CH 6

6.5K 264 2
                                    

Ilyana yang tiba tiba rasa ingin ke tandas terus menegur Iffah.

" Far, teman aku jom. Ke tandas hee " Ilyana tersenyum kecil.

Iffah tersenyum sambil menggelengkan kepala. Setelah itu dia mengangguk.

Sementara menunggu Ilyana, dia duduk di tembok yang berdekatan. Sebenarnya dia rasa tidak selesa namun dia hanya hiraukan sahaja. Bukan dia tidak tahu ceritanya tentang pagi tadi sudah tersebar. Boleh je bila bila masa dia diserang peminat Irfan.

Ilyana yang baru keluar tandas itu pelik melihat rakannya yang termenung itu. Lama sangat ke aku dalam tandas sampai si Farhana ni termenung bukan main lagi? Ermm ni mesti ingat crush ni.

" Hoii " tegur Ilyana.

Iffah tersentak lalu memandang Ilyana di sebelahnya. Dia menjeling geram. Ada ke patut si Ilyana ni jerit dekat dekat.

" Dah? Jom masuk kelas. Aku tak selesa orang tengok " ajak Iffah.

" Tak payah. Kejap lagi rehat. Duduk je sini tunggu Hannah. " balas Ilyana. Iffah mengangguk lalu memandang sekeliling.

" Kau tak makan semalam? Tak payah terkejut gitu. Aku tahu sangat. Kalau tak, takde maknanya Irfan bawa kau pergi breakfast dulu tadi. Ye aku tahu sebab Naim cerita. Aku pun terkejut tengok mamat tu depan rumah tadi tapi lepas dia jelaskan baru aku faham. Aku tak sangka ada lagi famili macam tu. Kau pun ikutkan je kan? " geram Ilyana dibuatnya dengan perangai Iffah ni.

" Kau tak faham. Aku sendiri dah penat dah weh. Kalau tak sebab aku hormat dorang, dah lama aku blah weh. Aku sendiri pun geli tengok muka aku. Kekadang aku rasa menyesal selamatkan Ifrina dulu. Tapi takpe lah. Lelama okey kot. Hah tu Hannah. Jom makan weh " Ajak Iffah ceria.

Ilyana hanya menggeleng kepala lalu mengikut jejak Iffah. Mereka bertiga berjalan bersama ke arah cafe. Kelihatan ramai orang sedang beratur.

" Wehh kau duduk sini taw. Biar aku dengan Hannah pergi beli makanan. " arah Ilyana.

" Hahahaha ye ye. " balas Iffah.

Dia memandang rakannya itu. Tiba tiba dia terpandang Raihan dan kakaknya yang bergelak ketawa itu. Entah kenapa tiba tiba dia rasa cemburu. Kalau lah aku di tempat kakak, hmm..

Tiba tiba ..

Bushh!

Iffah tergamam apabila dia disimbah dengan air. Dia mengangkat kepala melihat siapa yang buat. Hani tersenyum sinis melihat apa yang dia lakukan.

" You deserve it. Kau memang cari pasal dengan aku. Apasal ek Senior Irfan boleh hantar kau pagi tadi? Kau jual maruah ea? Ke kau ugut dia? Tak mungkin lah dia nak dekat budak hodoh macam kau ni. Dengan perempuan lain pun dia tak layan tahu tak!? Ke kau guna guna kan dia?! " marah Hani. Sakit hatinya melihat apa yang berlaku pagi tadi.

Iffah terpana. Dia memandang sekeliling. Ramai yang berbisik bisik sambil menunjuk dirinya. Ifrina pula tersenyum sinis di sisi Raihan. Dia menahan air mata yang ingin keluar. Sebelum sempat Ilyana dan Hannah pergi ke arahnya, dia merasakan bahunya memberat. Terlihat satu kot di bahunya menutup badannya yang hampir terdedah itu.

Iffah mengangkat kepala melihat siapa pelakunya dan dia tergamam. Irfan?

Hani terkedu melihat Irfan yang bermuka dingin itu. Semua pelajar mula gerun. Mereka tahu Irfan boleh je bila bila masa naik baran. Ilyana, Hannah dan Naim hanya tersenyum sinis.

" Apa masalah kau ni? Takde adab? Ni tempat makan kan? " dingin Irfan. Pantang betul dia tadi tengah makan tiba tiba Ifrina suruh melihat ke arah meja Iffah.

" I cuma nak jaga hak I je " jawab Hani takut.

" Cett. .hak kau? Hak apa? Aku ni milik kau? Pergi mampus. Aku pandang kau pun tak. Aku pantang orang sibuk hal aku. Faham?! " jerkah Irfan. Terangkat bahu Hani dibuatnya.

Ilyana dan Hannah sudah menahan gelak. Rasa lawak pula tengok minah blonde tu kena marah.

" Chill lah Fan. You ni over sangat lah. " ujar Ifrina tiba tiba.

" Entah. Relax lah. " sokong Raihan pula.

Iffah terasa. Sampai hati kakaknya tidak menolong. Raihan pula tersenyum sinis melihatnya. Rasa macam nak nangis sangat sekarang ni.

" aku bukan macam korang. Hati macam binatang " sejurus selepas itu Irfan menarik Iffah pergi dari situ. Ilyana, Hannah dan Naim mengikuti mereka.

" Nah. Pakai je baju aku ni. Nasib aku bawa lebih " hulur Hannah.

" Terima kasih Hannah " balas Iffah.

Mereka berempat menunggu Iffah di luar tandas. Iffah terkejut melihat mereka apabila keluar dari tandas.

" Apa korang buat ni? " peliknya.

" Jadi bodyguard kau. Dah jom masuk kelas. Thankyou Fan. " ujar Ilyana lalu berjalan ke kelas.

Irfan mengeluh. Malang betul nasib gadis itu. Macam macam berlaku haih.

" Wehh nanti macam biasa. Bagi bunga dekat dia " ujar Irfan pada Naim. Naim menjulingkan matanya. Irfan yang melihat itu tergelak kecil.

Tok tok!

Suasana kelas yang bising itu terus senyap apabila seorang junior masuk ke dalam kelas lalu berdiri di hadapan Iffah.

" Nah akak. Ada orang bagi. " ujar gadis kecil itu.

Iffah yang terpinga pinga itu terus menyambut lalu membenarkan gadis itu pergi. Dia membaca note yang berada di bunga.

*My precious flower is you. Forever you. So please keep smile for me.

-HT

" Ehem dapat bunga lagii " usik Ilyana. Dia tergelak melihat muka merah Iffah.

Hani mula menggenggam erat tangannya. Sakit pula hati tengok Iffah tu.

Balik je sekolah, Iffah terus meletakkan bunga itu di dalam laci. Rasa macam penuh pula. Haih nampaknya kena kemas lah almarinya ini.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now