CH 44

4.4K 156 1
                                    

Iffah berjalan satu mall tu dengan perasaan kosong. Tiada Ilyana. Tiada Hannah. Tiada Lys. Dan... Tiada Irfan..

Dia mengeluh untuk kali ke berapa entah. Bosan itu satu hal. Dia tak tahu nak beli apa. Hmm.

" Iffah? "

Satu suara menegurnya ketika dia sedang membelek novel.

" Raihan? Buat apa kat sini? "

Iffah menayangkan muka terkejutnya. Tiba tiba je mamat sebelah ni muncul. Terkejut woii!

Raihan tersenyum kecil.

" Saje jalan. Aku bosan dekat rumah. Kau asal sorang ni? " tanya Raihan sambil mencapai satu novel inggeris.

" Sama. Bosan. Yana dengan Hannah date. Aku jelahh. Terkontang kanting. " tanpa disedari mata Iffah bergenang.

Raihan perasan itu.

" Chill woi. Tak payah nangis. Hahah aku belanja kau minum. Nak? " tawar Raihan.

Iffah memandang pelik. Dah kenapa dia ni? Mereng ke apa?

" Wooo lekk okey lekk. Aku tawar sebagai kawan je. Aku tahu aku memang takde peluang nak rembat hati kau " Raihan tersenyum. Dia dah move on oke!

Iffah mengangguk. Meskipun dia ragu ragu namun dia tahu Raihan serius.

Mereka berjalan ke arah kafe berdekatan.

" So, kau macam mana? Irfan? " tanya Raihan sambil menghirup kopinya.

Iffah tersenyum miris. Dia mengacau airnya dengan pandangan kosong.

" Entah. Dua bulan takde berita tu okey ke? " Iffah memandang ke luar.

Raihan tersedak.

Uhukks!

" Kau biar betul? Baru dua hari lepas dia chat dengan kitaorang team bola weh " Raihan mengelap mulutnya.

Zapp!

Laju Iffah memandang Raihan. Dua hari lepas!? Like serious?!

" Apalagi dia cakap? " desak Iffah.

" Hm katanya esok dia balik sini. Cuti apa entah. Dalam pukul 10pg sampai lah. Naim yang akan jemput dia. Asal kau? Tak tahu ke? " Ini sumpah Raihan terkejut habis. Dorang gaduh ke?

Iffah tersentak. Esok? Dia balik esok dan aku tak tahu apa apa? Naim tahu? Means Yana pun tahu kan?

Iffah merasakan hatinya sakit sangat. Sangat! Sampai dia muak tiba tiba.

" Esok tolong aku pergi airport. Boleh? " Iffah menayangkan senyuman palsu meskipun hatinya dah berderai.

Raihan mengerutkan dahi namun dia mengiakan. Dia pasti sesuatu tidak betul sekarang ini sedang berlaku.

Airport

Ilyana menjeling Naim di sebelah. Tak rela betul dia ikut lah!

" Sorry lahh. Aku bosan tunggu sorang. " pujuk Naim.

" Asal tak ajak Iffah? Tunang dia kan? Jantan ni pahal? " geram Ilyana. Mahu tak angin. Si Irfan ni cakap tak payah ajak Iffah. Biol ke apa?

Naim hanya diam. Dia sendiri juga pelik kenapa. Namun dia tidak mahu tahu. Biar kawannya itu cerita sendiri.

Iffah duduk jauh sedikit daripada Naim dan Ilyana. Dia menunggu Irfan tiba dan saat itu dia mahu munculkan diri. Raihan awal awal dia dah halau balik. Hahahaha!

Irfan melangkah ke arah dua sejoli itu. Malaysia hm.

" Ssup bro! "

Irfan dan Naim berpelukan. Pada Ilyana, dia menganggukkan kepala.

" Ni aku nak tanya. Asal tak bagi bawa tunang kau? " Ilyana memandang tajam Irfan di hadapannya.

Irfan tersentak. Soalan ni dia malas nak jawab ni.

" Haah. Asal tak bawa aku? "

Tiba tiba satu suara muncul.

3 pasang mata memandang ke satu arah. Iffah!

" Asal? Terkejut? Terkejut aku tahu kau balik? " sinis Iffah. Dia rasa sekarang hati dia dah lebur. Sumpah!

Irfan memandang gadis di hadapannya. Dua bulan diam, Iffah makin cantik.

" Damn it lah Irfan. Aku benci kau! " Iffah terus berlari keluar. Dia menahan teksi yang ada lalu beredar.

Irfan tergamam. Bukan tergamam sebab Iffah pergi. Namun sebab air mata yang mengalir di wajah itu.

Ilyana dan Naim kebingungan di situ. Something happen.

Iffah melepaskan tangisannya tanpa menghiraukan pak cik teksi itu. Sakit! Ye sakit. Dia sakit tahan rindu tapi ini balasan dia dapat? Apa salah dia? Apa!?

Tengku Izzah tiba tiba rasa tidak sedap hati. Dia cuba menghilangkan rasa itu namun tidak boleh. Seakan-akan sesuatu akan berlaku. Dia mencapai gelas namun entah macam mana tiba tiba terjatuh.

Prangg!

Tengku Izwan terus berlari menuju ke dapur.

" Ya Allah ! Awak ni kenapa? Okey ke tak? " Mahu tak terkejut dia. Tengah membaca buku tiba tiba benda jatuh.

" Bang, saya tak sedap hati lah " ujar Tengku Izzah.

Tengku Izwan diam.

" Takde pape lah tu. Dah dah biar bibik kemas. Awak pergi rehat sana " Tengku Izwan terus menyuruh bibik mengemas semua itu.

Iffah melangkah ke arah tasik buatan itu. Dia rasa kosong. Tanpa rasa. Hatinya sepi. Selepas meredakan hatinya, dia berjalan ke arah jalan raya.

Namun entah apa silapnya, satu kereta meluncur laju. Dann. ..

Sreettttt!

Tbc

Guess what? Mati ke? Ke tak sempat kne langgar? Hahaha entahhh! Mggu depan baru u/d 😂😂😂

I'm YoursWhere stories live. Discover now