Special Chapter ?

6.6K 212 10
                                    

Atas sebab rasa sayang dan berterima kasih pada silent readers serta yang rajin nak vote tu. Here a present for you guys. Terimalah IrfanxIffah and RaihanxIfrina. Hahaha! Ship lah mana² satu ea.

[[ RaihanxIfrina ]]

Ifrina tersenyum mendengar gelak ketawa dua permata hatinya itu. Dia masih ingat bagaimana dia menangis semasa minta maaf , bagaimana semua memaafkan dia , bagaimana dia bangkit dengan bantuan lelaki itu. Semuanya dia takkan pernah lupa. Jasa mereka , sampai bila-bila pun Ifrina takkan lupa.

" Hah sayang! Tersenyum sorang-sorang ni kenapa? Ada benda merasuk dalam badan sayang ke? " Raihan menyergah Ifrina yang tersenyum sorang sambil membasuh pinggan yang mereka gunakan tadi.

Pelik juga dia tadi. Ingatkan nak masuk dapur tengok apa isteri dia ni buat, alih-alih tengok kesayangan dia ni tengah tersenyum macam kena sampuk je. Rizki tu dah tidur dah lepas dia dodoikan tadi.

Terangkat bahu Ifrina apabila disergah. Nasib baik pinggan yang dia pegang tak terlepas.

" Eh abang! Selamat pinggan tak jatuh. Hah rasuk? Oh ada. Kenapa? Nak try juga? Boleh sayang suruh dia rasuk abang juga. " Ifrina mengelap tangannya sambil berpusing memandang Raihan di belakang.

Dia menahan gelak apabila Raihan memegang tepi kepalanya sambil terkebil-kebil.

" Hah? Eh sayang okay ke? Istigfar sayang. Abang selalu dekat sini. " Raihan cuak juga bila Ifrina berkata begitu. Dalam hati dah baca macam-macam surah dah ni.

" Taknak tanya ke apa yang merasuk sayang ni hm? " Ifrina mengangkat keningnya berkali-kali. Sengaja nak cuakkan laki sendiri, takpe kot. Hahaha!

" Hah? Apa dia? " Raihan terkebil-kebil. Apa benda bini dia merepek ni?

" Sayang kena rasuk dengan panahan cinta abang. K bye. Nak tengok Rizki. Hahaha! " Ifrina terus lari ke depan apabila melihat muka terkedu Raihan. Hahahaha!

Raihan terkedu. Tu apa tadi tu? Kes kena pickupline ke tu? Tapi kalau dengar gelakan bini dia tu, macam terkena je ni.

" Sayang!!! Kenakan abang ea! " Raihan terus jerit lalu berlari ke depan.

Dia nampak Ifrina sedang turun tangga. Mesti habis letak Rizki ke atas ni.

Ifrina tergelak apabila melihat muka Raihan yang masam tu. Mesti baru perasan orang kenakan dia tu. Hahaha!

" Apa? Saja je lah. Hahaha " Ifrina memeluk lengan Raihan dari tepi lalu menarik suaminya itu ke sofa.

Mereka melabuhkan duduk dengan Raihan memeluk wanitanya dari tepi.

" Sejak bila pandai kenakan orang ni Mrs. Raihan Haziq hm? " Raihan bermain dengan jari Ifrina yang nampak kecil daripada jarinya itu. Dia tersenyum melihat cincin perkahwinan mereka di jari manis Ifrina.

" Sometime we need a fun lah abang. Chill ok hahaha " Ifrina memandang tautan jari mereka. Rasa tenang. Ye itu yang dia rasakan.

Seketika suasana senyap.

" Thanks "

Raihan memandang Ifrina di sisi.

Ifrina mengangkat kepala memandang Raihan.

" Thanks sebab banyak tolong Rin. Siap dermakan buah pinggang abang lagi. Sayang tak tahu berapa banyak lagi kebaikan abang tapi sayang hargai semua tu. I do love you, abang. So much " Ifrina menahan air mata yang hampir keluar itu. Dia memeluk tubuh suaminya dari tepi. Erat. Dia bersyukur Allah hantar Raihan sebagai pelindung dia. Dia tak tahu apa akan jadi tanpa lelaki ini. Dia bersyukur juga hadirnya Rizki dalam hidup mereka.

I'm YoursWhere stories live. Discover now