CH 69

4.5K 143 0
                                    

" Kau biar betul!? "

" Dan kau langsung tak cakap dengan kitaorang ni!? "

" Cari nahas ke apa kau ni!? "

Irfan langsung tak kisah dengan jeritan dua gadis di hadapan dia saat ini. Yang dalam fikiran dia sekarang hanya macam mana nak selamatkan Iffah Farhana!

Ilyana merengus geram. Dia rasa kemarahan dia tengah membuak saat ini apabila mendengar cerita Irfan. Mamat ni fikir nyawa ni boleh bawa main ke? Jangan sampai nyawa si Irfan ni melayang sebab dia pula.

Hannah dah menjeling Ikhwan di sebelah. Sampai hati tak bagitahu dia hal macam ni! Dia fikir apa!?

Ikhwan dah terkulat tengok jelingan itu. Ya Allah janganlah sampai aku pula kena tibai dengan si Hannah ni hah.

Naim hanya mampu menggeleng kepala.

" Kau tak sepatutnya buat macam ni, bro. Ifrina tu aku kenal dia sangat. Apa dia nak, dia akan buat. Meskipun nyawa Iffah tu melayang sekalipun " satu suara bersuara.

Irfan memandang Raihan yang duduk menghadap dia itu.

" Aku.. Entahlah.. Serabut "

Irfan mengeluh perlahan. Dia risaukan Iffah je sekarang ni. Dah lah telefon pun mati.

Semua diam membisu. Mereka buntu nak buat apa sekarang ni. Call Iffah tapi tak dapat. Ifrina? Lagi lah, takde dalam perkhidmatan.

" Aku ada benda nak cakap " ujar Raihan. Dia rasa dia tak patut simpan benda ni lama lama.

Semua mata memandang ke arah dia terutama Irfan.

Raihan mengeluh sebelum menyambung.

" Ingat aku dulu siapa Rina? Yes, boyfriend dia. Yeah absolutely dia akan bercerita dengan aku. Terlalu banyak. Sampaikan aku tahu dia macam mana "

Raihan diam sebentar. Dia mengimbas kembali kejadian tahun tahun sebelum ni.

Flashback

Raihan memandang geram gadis di hadapan dia saat ini. Tapi masih boleh dikira gadis ke dengan keadaan yang macam ni? Terhuyung-hayang lagi.

" You better tell me sejak bila you minum ni, Rin!? " tengking Raihan. Dia sabar je dalam kereta tadi sebelum nanti ada yang melayang nyawa.

Ifrina mengangkat kepala. Dia tersengih melihat Raihan. Dia cuba berdiri namun terjatuh akibat ketidaksedaran. Mungkin entah berapa dia teguk tadi.

" Hiks.. Why.. Hiks.. You nii? Jang..an..lah marah..dek..at.. I.. " Ifrina tersenguk kecil sambil cuba memaut tangan Raihan.

Namun ditepis.

Bukk!

" Auchh! You ni kenapa! Sakitlahh " jerit Ifrina. Dia menggosok sikunya akibat terbentur sisi kereta.

Muka Raihan sudah merah. Dia tak sangka Ifrina sanggup teguk air syaitan tu. Apa yang merasuk gadis ini sebenarnya!? Baru sahaja dia ingin berkata, terdengar suara kecil Ifrina.

" You sama je dengan dorang. Suka seksa I. Mama, papa nampak je sayang I tapi I tahu dorang tak suka. Abang Ikh pun! Semua sebab perempuan hodoh tu! I benci dia! Kenapa.. Kenapa mesti semua orang nak sayang dia!? Kenapa bukan I!? Kenapa semua yang I sayang! Semua nak dekat dia! I penat tahu tak! I sayang you tapi apa?! Dia nak you juga! I benci dia.. Hiks.. I benci.. Hikss " rintih Ifrina. Dia melepaskan semuanya malam itu di hadapan Raihan yang terkaku itu.

Raihan tak sangka gadis seperti Ifrina ini kurang kasih sayang meskipun orang lihat Iffah yang selalu didera. Namun siapa sangka, hati gadis seorang ini didera begitu sekali.

Betullah orang cakap ' Hati kalau dah berkecai, kita cantum balik pun takkan sama dengan yang dulu. Ibarat kaca yang dibaling lalu pecah, lepastu kita tampal. Apa masih jadi bentuk yang sama? Jawapannya tak. '

Begitu juga hati gadis kecil ini. Dia terseksa dalam diam. Sehinggakan kebencian menutup segala rasa simpati dalam diri gadis ini.

Di saat itu, insan yang melihat keadaan si gadis mula didatangi rasa kasihan yang mendalam. Gadis ini terlalu nakkan perhatian sehingga dia sanggup melukai orang yang dia sayang.

" I'm sorry Rina. Aku tak nampak kau akibat rupa paras Iffah yang sekarang. Aku yang lukakan hati kau sebenarnya. I'm sorry "

Raihan memeluk tubuh Ifrina yang menangis teresak itu. Sehingga dia merasakan tubuh itu melemah. Ifrina lena dalam tangisannya. Dan saat itu Raihan tahu, dia perlu jaga gadis ini. Perlu!

¤¤¤

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now