CH 59

4.6K 156 0
                                    

Mereka melihat kanak-kanak yang sedang bermain dengan riang di taman permainan itu. Ada yang seronok bermain buaian, ada yang menuruni gelongsor, ada yang bergayut dan ada yang berkejaran sambil ketawa. Rindu rasanya zaman kanak-kanak.

" Kau ajak aku jumpa ni dah kenapa lah mak cik oi? " rungut Irfan. Tadi baru dia rasa nak berjimba sekejap sebab cuti kan. Last-last minah sebelah ajak jumpa pula.

" Saje. Teman aku lepak sini. Yana tu hurghhh busy dengan si Naim. Hannah lagi tak payah cakap. Berkepit dengan abang Ikh je. Takkan aku nak ajak Raihan kan? HAHAHAH! " Iffah melepaskan tawanya apabila melihat jelingan Irfan itu. Sengaja nak buat mamat sebelah cemburu.

Irfan menjeling Iffah apabila nama kawannya itu disebut-sebut. Belasah karang kalau berani ajak dia tu. Tahulah nak buli tapi tak perlu lee mention jantan tu. Hish!

Iffah tersenyum kecil. Dia tahu nak buat apa.

" I'm yours. You know right? "

Irfan melihat sebelah.

" Yes. You're mine "

Iffah tersenyum.

" Then tak payah risau. Sejauh mana pun kita, kita tetap akan jumpa balik dengan izin Nya. "

Irfan terpana. Sedikit demi sedikit dia mula rasa tenang. Ye. Mereka tetap akan berjumpa walaupun andai satu hari nanti ada yang pergi dengan izin Nya.

" Fan. Andai kata kalau tiba-tiba aku kena amnesia kan pastu cacat kan.. Kau nak tak aku lagi? " muka tenang masih dipamerkan walaupun hati berentak laju.

Irfan tergamam. Dia menoleh namun riak wajah gadis di sebelah masih tenang.

" Aku tetap nak kau. Bazirlah usaha aku selama ni kalau aku tinggalkan kau macam tu je masa kau tengah sakit. Aku pilih kau sebab kau. Bukan sebab rupa. Aku akan letak balik segala memori kita. Kau relax je weh. " balasan Irfan itu membuatkan Iffah berkaca. Ye dia terharu. Namun dia menahan rasa terharunya. Tak mahu nanti Irfan buli. Tapi malang, Irfan nampak.

" Kau terharu ke? Hahaahha! Hati tisu sehhh.. Poyo je acah kental hahaha! " gelak Irfan. Sengaja nak membuli.

Iffah menjeling. Mulalah tangan ketam naik. Dia mencubit lengan Irfan tanda geram namun Irfan hanya gelak sambil mengelak.

¤¤¤¤¤

Iffah termengah-mengah apabila tersedar dari mimpinya. Mimpi itu. Mimpi dia dan Irfan. Kenangan mereka. Janji Irfan. Dia melihat jam di sisi. 4pagi. Masih awal pagi.

" Iffah. Kau okey ke ni? " mamai Ilyana. Dia tersedar kerna rasa pergerakan di tepinya. Dan risau mula bertandang melihat Iffah yang cuba bernafas dengan normal itu.

" Aku mimpi, Yana. Aku mimpi Irfan. Aku mimpi kenangan kitaorang. And lately, dua minggu kita dekat sini. Aku mimpi semua memori yang aku lupa. " balas Iffah. Namun dia masih cuba menenangkan diri dia.

Ilyana tersentak. Dia memeluk bahu Iffah. Dia tahu rakannya itu mula mengingat semuanya dan dia bersyukur. Usaha dia dan yang lain nampaknya berjaya.

" Keep it up. Aku ada. Aku support kau ok. Tapi slow-slow. Jangan paksa diri. Nanti kau sakit kepala lagi . " persis seorang ibu, Ilyana menasihati Iffah. Dia tidak mahu terburu-buru. Biar lambat asal semuanya ok.

Iffah mengangguk lalu membalas pelukan Ilyana. Dia akan cuba untuk ingat semuanya. Dia boleh!

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now