CH 61

4.4K 159 1
                                    

Sebulan kemudian

Irfan mengeluh. Baru sejam dia berpisah dengan tunang dia tapi rasa macam bertahun. Bila teringat semua kenangan mereka selama sebulan ni, dia tahu peluang untuk dia itu tinggi. Dia yakin Iffah dah mula ingat sedikit demi sedikit namun dia takut sekarang ini. Iffah pasti akan berjumpa dengan Ifrina dan itu akan membuatkan peluang dia menipis.

" Apa aku perlu buat? Untuk dapatkan kau je susah dia beribu kali. Tapi hati aku yakin kau milik aku " bisik Irfan sendirian.

Dia merenung pemandangan malam. Cahaya yang menyinari kota itu. Cantik. Malah, tiap malam dia rasa tenang apabila melihat pemandangan itu.

Ifrina terjah bilik Iffah. Kelihatan gadis itu sedang membaca buku. Dia tersenyum sinis.

" Adikkkkk! I'm home. Rindu kakak tak? " Ifrina berpura-pura untuk teruja meskipun hati dia meluat. Benci tengok budak cacat ini!

Iffah tersentak. Dia memandang Ifrina yang berdiri di hadapan dia. Hati dia tiba-tiba membara. Namun dia cuba untuk tutup dengan senyuman.

" Eh kakak! Rindu lahh. Sebulan pergi Bali tak bawak adik pun kan. Sunyi taw rumah ni " Iffah cuba untuk menahan senyuman sinisnya terlakar. Mungkin Ifrina dulu boleh perbodohkan dia tapi sekarang tak!

Ifrina menggapai tangan adiknya itu. Dia mengelus perlahan sambil berkata..

" Sorry. Kakak ada kerjalah. Nanti next time kita pergi sama-sama ok "

Iffah tersenyum kecil sambil menggangguk.

" Kakak mandi lah. Nanti kita borak lagi ok " Iffah cuba menghalau sebab dia rimas.

Ifrina mengangguk lalu keluar. Dia pun bukan nak sangat duduk dalam bilik itu. Semak je mata!

Sebaik sahaja pintu tertutup, Iffah mengeluh lega. Dia memandang pintu itu sambil menggenggam erat tangannya.

" Mungkin dulu kau Queen dalam game ini, Rina. Tapi sekarang kita tukar peranan. Kau adalah hamba abdi aku. Kita tengok siapa yang menang " bisik Iffah.

Dia rindukan Irfan. Dia rindukan kenangan mereka. Dia rindu lawak Irfan. Dia rindu segalanya. Meskipun mereka masih dalam proses berbaik tapi dia tak tipu jika dia sayangkan Irfan. Haih!

Ifrina menghempas begnya ke katil. Dia tersenyum sinis melihat gelagat bendul adiknya tadi meskipun dia tidak tahu kebenaran sebenarnya.

" Kita mulakan game ini. Kau, aku akan pastikan kau kalah dan kalau boleh biar mampus terus hahahahaha " gelak Ifrina. Dia memandang potrait kecil di sudut meja itu. Gambar keluarga. Huh!

Tiba-tiba dia rasa sakit di bahagian pinggangnya. Dia kebelakangan ini sering muntah-muntah dan pening. Nak pergi klinik, tak sempat lagi. Haih. Nantilah. Dia menggapai ubat tahan sakit lalu menelannya.

Kesakitan itu lega sekejap. Ifrina merebahkan badannya ke katil lalu tak berapa lama kemudian dia terlelap.

Tbc

NAKK HABISKAN CEPAT HUHU PENAT LAHH 😭😭

I'm YoursWhere stories live. Discover now