CH 70

4.4K 156 0
                                    

Semua terdiam.

" Jadi..maksud kau.. " Ilyana tidak menghabiskan ayatnya kerna celaru dengan cerita Raihan itu.

" Yes. Ifrina tu kurang kasih sayang. Especially kasih sayang seorang abang " Raihan memandang Ikhwan yang menunduk itu. Dia tahu sedalam mana pun sakit hati Ikhwan tu, pasti ada rasa sayang buat Ifrina. Cumanya..Ikhwan tak tahu nak tunjuk macam mana.

Ikhwan diam. Dia cuba mengingat kembali saat-saat di mana dia menyayangi Ifrina. Melayan gadis itu selayak seorang adik. Namun hasilnya tidak ada. Dia mula mengabaikan gadis itu bila dia sedar Ifrina semakin berubah. Bila Iffah menjadi mangsa keadaan.

Ya Allah. Salah aku ke Rin jadi macam ni? Salah aku ke melebihkan Iffah berbanding Rin? Ye. Salah kau, Ikh. Semua berpunca daripada kau. Apa yang dia inginkan cuma perhatian daripada kau yang tak pernah kau bagi.

Hannah menggenggam tangan Ikhwan. Dia faham perasaan Ikhwan. Meskipun dia masih dalam dilema lagi.

" We will face this together. Hannah takkan tinggalkan abang. Jangan anggap semua ni salah abang ok. Anggap ni dugaan untuk kita. Kita akan selamatkan mereka bersama " pujuk Hannah. Dia tersenyum bagi menghilangkan resah hati Ikhwan.

Sedikit sebanyak Ikhwan terpujuk. Ye! Dia akan selamatkan adik dia. Keduanya sekali.
" So, apa kita nak buat sekarang? " tanya Naim.

Semua diam. Masih tak tahu nak buat apa.

" Maaf ganggu. " satu suara kedengaran.

Semua berpaling ke arah pintu. Kelihatan Nick dan Lys. Namun yang musykilnya muka mereka kelihatan suram.

" Hah Nick. Pahal? " ujar Ikhwan. Kenapa hati dia tak sedap?

" Erm aku ada berita. Tentang Ifrina. Lys will spill it out " balas Nick. Dia melabuhkan duduk di sebelah Naim. Diikuti Lys.

Lys menarik nafas. Gusar untuk menyampaikan berita ini. Namun dia harus sampaikan.

" Well, erm look. Tadi I pergi cafe. Suddenly, I terjumpa kawan lama I. Dia doktor " cerita Lys. Buat seketika dia berhenti untuk melihat respon yang lain.

" Kenapa dengan kawan Kak Lys? " tanya Ilyana.

" Physically dia doktor peribadi Ifrina. " ujar Lys.

Dan sebaris ayat itu membuatkan semua terkesiap terutama Raihan.

" Doktor Rin?! But why? Dia sakit apa? " bertubi soalan diajukan kepada Lys. Raihan tak mampu nak tolak rasa risau di hati dia.

Lys menghela nafas. Dia dah agak dah mesti akan jadi macam ni..

" Dian told me. A few weeks ago, Rin ada jumpa dia. Nak buat medical check up. Ok, I ingatkan maybe lah dia demam ke apa. Tapi, suddenly Dian cakap yang Rin tengah kronik. Dia sakit kegagalan buah pinggang. Dia cakap Rin kena buat operation. Kita kena cari penderma untuk dia. Kalau tak.. " Lys tak mampu nak sambung ayat dia. Dia takut dia akan melukakan hati Ikhwan dan Raihan.

" Kalau tak apa Lys!? " marah Ikhwan. Dia dapat rasakan dia akan hilang seorang adik saat ini. Dan itu yang dia taknak dengar tapi malangnya itu yang dia dengar.

" We will lose her " sambung Lys.

Raihan jatuh terduduk.

Ikhwan tergamam.

Ilyana dan Hannah saling berpandangan.

Naim dan Irfan terkesiap.

Nick hanya diam kerna dia dah tahu sejak awal.

" Tak. Tak mungkin Lys. Dia okay je selama ni. Tak mungkin! " jerit Ikhwan. Berita itu bagai satu hentaman yang kuat di hati dia. Tak mungkin dia akan hilang Ifrina. Dia belum tebus lagi kesalahan dia. Tolonglah cakap semua ni tipu je.

Semua terkejut melihat Ikhwan mengalirkan air mata. Selama ini mereka kira dia seorang yang kuat namun harini mereka lihat sisi lemah seorang Ikhwan.

Irfan terdiam. Berita yang menggemparkan ni membuatkan dia semakin celaru. Dia memandang Raihan yang masih terkaku itu. Dia faham perasaan Raihan. Sebab dia tahu kawan baik dia itu menyayangi Ifrina. Sama seperti dia sayang Iffah.

Tringg! Tringg!

Irfan tersentak. Dia melihat telefonnya.

Private number?

"Hello? " Irfan menjawab lalu terdiam mendengar suara di seberang sana.

" Miss me Tengku Irfan Hayyan? " suara wanita.

" What the Hell of this kind stupid plan, Tengku Ifrina!? " marah Irfan.

Semua tergamam. Nama itu. Orang yang mereka cari.

Irfan menahan marah apabila mendengar gelak ketawa wanita itu.

" Dont mess with me! Or else...  " Ifrina berjalan ke arah Iffah yang melihat dia dengan ketakutan.

" Hear this sweetheart " ujar Ifrina lalu menarik rambut Iffah.

" Argghhhhh sak..kit.. " jerit Iffah.

Irfan tergamam. Suara itu. Suara gadis kesayangan dia. Tunang dia.

" What.. " sebelum Irfan menghabiskan ayat dia, panggilan terus dimatikan.

Prangg!

Telefon itu terus berkecai selepas dibaling oleh Irfan.

Semua terkejut melihat kemarahan Irfan.

Kemarahan yang selama ini mereka tidak pernah lihat.

Tbc

Here an update. After a long hiatus hahaha maaf kalau tunggang langgang pastu idea mcm tak best.  Sbb gigih nk push otak keluarkan idea 😂 I will finish it. Maybe double update? Oh entah hahah

I'm YoursWhere stories live. Discover now