CH 34

5.2K 187 0
                                    

Ifrina membaling begnya ke arah katil. Dia merengus geram. Sungguh dia tidak puas hati dengan Iffah. Syarikat Ikhwan, Iffah dapat. Irfan pun dia dapat! Eyy apa hak si Iffah tu!

" Kau ingat kau menang? Tak dik tak. Aku akan make sure kau jatuh balik macam dulu. Kalau terpaksa libatkan nyawa, aku tak kisah. Asal aku dapat apa aku nak " sinis Ifrina sambil memandang cermin meja soleknya.

Dia teringat kembali memori kecilnya. Ketika Iffah masih cantik. Sebelum kemalangan.

Flashback

Ifrina menyikat rambut panjang Iffah. Dia tersenyum kecil melihat adiknya yang bermain anak patung itu.

" Kakak, adik kan nak kahwin dengan anak rajaa " petah si adik.

" Ehh ehh berangan jee. Kan kakak kahwin dulu heheh " usik Ifrina. Tergelak kecil dia apabila Iffah memandangnya.

" Erm macam tu kita kahwin sama sama nak? Heheh mesti best. " sengih Iffah.

" Taknak lahh. Nanti adik ambil prince kakak hah " Ifrina mengikat rambut Iffah.

Iffah termangu.

" Mana ada lah. Nanti Iffah cari prince lain lahh. Hah kakak ambil je yang handsome tu. Nanti adik duduk tepi tengok kakak. Mesti cantik hehe " Iffah tersengih apabila Ifrina mencubit pipinya.

Ifrina geram betul dengan adiknya ini. Comel je dengan pipi tembam tu.

" Kakak, janji taw dengan adik. Kakak akan selalu sayang adik. Kita sama sama. Takmo berpisah eaa " ujar Iffah. Dia menghulurkan jari kelingkingnya.

Pinky promise!

Ifrina tersenyum lalu mengaitkan jari mereka.

" Janji "

Ifrina mengeluh apabila teringat masa itu.

" Kau tipu aku Iffah. Kau ambil prince aku. Kau rampas semuanya. Apa je aku dapat? Kebencian. Aku benci kau. Aku benci hadir kau dalam keluarga ni. Aku benci! Aku akan pastikan kau tak hidup senang. " marah Ifrina. Dia menggenggam erat gambar Iffah. Dia berdendam dan dia akan balas balik semuanya.

Tengku Izwan merenung kolam di hadapannya. Dia tengok betapa bahagianya Iffah tadi. Sudah lama dia tidak melihat semua itu. Setelah sekian lama, baru dia dapat lihat. Dia tahu dia salah. Dan dia perlu baiki semuanya. Teringat kembali pertemuannya dengan Irfan.

Flashback

Irfan menyalami tangan lelaki di hadapannya.

Tengku Izwan memandang teruna di hadapannya. Pelik juga dia apabila PA nya berkata bahwa dia akan tetamu ingin berjumpa. Maka dia membuat keputusan untuk berjumpa di cafe biasanya.

" Kenapa nak jumpa Uncle? " sombong Tengku Izwan.

Irfan memandang bapa kepada gadis disukainya.

" Tentang Iffah "

Dua patah perkataan itu membuatkan Tengku Izwan rimas. Malas nak dengar. Bukan penting.

" Kalau tentang itu, tak payah. Uncle taknak dengar. Tak penting " Tengku Izwan menghirup sedikit kopinya.

Irfan mengeluh. Lelama dia yang naik angin.

" Dia anak Uncle. No, listen me. Dia anak yang sah. Anak yang selalu berdoa untuk parent dia. Uncle, Iffah tak minta untuk jadi macam tu. Tapi disebabkan sayang dia pada seorang kakak, dia hilang segalanya. Kecantikan, kasih sayang. Apa yang dia minta cuma uncle dengan famili lain sayang dia. Dia tak kisah kalau Uncle nak benci dia ke apa tapi dia cuma minta Uncle anggap dia sebagai anak. " luah Irfan. Melihat Iffah bangun dan bangkit kembali tu dah biasa buat dia.

" Uncle, saya dah tengok kesengsaraan dia. Dekat sekolah lagi lah. Saya tengok dia bangun bangkit sendiri sebelum hadirnya Ilyana dan Hannah. Saya sayang dia. Yang lain pun. Saya taknak dia terseksa lagi. Jadi, tolong lah Uncle. Perbaiki semua ni. Perbaiki hubungan keluarga Uncle. Satu lagi, saya rasa Ikhwan dah bagitahu Uncle pasal hal ini " Irfan memandang Tengku Izwan yang terkedu di hadapannya.

" Pasal masuk meminang tu? " Tengku Izwan ragu ragu.

Irfan mengangguk.

" Haah. Saya harap Uncle dapat bagi keizinan. Saya sayang dia. Saya betul betul nakkan dia. Bagi saya, dia separuh dari jiwa saya. Dan terdetik di dalam hati saya, saya nak jaga dia. Halalkan dia dengan cara yang sah " Luah Irfan.

Tengku Izwan terdiam.

" Uncle bagi keizinan. Uncle tahu Irfan mampu jaga Iffah. Tipu kalau Uncle kata sedikit pun takde rasa sayang untuk dia. Dia anak Uncle. Anak yang Uncle jaga selama ni. Tapi kekayaan menutupi Uncle. Uncle nak yang terbaik untuk dia. Dan Uncle nampak benda tu dalam diri Irfan. Tolong janji dengan Uncle, jaga Iffah Farhana walaupun terpaksa gadai nyawa. " Tengku Izwan sedikit pun tidak memandang Irfan. Dia meluahkan segalanya dan hanya memandang luar.

Irfan tersenyum lega. Dia tahu lelaki itu akan berubah. Dan Iffah akan bahagia semula.

" Abang. Tidur lah. Dah lewat ni " tegur Tengku Izzah.

Tengku Izwan tersentak. Hilang segala ingatan tadi.

" Hah iyelahh "

Tengku Izwan berjalan masuk ke dalam rumah setelah menutup sliding door.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now