CH 49

4.4K 158 5
                                    

Ifrina memandang Iffah yang tidur lena itu. Tanpa sedar dia tersenyum sinis mengingatkan kembali keadaan sewaktu dia baru menjejakkan kaki ke dalam rumah . Iffah antara orang yang paling gembira manakala Ikhwan memandangnya dengan pandangan curiga .

Ikhwan memicit kepalanya. Dia merasakan bahwa kepulangan Ifrina bagai membawa satu makna yang tersirat. Namun melihat betapa gembiranya adik bongsunya tadi , dia hanya mendiamkan diri. Ini kerna sudah lama dia tidak melihat senyuman Iffah setelah keluar dari hospital. Tapi rasa sangsi itu kian memberontak apabila Ifrina menyatakan hasrat ingin menjaga Iffah. Dia tahu Ifrina macam mana dan tak mungkin senang senang je Ifrina mula bersikap baik. Allahu!

~~~~~~~

Iffah menyandar pada kepala katil sementara menunggu Ifrina membawa makanan. Tidak dia sangka yang Ifrina akan pulang dan menjaga dia saat ini. Macam dejavu sebab dia merasakan mereka tidak rapat langsung. Tapi dia masih berasa gembira kerna kakaknya sudah pulang dan berada di sisi dia saat ini.

" Adik , nah mama masakkan nasi ayam. Makanan kegemaran adik kan ? Kak Rina tak tahu masak , so sorry dear " pura Ifrina sambil meletakkan dulang itu di pinggir katil. Ikutkan malas dia nak bawakan makanan segala bagai . Tapi misi tetap misi jadi dia kena berlakon. HAHAHAHAH!

" Eh takpe kak . Adik minta maaf susahkan akak je. Erm kak , nak tanya ni. Siapa Irfan ? Sebab lately adik nampak banyak sangat nama dia dalam bilik ni. Adik tak boleh ingat siapa dia hmm.." sayu Iffah. Dia cuba nak ingat tapi sakit kepala yang dia dapat . 

Ifrina tersenyum sinis. Dia rasa macam kemenangan berpihak pada dia sahaja. 

" Ohhh Irfan. Dia tu dulu tunang adik tapi dia tinggalkan adik lepas tahu adik jadi macam ni. Akak bukan tak halang tapi dia kata dia malu dapat tunang macam ni. " Ifrina melakonkan wataknya dengan baik kerna kelihatan seperti Iffah percaya dengan cerita dia. Sedikit demi sedikit hujung bibir tertarik membentuk satu senyuman sinis.

Iffah tersentak. Dia dah tunang ? dan sekarang tunang dia tinggalkan dia sebab dia cacat ? Ya Allah ! Kejamnya lelaki sebegini. Tanpa dia sedar , dia membentuk satu kepalan menahan marah. Marah dengan lelaki itu dan satu dendam mula hadir di dalam diri seorang gadis yang naif.

~~~~~~

Irfan melemparkan telefonnya ke arah katil. Berita yang disampaikan Naim tadi membuatkan dia rasa risau,marah dan sedih. Kenyataan apabila Ifrina sudah kembali dan dia yang menjaga Iffah membuatkan Irfan risau. Risau jika Ifrina meracuni kotak fikiran gadisnya dan membuatkan Iffah makin jauh daripada dia. Dia meraup kasar rambutnya akibat stress yang melampau. Satu satu masalah hadir dalam hidupnya dan Iffah. Dan kini dia yakin bahwa peluangnya makin tipis untuk bersama Iffah. Ya Allah sesungguhnya dia takut kehilangan gadisnya. Dan itu membuatkan Irfan faham kata kata Iffah dahulu.

[ Kalau kita nak bercinta , let's go together. Tapi make sure awak yakin dan kuat untuk hubungan ini. Sebab sekali kita pilih untuk saling mencintai , kita kena prepare untuk merana sebab cinta tak selalu indah . Banyak liku liku dia,Irfan ] 

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now