Epilog II

6.5K 151 0
                                    

Dua tahun lalu,

Keadaan di hospital itu sungguh kalut. Doktor serta jururawat ke hulur ke hilir  usaha untuk menyelamatkan dua gadis yang kritikal itu.

Irfan terduduk lesu di bangku menunggu hadapan ICU. Raihan pula diam di sisinya.

" Mama dengan papa? " tanya Hannah pada Ikhwan yang menghampiri mereka semua.

" On the way dengan Lys. Ada apa-apa berita? " Ikhwan duduk di sebelah Hannah lalu menyandarkan tubuhnya. Badan dia rasa lesu sekarang ni tapi hati dia tak boleh nak tenang selagi adik-adik dia masih dalam rawatan.

" Belum. Doktor masih usaha dekat dalam. " sayu Hannah. Apabila melihat rakannya jatuh tersembam , dia mula terkaku. Dia taknak kehilangan sahabatnya itu. Cukuplah Iffah dah alami pelbagai dugaan dah.

Ilyana meletakkan kepalanya pada bahu Naim. Dia dah penat menangis. Mata pun dah bengkak. Badan dia dah lesu dah.  Mengingatkan sahabat dia yang sedang bertarung nyawa, dia merasakan separuh hatinya kian lesap. Dia berharap Iffah akan cepat sembuh. Dan dia taknak dengar apa-apa berita buruk sekalipun daripada doktor tentang gadis itu.

Klakk!

Semua bangun apabila seorang doktor keluar.

Ikhwan menghampiri doktor itu lalu bertanya.

" Macam mana doktor? Adik saya? Okey kan? " berpadu soalan daripada Ikhwan bagi pada doktor itu. Doktor Dian. Doktor Ifrina.

Dr.Dian menarik nafas sebelum memandang muka-muka di hadapan dia saat ini. Dia tahu berita ini berat namun dia harus sampaikan. Itu tanggungjawab dia.

" Rin kritikal. Buah pinggang dia. One of it dah gagal berfungsi. So, as you know. Kita perlukan penderma. Kita kena cari penderma yang sesuai. Memang dia kritikal sekarang tapi nak cari penderma itu makan masa. Maybe seminggu dua. So, hm kitaorang just boleh buat dia bertahan sementara kita cari penderma secepat mungkin. Kalau tak, you will lose her Ikh. Your sister . " terang Dr. Dian. Dia sendiri pun rasa sedih dengan apa yang dia nak cakap sekarang. Tapi saat ini, masa itu penting.

Semua terkaku. Terutama Raihan. Berita yang disampaikan itu membuatkan hati dia bagai ditusuk. Sakit yang dia rasa itu. Sakit sangat.

" I will. Aku nak dermakan buah pinggang aku. So, please take me. " Ikhwan merayu. Dia tak sanggup hilang Ifrina. Banyak lagi yang dia nak lakukan untuk Ifrina. Dia belum cukup lagi limpahkan kasih sayang untuk Ifrina. Belum!

" Me too. I will do anything for her . " Raihan tekad. Dia sanggup lakukan apapun untuk Ifrina walaupun dia harus gadaikan nyawa dia. Dia sanggup. Dia nak gadis dia sentiasa sihat dan hidup walaupun bukan dia yang dampingi gadis itu.

Dr. Dian mengangguk lalu menyuruh mereka mengikut jururawat yang disediakan untuk pemeriksaan.

Mereka yang lain hanya berharap salah satu daripada dua lelaki itu mampu mendermakan buah pinggang mereka. Mereka pun taknak Ifrina pergi. Dalam diam, mereka juga sayangkan Ifrina.

Tiba-tiba Dr.Dijah keluar. Doktor yang bertanggungjawab atas Iffah.

Irfan terus meluru ke arah doktor wanita itu. Dalam hati dia berdoa agar Iffah tidak apa-apa.

" She's okay? " tanya Irfan.

Dr.Dijah diam. Dia memandang lelaki di hadapan dia saat ini. Riak risau yang sangat ketara.

" Dia 50/50 . Kita perlukan darah sebab dia kehilangan darah. But, stok darah hospital ni habis. We need O. Darah jenis O. Dan saya rasa encik tahu kan darah jenis ni macam mana. " ujar Dr. Dijah. Dia sendiri pun menyesal. Stok habis. Kalau nak tunggu dari hospital lain, berkemungkinan gadis itu terus.. Hm..

" Saya jenis O. Saya akan dermakan darah untuk dia " sahut satu suara.

Semua berpaling ke belakang. Kelihatan Naim mengangkat tangan. Ye. Dia darah jenis O. Dan dia harap dia mampu tolong gadis itu.

" Bro "

Irfan terkedu. Tak sangka Naim akan sumbang darah untuk tunang dia.

"  Relax ok. Aku bantu Iffah sebab dia sahabat aku juga. So chill. Kita sama-sama selamatkan dia okay " Naim tersenyum sebelum mengikut jururawat untuk derma darah.

" Tapi kena ingat. Mungkin pesakit akan mengalami koma. Sebab tubuh dia sangat lemah sekarang ni. Jadi, saya mohon semua supaya tabah " ujar Dr. Dijah sebelum kembali masuk ke dalam bilik pembedahan.

Irfan terduduk. Koma? Tunang yang dia sayang akan koma? Ya Allah. Dugaan apakah ini?

¤¤¤¤

Tengku Izwan dan Tengku Izzah meluru ke arah anak-anak muda yang duduk di hadapan bilik ICU itu.

" Macam mana? Ifrina? Iffah? " tanya Tengku Izzah.  Sebaik sahaja Lys menyampaikan berita yang anak gadisnya masuk hospital terus dia memaksa Lys untuk bawa mereka ke sini.

Tengku Izwan memandang anak terunanya. Dia takut nak hilang anak gadisnya. Dia taknak. Dia masih belum berjaya menjadi ayah yang baik untuk mereka. Dia belum jadi wali mereka lagi.

" Rin kritikal, ma pa. Dia perlu penderma. Dia sakit ma. Dia sakit kegagalan buah pinggang. Ikh dengan Raihan dah buat test untuk penderma. Sekarang, kita cuma mampu berdoa supaya Rin dapat bertabah untuk seminggu, ma pa. Result test lama lagi nak keluar " terang Ikhwan. Dia nampak raut wajah orang tuanya yang terkejut mendengar berita yang disampaikan. Dia tahu itu.

" Iffah pula. .Dia 50/50 .. Sebab dia banyak hilang darah, ma. Kita mungkin dapat selamatkan dia dengan darah Naim tapi dia akan koma ma. Ma! Ikh rasa useless ma. Ikh rasa Ikh bukan abang yang baik. Ikh tak mampu jaga dorang ma. Walaupun dalam keadaan macam ni. Ikh rasa.. Ikh tak patut wujud.. " Ikhwan terus menangis melutut.

Tengku Izzah yang melihat keadaan anaknya itu terus memeluk. Dia tahu Ikhwan sedang salahkan diri sendiri. Dia tahu anak terunanya ini sedang menahan beban yang berat.

" Ikh tak salah, sayang. Tak. Ikh dah buat sehabis yang boleh. Sekarang kita mampu berdoa je sayang. Kita doa supaya mereka cepat sembuh ye. Kuatkan diri sayang. " pujuk Tengku Izzah meskipun dia sendiri menangis pilu.

Aku nak buat epilog III boleh tak? Sebab tkut hilang lg words ni. Hmm.

I'm YoursWhere stories live. Discover now