CH 19

6.1K 248 4
                                    

Irfan mengemas beg bajunya. Rasa teruja pula untuk pulang ke kampung Tok Wan nya. Entah kenapa tiba tiba dia teringatkan Iffah. Dia mencapai telefon di tepi meja lalu mendail nombor Iffah.

" Hello. Kenapa Fan? " tanya Iffah.

" Haii. Tengah buat apa? Cuti gi mana je? " ujar Irfan.

Kedengaran Iffah tergelak.

" Duduk rumah je lah. Selama ni Iffah mana pergi jalan kalau cuti. " jujur Iffah.

Irfan terdiam seketika.

" Ohh. Ni sorang ke apa ni? " pelik juga dia, takkan ibu bapa Iffah tak berjalan.

" Haah. Mama, papa dengan Kak Rina cuti pergi Bali. Well macam biasa, Iffah duduk rumah. Sorang. Bik Som cuti seminggu juga " sayu suara Iffah menyebabkan Irfan tergamam. Serius lah mak ayah dia tinggalkan dia sorang!? What thee!

" Erm nak ikut Fan tak? Balik Terengganu je lah tapinya. Nanti Fan minta izin papa dengan mama Fan " ajak Irfan tiba tiba. Hati dia tidak sedap pula tiba tiba.

Iffah di sana terdiam. Dia memandang tak percaya telefonnya. Biar betul!?

" Ehh tapii. .mama papa Iffah tak izin punya " ujar Iffah.

" Minta dulu sana. Cepat. " arah Irfan.

Iffah meminta izin sebentar.

Iffah menarik nafas lalu mendail nombor papanya.

" Erm pa, Iffah nak minta izin ikut kawan balik kampung dia boleh tak? " ragu ragu Iffah bertanya.

" lantak kau lah. Yang penting balik. Faham? " ujar Tengku Izwan. Entah kenapa kekadang hatinya menyayangi anak yang sorang ini.

" Terima kasih, pa. Iffah sayang papa. Byee " ceria Iffah.

Irfan menunggu dengan sabar. Tiba tiba telefonnya berdering.

" Hello Fan! Papa bagi kebenaran. Bila nak gerak? " ceria Iffah.

" Good hahaha nanti dah sampai rumah ,Fan bagitahu. " ujar Irfan sambil tersenyum. Yes! Cuti sekolah dengan Iffah. Fuh!

Iffah terus mengemas beg bajunya cepat bolehh. Pakaian yang penting je dia sumbat dalam beg galas itu. Tak perlu banyak banyak.

Irfan pula menuruni tangga rumahnya. Kelihatan mamanya di situ.

" Erm ma, Fan nak ajak kawan boleh? And she's girl " sengih Irfan..

" Girl? Eh biar betul kamu? " terkejut Tengku Fina.

Irfan mengeluh lalu menceritakan segalanya. Semua tentang Iffah.

" Ya Allah sedihnya. Erm kalau macam okey lah. Tok Wan mesti okey tu. Papa dah tahu? " tanya Tengku Fina.

" Dahh. Papa izinkan je. Tapi Fan bawa kereta boleh? Bawa je Audi tu. Papa bawa kereta lain " ujar Tengku Idham.

Irfan tersenyum lalu mengangguk. Dia terus berlari ke atas untuk bersiap. Tengku Fina dan Tengku Idham tersenyum kecil.

" Nampak sangat anak awak jatuh cinta tu " usik Tengku Idham.

Tengku Fina hanya menggeleng kepala.

" Eh anak dara sorang ni mana? Tengku Isya Hayani! " jerit Tengku Fina.

" Dah dekat dalam kereta dah. Tak payah jerit gitu " ujar Tengku Idham.

Irfan memandu ke rumah Iffah. Kelihatan gadis itu di hadapan pagar dengan beg galasnya. Dia tersenyum kecil melihat outfits gadis itu. Skirt labuh corak floral dan denim shirt serta beg kecil . Simple!

" Sorry lambat. Ok jom. " ujar Irfan sambil mengambil beg Iffah dan diletakkan di seat belakang.

" Mana famili Fan? " tanya Iffah sambil memandang Irfan di sebelah.

" Tunggu dekat RnR je nanti. Saing dari sana " ujar Irfan sambil terus memandu.

Iffah hanya mengangguk lalu memandang keluar.

" Erm thanks Fan. Sebab ajak Iffah. Ni first time Iffah jalan jauh dari KL. Rasa macam happy sangat " jujur Iffah sambil memandang keluar.

Irfan hanya diam. Dia tahu gadis itu sepi. Jadi, biarlah dia jadikan cuti ni cuti terindah buat Iffah.

" Jom turun. Mama suruh makan lunch dulu " ajak Irfan.

" Sure ke aunty tak takut dengan Iffah? " gelisah Iffah.

" Hahah tak. Mama Fan baik lah " ujar Irfan. Kalut betul gadis itu.

Mereka berdua melangkah ke arah tiga manusia di hujung sana. Tengku Fina tersenyum melihat gadis di sebelah anaknya itu. Walaupun mukanya berparut namun kecantikan itu masih ada , tidak dinafikan.

" Erm aunty, uncle " tegur Iffah.

Tengku Fina terus menarik Iffah ke dalam pelukan.

" Alahaii kenapa ayu sangat ni Irfan oii.. Cantik sangat kamu ni " senyum Tengku Fina.

Iffah terpinga pinga. Irfan hanya menahan gelak manakala Tengku Idham tersenyum sahaja.

" Ehh akak Farhana ke? Lahh ingatkan sapa tadi " ujar Tengku Isya sambil memeluk lengan Iffah.

Yang lain tercengang.

" Ni lah mama , kakak yang Isya cerita tu. Yang tolong Isya masa nak kena ragut tu. ." teruja Isya. Walaupun muka Iffah begitu, dia tahu gadis itu baik. Malah, dia suka gadis ini jika bersama abangnya.

" Lahh yeke? Jodoh ni jodoh " usik Tengku Idham.

Irfan dan Iffah sudah menunduk. Malu! Hahahaha..

Tbc

Pfftt terpaksa unpublish tadi 😂 lupa Iffah mana pakai tudung duh 😂😂 Ilyana dengan Hannah pun kahkah!

I'm YoursWhere stories live. Discover now