CH 47

4.5K 154 1
                                    

Dua minggu kemudian,

Keadaan kembali seperti biasa. Namun ianya tidak mengubah keadaan yang terjadi dua minggu lalu. Keadaan di mana..

Iffah sedar.

Iffah yang lumpuh.

Iffah yang amnesia.

Irfan yang kembali ke luar negara.

Semua itu tidak mengubah keadaan dua merpati ini. Semua ingatan Iffah tentang kawan kawan rapatnya juga hilang. Hilang seperti angin bayu.

Ikhwan melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Dia mengeluh melihat Iffah yang termenung di kerusi roda itu. Selama mereka di rumah Tengku Izwan, Iffah tidak pernah bercakap. Dia banyak termenung. Dan menangis. Malah segala sikap cerianya juga hilang dan digantikan dengan sikap dingin gadis itu.

" Adik "

Iffah memusingkan kepalanya ke belakang. Kelihatan abangnya di situ. Abangnya yang tidak berputus asa cuba bercakap dengannya meskipun dia tidak membalas sepatah pun. Mamanya yang selalu ajak dia bercerita. Papanya yang sering mengelus kepalanya sebelum tidur. Semua itu tidak mempengaruhi keadaannya yang sekarang. Tidak.

" Makan jom. Mama masak ni. Your fav " Ikhwan tersenyum sambil menatang dulang yang penuh itu.

Iffah hanya buat tidak tahu sahaja. Dia malas.

" Nah. Makan sesuap pun tak pe lah " pujuk Ikhwan lagi.

Iffah membuka mulutnya apabila Ikhwan menghulurkan sudu ke arah mulutnya. Dia cuba menelan makanan yang berada di dalam mulutnya meskipun pahit sahaja rasa.
Masuk kali kelima, Iffah menggeleng. Dia tiada selera makan. Semuanya bagaikan tiada rasa apabila dia cuba menelan.

Ikhwan tersenyum pahit. Tahulah dia bahwa adiknya masih tidak berselera makan. Dia mengemas semuanya sebelum keluar dari bilik.

Iffah memandang keluar. Dan dia masih cuba mengingat semuanya. Semuanya. Kenangan dia. Meskipun sakit, dia masih cuba. Namun yang dia pelik, kakaknya langsung tidak menunjukkan muka semenjak dia balik. Ke mana kakaknya pergi?

Ifrina tersenyum sinis. First step done. Lepasni dia hanya perlu goda Irfan untuk jatuh dalam dakapan dia. Iffah dah langsung tidak ingat apa apa tentang Irfan. So, why not dia ambil kesempatan hm?

Di balkoni itu, dia nampak Iffah yang termenung sendiri. Dia tahu gadis itu mencari dia. Namun belum masa lagi dia nak muncul. Lain kali je lah. Relax adik. Akak kau ni akan datang dekat kau nanti. Chill je ok sayang. Hahahaha!

" Hah sedikitnya Farhana makan " risau Tengku Izzah. Dia melihat banyak lagi makanan di dalam dulang itu.

" Dia memang hilang selera makan, ma. Ikh tak tahu nak buat apa dah. Lagipun kita tak boleh paksa dia. Sekarang ni mental dia masih down lagi. " Ikhwan rasa serabut sangat sekarang ni. Serabut!

Tengku Izzah mengeluh. Risau melihat anaknya dalam keadaan begitu. Ya Allah.

" Ni Rin ni, ma. Mana dia? " Pelik juga Ikhwan. Adiknya yang lagi sorang ni hilang.

" Entah. Mama pun tak jumpa dia sejak adik masuk hospital tu " Tengku Izzah cuba juga cari tapi masih hilang jejak. Haih macam macam dugaan lah.

Mereka termenung di dapur itu memikirkan masalah yang datang. Datang tanpa diundang langsung. Hm.
Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now