CH 51

4.7K 158 0
                                    


Tengku Izwan dan Tengku Izzah saling berpandangan lalu memandang Ikhwan di hadapan mereka. Mereka terkejut dengan hasrat yang disampaikan oleh anak bujang mereka saat ini . Kalau tak melibatkan Iffah , takpe tapi ini melibatkan anak gadis mereka itu . 

" Kamu biar betul ? Tahu kan keadaan adik macam mana ? Lepastu nak biar dia berjalan dengan kawan kawan dia tu ? Ehh kamu ni Ikh " risau Tengku Izzah . Bukan mudah dia nak lepaskan anak gadis dia tu dengan keadaan sakit lagi . 

" Betul lah , ma . Ikh buat ni supaya adik lebih cepat sembuh. Takkan nak biar dia terkurung dalam bilik tu je . At least bagi dia hirup udara segar dekat luar . Mana tahu kawan kawan dia mampu pulihkan ingatan dia ke kan . Boleh lah ye , ma ? Kali ni je Ikh merayu dekat mama ni . " sehabis boleh Ikhwan memujuk agar dapat green light . Aduhhh cepatlah sikit sebelum si Ifrina tu balik karang .

Tengku Izwan terdiam sebentar memikirkan kata kata anaknya itu . Apa yang diperkatakan Ikhwan itu sebenarnya ada betul juga . Tapi yang peliknya kenapa taknak Ifrina ikut ?

" Why taknak Rina ikut ? " satu soalan yang menjerat Ikhwan daripada papanya .

Ikhwan tersentak . Namun dia tersenyum sinis selepas itu . 

" Percaya tak kalau Ikh cakap yang Rina balik bawa muslihat ? " sinis Ikhwan . 

Tengku Izwan dan Tengku Izzah tersentak .

" Maksud Ikh ? " berkerut dahi Tengku Izzah . 

" Ikh terangkan nanti . So , boleh tak ni ? " gesa Ikhwan .

Tengku Izwan diam sebentar sebelum mengangguk . 

Ikhwan tersenyum senang . Akhirnya !

" But make sure dia balik dengan selamat . " tegas Tengku Izzah . 

" Sure , ma . And please ! Ni rahsia kita bertiga je ok " pinta Ikhwan. Dia taknak semuanya musnah gara gara Ifrina . 

Mereka mengangguk setuju . Meskipun risau namun mereka tahu Iffah akan baik baik sahaja . Lagipun mereka kenal dengan Hannah , Ilyana dan Naim . Mereka yakin dengan budak budak tu .

~~~~~~~

Irfan memandang pelik skrin telefonnya . Dah kenapa Ikhwan call dia ? 

" Assalamualaikum . Hah apasal bro ? Iffah okey kan ? " terjah Irfan . Kedengaran gelakan orang di hujung sana . Irfan mengerutkan dahi . Aku buat lawak ke ?

" Tak . Dia okey je . Ni hah aku nak kau balik cuti sem nanti . Ada hal sikit . Balik taw . " perintah orang di hujung sana . 

Irfan terdiam sebelum berkata . 

" Kau lupa ke Hannah tak bagi aku balik ? " sinis Irfan .

" Woiii ni Hannah yang suruh kau balik juga okey ! Lepas kena brainwash dengan Yana hahahahah " gelak orang sana . 

" Sumpah ah ? Hahahhaha okey lah aku balik . Nanti aku bagitahu Naim suruh ambil aku " senyum Irfan . Akhirnya dia ada peluang nak jumpa Iffah .

Sejurus panggilan dimatikan , Irfan tersenyum kecil . Minggu depan dia bakal jumpa tunang dia . Semoga Ifrina tidak melakukan hal pelik pelik . Allahu !

~~~~~

Ifrina merengus geram . Dia menjeling tajam Ikhwan yang sedang menulis itu . 

" Kenapa mestinya Rina ? Asal bukan abang je pergi ? " mahu dia tak naik angin jika tiba tiba Ikhwan menyuruh dia wakilkan syarikat papanya ke Bali untuk seminggu . Siapa nak jaga Iffah kang ? Plan dia baru je mula sikit sikit . Hish !

" Alahhhhh Rinaaaa .. Abang kena attend meeting dengan client penting abang masatu . Jadi Rina lah kena pergi . Pleaseee . Abang serabut ni " pujuk Ikhwan . Dia berharaplah Ifrina nak pergi . Nasib baik meeting tu memang betul dengan hal dekat Bali tu . Kalau tak , kemetu dia nak cari idea . 

Ifrina menghela nafas kasar . Nasib baik sekarang ni dia tengah berlakon nak raih perhatian satu rumah ni . 

" Okey . Bila flight ? " datar Ifrina . 

Ikhwan tersenyum kecil . Umpan dah masuk jerat !

" Next week . Chill je " tenang Ikhwan . 

Ifrina menganggukkan kepala sebelum beredar dari bilik itu . Tanpa dia sedar , Ikhwan tersenyum sinis . Plan on!

~~~~~~~

Tengku Izzah mengemas baju baju Iffah sambil diperhatikan anak gadis itu . Dia membuat muka selamba je walhal hatinya meronta resah . 

" Mama nak buat apa dengan baju baju Iffah ni ? Kak Rina baru je gerak pergi airport kan ? " pelik Iffah . Tiba tiba je mamanya masuk lalu mengemas sedikit baju dia . Dah lahh telefonnya abang Ikh ambil . Pelik .

" Surprise dear . Nanti dorang sampai , sayang tahulah ye " senyum Tengku Izzah . 

Iffah mengerutkan dahinya . Siapa pula ni ? 

Tok ! Tok !

Muncul Ikhwan di muka pintu . 

" Jom . Hannah ada dekat bawah dah " panggil Ikhwan sebelum mencempung adiknya . Kerusi roda sudah diletakkan di bawah . Jadinya dia tinggal bawa Iffah ke bawah sahaja . 

Hannah tersenyum manis sebelum berpelukan dengan Tengku Izzah . Ilyana juga begitu. Hannah mendekati Iffah yang sedang bingung itu lalu melutut sambil memegang tangan sahabatnya itu. 

" Aku tahu kau tengah pelik sekarang ni tapi kau relax je . Lepasni aku nak bawa kau pergi holiday . Pergi pulau . Kau nak kan ? " pujuk Hannah sambil memandang Iffah .

Dengar sahaja perkataan pulau , Iffah tersenyum teruja . Dia dah lama tak keluar rumah . Sebenarnya dia teringin namun kakaknya itu tidak bagi . So why not dia ambil peluang ni ?

Yang lain tersenyum kecil melihat reaksi gadis itu . 

" Jomlah . Tak sabar nak keluar ni " teruja Iffah . 

Pasangan suami isteri itu tersenyum sebak melihat kegembiraan anak mereka. Tidak salah mereka membuat keputusan untuk membenarkan percutian ini . 

~~~~~

Naim tersenyum melihat sahabatnya yang sedang menuju ke arah dia itu . 

" Ssup bro ! " 

Mereka berpelukan .

" Jom. Dorang mesti dah tunggu tu " ajak Naim .

Seketika Irfan pelik . Siapa yang dimaksudkan Naim ?

" Weh ! Kita nak ke mana ni ? Bukan ke jalan ke rumah aku dah terlepas woi ? " tanya Irfan . Dia rasa ni dah masuk highway dah ni . 

" Memanglah ! Sebab aku nak bawa kau holiday . Parent kau tahu . Chill je . " senyum Naim . Namun bagi Irfan , senyuman tu agak creepy . 

Irfan cuba memujuk Naim memberitahu ke mana arah tuju mereka namun Naim buat tak tahu je . Lama lama dia give up. Rsa menyampah je . Namun hati dia macam berdebar je . Rsa macam something will happen . 

Dalam diam , Naim tersenyum kecil . Dia tahu kejutan itu nanti akan membuatkan Irfan berterima kasih pada dia dan yang lain . HAHAHAHHAH!

TBC

I'm YoursWhere stories live. Discover now