CH 37

4.7K 173 0
                                    

Raihan memandang gadis di hadapannya. Dia rasa kosong. Tiada rasa seperti dulu.

" Kenapa nak jumpa? " Raihan terus bertanya.

Ifrina mendengus geram.

" Deal jom. Deal macam mana nak jatuhkan Irfan dan Iffah. Kau nak Iffah kan? Same to me. Nakkan Irfan " Ifrina tersenyum sinis apabila melihat muka terkedu Raihan.

Raihan terdiam. Dia terkejut Ifrina tahu rahsianya.

" So kau tahu? " ragu Raihan.

Ifrina mengangguk sambil menghirup airnya.

" Orang bodoh je tak nampak muka kau tu bila dengan Iffah macam mana. Aku dekat sebelah pun tak pandang. So, aku agak kau suka Iffah. Lagipun aku suka lah dekat Irfan tu. Dia je cinta sangat dengan perempuan tu " rengus Ifrina. Lama dia cuba goda Irfan tapi Raihan pula yang dia tangkap. Hish!

" Chill.. Aku tolong kau.. Kita sepakat.. Lagipun Irfan tu nak pergi oversea.. So senang kerja aku dengan kau.. Kita slow slow buat kerja. Tak payah terburu sangat " sinis Raihan.

Ifrina diam. Dia puas bila Raihan setuju. Jadi dia tidak perlu buat semuanya sendiri. Iffah pasti kalah lagi!

Lys memandang Iffah yang menonton drama itu.

" Dik, baju tunang tu kau betul nak pakai yang kau beli haritu? " Lys terkejut betul tengok baju budak sorang ni. Simple nak matey!

" Hahahaahh tak lah kak Lys.. Tu sengaja Iffah beli.. Padahal Iffah dah tempah baju lain.. Takkan nak Irfan tengok kan? Tak fair lah " Iffah tergelak apabila mendengar soalan Lys. Dia tahu ramai geram dengan dia termasuk Ikhwan. Ada ke baju simple gitu je.

Lys menjulingkan mata. Sengal betul budak ni. Macam macam hal lah. Kejutan dengan kejutan keluar haih.

Iffah tersengih apabila Lys menjelingnya. Tahu sangat kak Lys geram tu.

" Hah ni. Abang Ikh kata esok papa ajak datang rumah. Nak bincang bincang. " Lys berkata tanpa memandang Iffah.

Iffah terkaku.

" Papa? Ajak? " bisik Iffah.

Namun Lys dengar.

" Haah. So pergi. Akak tahu kau tu masih trauma tapi restu tu penting even tunang je. Lagipun uncle slowly berubah tu. Bagi dia peluang. I know you can " pujuk Lys sambil memeluk bahu Iffah.

Iffah menarik nafas lalu hembus kuat. Dia taknak tapi apa yang diperkatakan Lys itu betul.

Esoknya , Iffah memandang rumah di hadapannya. Kakinya masih terpacak di luar. Ingatan dahulu kian terpapar di mindanya. Ingatan yang buat dia rasa nak marah.

" Dik, jom " Ikhwan menarik Iffah. Dia tahu Iffah taknak. Tapi ini penting.

Tengku Izwan menyambut dua anaknya itu. Dia memandang miris pada Iffah yang menyalaminya. Dia tahu hati gadis itu sakit lagi.

" Masuk lahh " pelawa Tengku Izwan.

Iffah duduk dengan perasaan kosong.

" So bila majlisnya? " tanya Tengku Izwan.

" Bulan depan, pa. Ikh nak buat dekat sini. Can I? " Ikhwan menyatakan hasratnya. Dia mahu majlis pertunangan itu diadakan di sini. Lagipun Iffah juga pernah beritahunya.

" Eh Iffah tak kesah ke? "

" Tak,pa . Ni rumah Iffah juga. Takkan nak buat dekat kondo kan. " terang Iffah. Dia memang niat mahu lakukan di sini. Tapi takut dimarahi.

" Papa setuju. Nanti papa siapkan semua. Iffah dengan Ikhwan cakap je apa yang kamu nak " Tengku Izwan berasa gembira apabila anaknya masih ingat akan dia.

Iffah memandang Tengku Izwan. Betul kata Lys. Papanya sudah berubah. Sudah boleh senyum padanya. Sudah boleh beramah mesra dengannya. Ya Allah, indahnya.

" Siapa kata boleh? "

Semua memandang ke arah tangga. Kelihatan Tengku Izzah dan Ifrina di situ. Muka Tengku Izzah kelihatan sungguh tegang. Iffah mula merasa hampa. Tahu sangat mamanya akan tentang. Huh!

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now