CH 9

6.1K 263 5
                                    

Iffah melangkah longlai ke kelas. Dia demam. Badannya sangat lemah saat ini namun dia tahankan. Malah dia pakai pelembap bibir bagi menutup pucat mukanya. Tangan pula dia tutup pakai handsock. Merah juga tangannya pagi tadi.

Ilyana pelik melihat Iffah yang lesu itu.

" Far, okey tak? " tanya Ilyana risau.

" Okeyy. Hahaha cuma penat study " tipu Iffah. Maafkan aku Yana.

Ilyana mengangguk lalu sambung baca novel. Iffah menghela nafas lega. Dia takut Ilyana tanya banyak lagi. Tiba tiba perutnya sakit. Aduhh mesti gastrik. Ya Allah..

" Wehh jom. Perhimpunan " ajak Ilyana. Iffah cuba menahan sakit lalu bangun.

Dia dan Ilyana mendekati Hannah yang menunggu mereka. Dia cuba menahan sakit yang bertandang namun dia tahu kudratnya tidak kuat. Dia semakin perlahan berjalan. Tiba tiba dia rasa dunia bagai berputar dan dia mula untuk rebah. Namun sebelum dia jatuh ada yang menyambut tubuhnya cepat. Samar samar dia melihat dan dia tahu siapa.

Irfan Hayyan.

Irfan POV

Aku berjalan saing dengan Naim untuk ke perhimpunan manakala Raihan sudah ke hadapan dengan Ifrina. Aku menjuling mata mendengar Naim membebel mengenai Ifrina dan Raihan. Bosan betul..

Tiba tiba aku ternampak Iffah dan rakannya berjalan di hadapan kami. Namun aku pelik apabila merasakan Iffah macam lain hari ni.

" Dia tak sihat ke? Pucat je " bisik aku perlahan.

Aku tengok dia makin lambat berjalan sambil memegang perutnya. Firasat aku tepat apabila dia mula nak jatuh. Aku terus berlari laju ke arah dia tanpa menghiraukan panggilan Naim dan ...

Zupp!

Aku sambut tubuh dia sebelum jatuh ke lantai. Semua di koridor itu tergamam melihat perilaku aku termasuk Naim, Ilyana, Hannah, Raihan dan Ifrina.

Kelihatan muka dia pucat sangat dan makin lama mata dia terpejam.

End POV

Irfan cuak apabila Iffah pengsan di dalam dakapannya. Kelihatan bibir gadis itu memutih dan Irfan dapat merasakan suhu badan Iffah panas sangat.

Ilyana dan Hannah berlari ke arah Irfan yang memangku Iffah itu begitu juga Naim.

" Hospital " arah Irfan sambil membaling kunci keretanya pada Naim. Dia mencempung tubuh Iffah lalu berlari ke arah park.

Ilyana dan Hannah turut berlari. Mereka berdua menaiki kereta Ilyana manakala Naim sudah memecut ke hospital.

Irfan menepuk pipi Iffah supaya bangun namun tiada hasil. Dia sudah rasa bahang tubuh Iffah semakin tinggi dan dia terpandang tangan Iffah yang merah. Dia membuka handsock Iffah dan terkejut melihat kesan melecur yang teruk itu.

" Shitt! Jahanam! Apa apa jadi dekat kau weh, aku takkan maafkan famili kau " marah Irfan.

" Apasal weh " tanya Naim sambil memandu laju.

" Kes dera. "

Dan satu ayat itu membuatkan Naim terkedu. Dia juga menahan marahnya.
Irfan dan yang lain menunggu dengan sabar di luar wad. Apabila doktor keluar, mereka terus menyerbu.

" Demam panas. Kalau lambat tadi, dia dah boleh kena sawan. Kesan lecur tu pula, dalam 4 5 hari akan sembuh. Ohya nanti sila suruh pesakit makan ye sebab pesakit ada gastrik tadi. Pesakit masih lena tapi takpe pelawat boleh masuk " ujar doktor itu lalu terus pergi.

Ilyana terus duduk di tepi Iffah. Kelihatan Iffah sangat tenang ketika itu. Ilyana menahan sebak di hatinya. Tak sangka dia boleh leka sehingga tidak perasan Iffah sakit. Hannah menepuk bahu Ilyana. Dia turut sedih dengan keadaan Iffah.

" Korang balik sekolah dulu. Naim, kau drive kereta Ilyana. Biar aku tinggal, jaga Iffah. Believe me, yana " ujar Irfan sambil memandang Iffah yang tidur itu.

Ilyana mengangguk lalu mereka bertiga keluar. Irfan menghela nafas lalu duduk di kerusi.

" Kenapa? kenapa kau tahan sakit tu? Balas balik, Iffah Farhana. Kau kuat dan kau kena yakin. Aku mohon weh. Aku tak boleh jaga kau dekat rumah. Jadi tolong protect diri kau. " ujar Irfan. Tanpa sedar air matanya mengalir. Hampir gugur jantungnya tadi melihat muka pucat Iffah. Dia tidak sanggup hilang Iffah. Tak!

Iffah cuba membuka matanya dan dia memandang sekeliling. Tiba tiba dia terpandang Irfan di sisinya. Lelaki ini. Lelaki yang menolong dirinya sebentar tadi. Dia melihat tangannya yang bertindih dengan tangan Irfan. Dia baru sedar betapa rapuhnya tangan dia ketika itu.

" Thanks Fan. Aku hargai sangat apa kau buat. Kekadang aku berharap kau lah Mr.HT tu tapi aku ni berangan je kan. Anyway thanks for everything. I thinks I start like you, Fan. " senyum Iffah sambil memandang Irfan.

" Eh kau dah bangun? " tegur Irfan.

Iffah tersentak.

" Eh sorry. Aku tak perasan tangan em " serba salah Irfan.

" Hahaha takpe. Kau ni gelabah sangat lah " gelak Iffah. Irfan tersenyum melihat Iffah dapat ketawa semula.

Petang itu, tiga orang malaun itu datang. Maka, kecoh lah bilik Iffah dengan kehadiran mereka. Macam macam hal. Ilyana vs Naim. Ilyana vs Hannah. Irfan vs Naim. Haih pening dibuatnya. Iffah hanya tergelak melihat mereka semua. Dia bersyukur ada kawan seperti mereka dan tanpa sengaja dia memandang Irfan. Dia tersenyum melihat sisi lain Irfan. Irfan yang senyum dan happy go lucky. Dan dia mengaku dia sukakan Irfan. Bukan Raihan lagi.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now