketika. Masing-masing dalam dunia sendiri. Diam membisu. Memikirkan jalan penyelesaian. Naim tak expect Raihan yang dulu kaki perempuan akan cakap macam ni. Dia ingat Raihan hanya main-main sahaja dengan Ifrina tu. Tapi, haih aturan Allah itu cantik.

" Kau rasa dia obses dengan Irfan lagi tak? "

Soalan itu membuatkan Raihan mengangkat kepalanya.

" Yup. Dia siap cakap nak bunuh Iffah lagi selagi dia tak dapat Irfan tu. "

Naim terkedu. What the?! Dia menyandar kerna terlalu runsing. Runsing dengan keadaan sekarang.

Raihan diam. Dia tahu Naim dah buntu. Malah dia pun dah buntu. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Yang pasti, dia akan selamatkan Irfan sebab Irfan kawan baik dia even dia sayangkan Ifrina tapi persahabatan itu lebih penting. But how? Haih.

Kekadang apa yang kita nak dalam hidup ini tak semua kita akan dapat. Sebab apa? Allah dah tentukan segalanya. Takdir kita. Jodoh kita. Rezeki kita. Semuanya. Cuma percayalah aturan Allah itu cantik. Dia dah atur jalan hidup kita cantik-cantik. Mungkin sekarang merana but one day you will be happy.

Tbc

#someadviceforyou 💕

I'm YoursWhere stories live. Discover now