CH 74 [Memories]

4.9K 134 0
                                    

Ifrina menyikat rambut Iffah yang panjang mengurai itu. Dia sayang sungguh dengan adik dia yang sorang ni.

" Kak, nanti dah besar kan. Kakak tawin mechi mcm pwinchess kan? " Iffah bertanya dalam nada pelatnya.

Ifrina tergelak kecil mendengar nada adiknya itu. Alahaii si comell kecil ni.

" Haah. Adik pun mesti macam princess juga. Kita kan sama-sama cantik " puji Ifrina. Akhirnya selesai juga tocang adiknya ini.

Iffah tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun.

¤¤¤¤

Iffah memandang kakaknya yang sedang memberi ikan makan itu.

" Kak. Adik nak tanya boleh? " Iffah menarik sedikit baju Ifrina. Yelah, dia rendah weh.

" Apa dia, dik? " Ifrina mengusap kepala adiknya yang nampak comel itu.

" Kalau nanti adik dah besarkan, lepastu ada something happen antara kita. Kakak akan lukakan adik tak? Will you love me again? " ujar Iffah. Lancar sungguh dia bertutur dalam english.

Ifrina terkedu. Apa punya soalan budak kecik ni bagi lahaii.

" Tak. Kakak akan sayang adik. Kakak akan jaga adik sampai bila-bila. Adik kan separuh jiwa kakak " senyum Ifrina. Dia terlalu sayangkan si kecil ini nampaknya.

" Oh gitu. Kakak pun separuh jiwa adik hahah " Iffah tergelak apabila Ifrina mencubit pipi tembamnya.

¤¤¤¤

Iffah menangis tersedu sedan. Dia baru jatuh daripada basikal akibat ditolak oleh budak lelaki dari mana entah datang.

" Ehh adik! " Ifrina terus meluru ke arah adiknya.

Dia melihat ada darah di lutut adiknya itu.

" Alahaii si comel kakak ni jatuh ye? Meh sini kakak angkat ye. Kita balik rumah jom. Dah dah takmo nangis dah " Ifrina terus menggendong adiknya lalu berjalan pulang.

Walau apapun jadi dia takkan benarkan sesiapa sakiti hati adiknya ini. Nilah satu-satunya permata hati dia.

¤¤¤¤

Ifrina kaku melihat adiknya yang digilis kereta itu.

Dia nampak.

Nampak macam mana Iffah menolak dirinya tadi supaya tidak dilanggar.

Tapi dia tak sangka yang Iffah akan tanggung kesakitan dia pula.

Jeritan ibu bapanya tidak dihiraukan.

Dia hanya kaku melihat keadaan itu.

Tanpa dia sedar, air matanya mengalir.

¤¤¤¤

" Anak puan dan tuan akan cacat di muka. Jadi, saya mohon bersabar lah ye " ujar doktor itu.

Ifrina terduduk. Cacat? Adik dia yang cantik itu akan buruk dah?

Sebab? Sebab dia.

Salah dia.

Iffah jadi macam ni.

¤¤¤¤

" Kau pergi matilah!! Dah buruk tu jangan lah nak dekat dengan aku!! " jerkah Ifrina. Dia jijik tengok muka Iffah itu.

Namun melihat air mata Iffah itu membuatkan dia terdiam. Ingin sahaja dia peluk namun dia tetap dengan ego.

Dia cantik. Tak mungkin ada adik yang buruk macam tu. Malu bila kawan-kawannya ejek dia. Erghh!

¤¤¤¤

Ifrina hanya diam melihat Iffah dimarah oleh mamanya. Takde niat untuk membantu langsung meskipun dia kesian.

Bukan salah dia pun.

Tapi kenapa?

Kenapa dia sedih?

Kenapa dia pilu melihat air mata itu?

Ya Allah. Aku masih sayang dia. Tapi aku bukan nak dia yang ini. Taknak!

¤¤¤¤

Ifrina melihat Raihan di hadapannya yang sedang menggelakkan adiknya itu.

" Kau tu hodoh. Jangan ada hati lah dekat aku. Jijik tahu tak " sindir Raihan.

Ifrina menahan sakit di hati bila adiknya dihina sebegitu. Namun dia tidak mahu pertahankan gadis itu. Buat malu je!

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now