CH 27

6.5K 264 17
                                    

Iffah membaringkan diri di atas katil. Terngiang-ngiang lagi kata kata Irfan petang tadi. Rasa macam berdebar pula nak tunggu pagi. Tapi kenapa dia boleh cakap macam tu tadi? Hish buat malu je! Iffah menekup mukanya dengan bantal. Haih maluuuuu!

Ikhwan membuka pintu bilik adiknya. Dia mengerutkan dahi melihat adiknya yang tengah meroyan di atas katil itu. Kejap bangun, kejap baring, kejap tutup muka. Eh dah kenapa?

" Iffah, meroyan ke? " ujar Ikhwan.

" Ehh abang! HAHAAHAHA mana ada lah " gelak besar Iffah untuk tutup malu.

Terbuntang mata Ikhwan dengar Iffah gelak macam tu.

" Sah kau tak betul, dik. Ni abang bawakan makanan. Kak Lys dengan Abang Nick balik lama lagi. Ni yang Kak Lys ws abang suruh hantar makanan. Macam macam lah kau ni " ujar Ikhwan sambil menghulur plastik PizzaHut.

Iffah tersenyum kecil sebelum keluar bilik bersama Ikhwan.

Irfan memandang Naim. Dia tahu kawannya itu takkan menolak.

" Hish! Yelahhhh! Nasib baik kawan tahu tak. Kalau tak, ganyang kau " geram Naim. Meraban idea si Irfan ni. Haih.

Irfan tersenyum. Kan betul Naim akan setuju idea dia hahahaha!

Iffah melangkah ke dalam sekolah bersama dua rakannya itu. Tiba tiba dia terhenti kerna tergamam melihat koridor sekolah yang dihias dengan bunga. Cantik!

Semua pelajar GHS juga terhenti. Pelik melihat keadaan sekolah macam ni.

" Ni dah pahal weh " tanya Hannah.

" Entahh. Ada vvip ke? Tapi macam takde " ujar Ilyana.

Iffah hanya diam. Tiba tiba jantungnya berdegup laju. Semacam je rasa ni.

" Iffah Farhana Tengku Izwan "

Iffah tersentak apabila namanya bergema satu sekolah. Semua pelajar juga turut memandang sekitar namun hampa.

" Wehh apa nii " ujar Hannah pelik.

" Ada pape ke Far? " tanya Ilyana pada Iffah namun Iffah menggeleng.

Tiba tiba lagu Bruno Mars dimainkan.


Semua pelajar perempuan menjerit apabila Irfan keluar dari hujung koridor sana dengan membawa bunga roses.

" Wehhh handsomee "

" Maigaddd prince charminggg "

" Untukk aku tuuu wehh "

Iffah hanya menghiraukan keadaan itu kerna tumpuannya hanya pada Irfan sekarang. Dia pelik namun baru dia teringat. Ni kejutan Irfan!

Irfan berjalan ke arah Iffah yang terkaku itu. Hannah dan Ilyana sudah berdiri di sebelah Naim di sudut.

" Haii princess " senyum Irfan dan itu membuatkan pelajar perempuan menjerit teruja. First time tengok live Irfan senyum!

" Ha.. Haii " gagap Iffah. Hati dia berdebar sangat.

" Okee aku tahu lagu ni memang takde kaitan. Tapi ni lagu fav kau kan? So selami lah ye sementara aku confess " smirk Irfan. Iffah hanya tersenyum kecil.

" Semalam turn kau, today turn aku. Aku taknak lah nampak lembik duh depan Naim tu hahaha " ujar Irfan. Dia menarik nafas sebelum sambung.

" Look Farhana. Aku suka kau. Yes, aku suka kau since kita berlanggar depan library tu. Hah ye tahu kau terkejut kan. Hahaha tapi aku tak kesah. Semakin hari aku tengok ramai buli kau. Aku nak tolong tapi tak mampu. So aku jadi Secret Guardian kau. Yang selalu ceriakan hari kau dengan note, bunga, coklat and cincin di jari kau tu. Aku takde sebab untuk jatuh hati dekat kau. So jangan tanya. Otak aku cuma fikir macam mana nak ceriakan hari kau , jaga kau and be with you forever. Aku tahu memang lawak lah sebab aku ni dingin je dengan perempuan tapi dengan kau, tak. " luah Irfan. Dia tahu Iffah tergamam habis. Semua pelajar GHS juga.

" Aku tak pernah rasa macam ni. Dengan kau, aku rasa semua tu. First time okey aku bawa perempuan jumpa family aku especially Tok Wan hahahaha rasanya Tok Wan pun suka kau. .Mama and papa too.. Isya takyah cakap lah.. So restu family aku dah ada. . " smirk Irfan..

" Family aku tak " balas Iffah.

" Sapa kata? Since aku first time jumpa Ikhwan, awal awal dia bagi greenlight. Aku tak perlu kot minta izin orang lain sebab Ikhwan orang terpenting hidup kau kan sekarang. Okey , aku taknak lah confess bebanyak gini kan. Nanti jadi viral pula. Tengku Iffah Farhana, no words can fully describe all the feelings that I have for you. Aku cuma nak kau tahu, aku selalu ada untuk kau. Forever dear. So, be my soulmate? Forever? Kita hadapi semua benda sesama . Aku penat dah tunggu kau dekat 5 tahun.. " senyum Irfan sambil melutut dan menghulur bunga.

Iffah tergamam. Tak sangka Irfan akan buat macam ni. Sungguh dia terharu sangat!

Naim pula merakam semua momen yang dilakukan tadi. Ilyana dan Hannah sudah bersorak riang.

Semua pelajar tergamam dengan tindakan Irfan. Tak sangka Irfan akan confess macam ni.

Raihan menggenggam erat tangannya. Dia benci bila Irfan buat macam ni. Dia berharap Iffah takkan terima Irfan tu.

Ifrina merengus geram. Patutnya Irfan confess dekat dia!

" Kalau aku taknak? " usik Iffah. Dia cuba menahan diri daripada senyum.

Irfan tersentak. Serius ah?

" Wehhh " jerit Hannah dan Ilyana. Geram pula si Iffah ni lahh!

Naim pula hampir je jatuh camera tu.

Iffah tersenyum kecil. Kelakar lah tengok muka dorang! Ni kena buli ni.

Iffah berpusing lalu berjalan sikit jauh dari Irfan. Irfan pula sudah rasa nak nangis. Sampai hati Iffah.

" Irfan Hayyan " panggil Iffah.

Semua mata memandang ke arah Iffah. Iffah tersenyum sebelum berkata.

" SILA DELIVER BUNGA TU DEKAT KELAS SAYA YE, ENCIK SOULMATE " ujar Iffah dengan kuat sebelum sambung berjalan ke kelas. Dia tergelak apabila dapat kenakan Irfan.

Irfan terkedu. Apa tu maknanya?

" Woii mangkuk. Dia terima kau lah " ujar Naim selamba. Nampak sangat kawannya ni blur.

Hannah dan Ilyana terus mengejar langkah Iffah. Yyeahhh!

Raihan dan Ifrina tergamam. Hish!

Dalam diam, Irfan tersenyum. Iffah milik dia sekarang!

Iffah tersenyum.

" Tak sangka surprise kau macam ni, Fan. Serius aku terharu. Make sure jaga aku, Fan. Macam kau janji dulu. " ujar Iffah perlahan sambil melangkah ke kelas.

Tbc

#iffahayyangoals hahaahhaah dah geli duh aku reka ayat macam tu. Klishe! 😂😂 pasnii satu dua chap ada adegan sweet iffah dgn irfan je. Harap maklum. Kah! 😂

I'm YoursWhere stories live. Discover now