CH 56

4.5K 163 0
                                    

Flashback

iffah menyelak helaian demi helaian buku rujukan Fizik itu. Dia sangat khusyuk menyiapkan esei yang berlambak itu sehinggakan tidak perasan manusia di hadapan dia yang merenung dia bagai nak tembus.

" Kau kan jangan lah fokus sangat sehh " bisik Irfan. Dia sebenarnya geram juga. Punya lah beria minah ni tarik dia tapi rupanya minta teman pergi perpustakaan je!?

" Alaaaa kejapp lahh. Sedikit je lagi nii. Kejap taw. Kata sayang aku. So kejap " rayu Iffah. Semakin laju dia siapkan kerja dia tu. Tahu sangat Irfan bosan. Tapi apakan daya semua rakan dia pun sibuk. Nak tak nak kena lah ajak mamat tu.

Irfan menggeleng kepala. Macam macam hal budak ni. Dalam diam dia merenung gadis itu. Rasa tak sangka depan dia ni gadis yang sama dia suka dulu. Gadis yang sama dia tengok asyik kena buli je. Tapi sekarang? Melawan je kerja. Haihh!

Iffah mengangkat muka setelah puas dengan hasil kerja dia. Namun dia tersentak sebab Irfan tenung dia tak berkelip. Dalam diam dia tersenyum kecil.

" Dah puas tenung saya ke Mr.HT ? " Iffah tergelak kecil apabila Irfan tersentak. Tu lah diam diam tenung anak dara orang lain.

Irfan menggaru kepala yang tidak gatal itu. Kantoi lah pulak! Segan woi hahaha..

" Dah siap ke? " Irfan cuba mengalihkan topik. Bukan dia tak kenal si Iffah ni. Nanti mula lah nak menyakat.

Iffah tersenyum sinis. Nak tukar topik lah tu.

" Ececehh dah kantoi nak lari pula.. Takpe takpe. Tenung je saya puas-ouas ye. Kang susah pula bila kita dah berjauhan hahah " Iffah terus tergelak selepas mengenyitkan matanya.

" Cehh! Perasan je budak ni. Entah-entah kau yang rindu aku dulu. " Irfan cuba menutup malu.

" Yakin ke ni? Haha " usik Iffah.

" Yakin lah Mrs.Irfan Hayyan " smirk Irfan.

Iffah bersemu merah apabila mendengar gelaran yang diberi Irfan. Mrs.Irfan Hayyan huh. Nice one.

Irfan tergelak kecil melihat gadisnya itu bersemu. Tahu malu. Nak lagi bantah kata-kata aku hahaha!

Iffah terus bernafas dengan laju apabila kenangan itu habis. Dia cuba menghirup udara dengan lancar.

" Mrs.Irfan Hayyan? Aku dengan dia memang ada apa-apa ke? " bingung Iffah. Tapi dia tak nafikan kenangan tadi membuatkan hati dia berdebar.

Iffah cuba memproses lagi ingatannya perlahan-lahan. Namun dia tidak kuat. Mungkin tadi dia dah terlalu memaksa.

Tok! Tok!

Hannah masuk ke dalam bilik. Dia lihat Iffah yang sedang termenung itu.
" Babe. Jom keluar. Kita jalan-jalan dekat tepi pantai " tegur Hannah.

Iffah tersentak. Lalu memandang ke belakang.

" Oh Hannah. Tepi pantai? Eh jom lah. Macam best je " teruja Iffah. Dia memang nak jalan tengok luar pun.

" Hahaha jom. Tapi sebelum tu kita makan dulu. Yang lain dah tunggu " sejurus selepas itu, Hannah terus menolak kerusi Iffah keluar dari bilik.
Iffah cuba mempamerkan riak tenang. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu dia cuba mengingat kembali semua tentang dia.

Tbc

Yeahh back! Lol 😂

I'm YoursWhere stories live. Discover now