CH 76

6.5K 174 1
                                    

Dua tahun kemudian,

Irfan termenung sepi. Dia merenung segala fail yang bertimbun atas meja pejabat dia saat ini. Jawatan dia sebagai CEO bukan tanda dia akan duduk goyang kaki sahaja.

Tok! Tok!

" Masuk "

Mike melangkah masuk.

Irfan mengangkat kening bertanya kenapa.

" Encik Raihan di luar. Dia nak jumpa Encik Irfan " ujar Mike. Tugas dia sebagai PA lelaki itu cukup membuatkan dia tahu Irfan ni jenis lelaki yang banyak rahsia. Dan dia pantang kalau orang main terjah bilik dia.

" Oh ok. Suruh dia masuk "

Mike mengangguk lalu keluar.

¤¤¤¤

Raihan melangkah masuk lalu menggeleng kepala melihat rakannya itu termenung semacam.

" Kau pahal muka macam ayam berak kapur je ni? " sindir Raihan. Dia melabuhkan duduk di kerusi hadapan Irfan.
Irfan menjeling tajam. Ingat lawak ah tu?

" Hah tahu. Ingat 'dia' ke? " teka Raihan.

Sepanjang dua tahun ni, dia tahu segala kegiatan lelaki hadapan dia ni. Meskipun dia dah kahwin dengan Ifrina. Meskipun Naim dah kahwin dengan Ilyana. Mereka masih tetap lepak sesama.

" Hmm boleh lah " ujar Irfan.

" Relaxlah. Budak tu kan kaki travel. Bagi lah dia enjoy. Aduhaiii " geram Raihan. Dah tahu tak suka tu pergi bagi buat apa!

Irfan merengus geram. Bukan nak sokong malah tambah beban. Hish!

" Masalahnya bila dia nak terima lamaran aku siak!? Lama tahu tak! Kau boleh ah dah happy dengan Rina. Hish " marah Irfan. Ingat dia tak cemburu ke tengok kawan dia semua dah happy? Hish.

" Sabar bro. Dia perlu masa lagi. Kan dia baru sembuh. Biar dia kejar apa dia nak dulu. Kau ni pun. " ujar Raihan. Bukan dia tak kenal Irfan macam mana. Kenal sangat!

Irfan diam. Malas nak cakap.

" Aku nak keluar dulu. Sebenarnya aku datang ni nak bagitahu something. Tu je haha " Raihan bangun lalu berjalan ke arah pintu.

" Apa benda oii " jerit Irfan. Belum bagitahu dah balik? Apa benda dia ni hish.

" Iffah suruh hantar rombongan masuk minang. Dia dah balik dah dua hari lepas. Assalamualaikum " Raihan tersenyum sinis sebelum berjalan keluar meninggalkan Irfan yang ternganga itu.

Irfan ternganga mendengar bait kata kawannya itu.

Iffah.

Suruh.

Hantar.

Rombongan!?

" Tu maknanya dia terima!? Dan dia tak bagitahu aku dia dah balik!? " jerit Irfan kuat.

Raihan di luar dah tergelak dengar jeritan Irfan itu. Hahahahah serve that bro!

¤¤¤¤

" Engkau kan! Dah balik tak geti nak bagitahu tunang sendiri ke!? Irfan tu meroyan tahu tak tunggu jawapan kau! " geram Ifrina.

Iffah hanya buat tak tahu. Dia mengacah anak lelaki Ifrina, Rizki yang di dalam buaian itu.

" Elehhh kan dah suruh Abang Raihan bagitahu. Chill lah kak. " Iffah hanya menayang riak selamba apabila Ifrina menjegilkan matanya.

Pukk!

Iffah mengaduh sakit apabila pahanya ditampar. Ganaslah kakak ni. Macam manalah abang Raihan handle.

" Kalau dia dah ada yang lain? Hah padan muka " ejek Ifrina. Nak tergelak tengok muka terkedu Iffah itu.

Iffah memandang Ifrina yang berjalan ke dapur itu.

Ada orang lain? Dia curang ke?

" Riz, Uncle Fan curang dengan Maksu ke? Hmmm " Iffah bertanya pada si kecil meskipun dia tahu Rizki takkan balas.

Rizki hanya tersengih kecil. Gigi pun takdak lagi haih hahaha!

Iffah tersenyum.

Ifrina yang melihat di sebalik dinding dapur tersenyum kecil.

Dia takkan lupakan kau, dik. Sebab kau milik dia. Dan dia milik kau. He still waiting for you.

Finish. The end.

Nak epilog? Nak tahu apa jadi lepas kes tembak tu ke? Nak tahu jadi ke IrfanxIffah kahwin? Comment. Sometime nak juga selfish hahaha!

I'm YoursWhere stories live. Discover now