CH 39

4.7K 188 10
                                    

Iffah hanya membuat muka datar melihat Hannah yang teruja itu. Kawannya ini sengal ke apa? Terkinja kinja. Ya Allah!

" Weh! Tak payah lah excited sangat. Game tu dekat sekolah kita je pun! " geram Ilyana. Dari tadi dia dan Iffah ditarik Hannah untuk ke padang.

Hari ini ada perlawanan basketball antara sekolah. Jadinya Hannah ini teruja kerna dia memang minat benda benda ni. Maka, dengan rasminya Iffah dan Ilyana mangsa ajakan.

" Halahhh cepat lahh. Kang nanti lambatt " rengek Hannah lalu menarik tangan mereka berdua.

Sesampai di sini, kelihatan gelanggang sungguh padat dengan orang ramai. Perempuan. Biasalah ramai lelaki kacak dan bergaya.

Iffah melabuhkan duduk di kerusi berdekatan. Dia melihat Irfan memberi sepatah dua kata pada teamnya. Baginya Irfan itu sangat handsome pada ketika itu. Muka serious dia. Hahaha!

" Oii dah dah tenung cik abang tu. Hahah " usik Ilyana.

Iffah menjeling manja. Sengaja je minah sebelah ini lah.

Naim menyenggol lengan Irfan. Dia menunjuk satu sudut yang menempatkan tiga gadis.

Irfan memandang ke arah itu lalu tersenyum kecil. Dia tergelak apabila Iffah memukul Hannah yang teruja semacam itu. Haih macam macam.

" Taknak tegur ke? " Naim tersenyum. Tahu kawannya ini gila bayang.

" Takk. Fokus game dulu. Kau ingat aku tak tahu kau nak tegur Yana? " smirk Irfan. Naim tersengih kecil. Rindu lah dekat ketot tu!

Keadaan semakin sengit apabila sekolah mereka giliran pertama. Pelbagai jeritan mula kedengaran.

" Naimmmm "

" Wehh Raihan wehhh "

" Akuu sukaaa Irfannn duh "

Iffah menjulingkan mata. Rimas betul minah minah ni lah. Bising jeee!

" Arghhhhhhhhhh "

Satu jeritan kedengaran apabila Irfan menjaringkan gol.

" Wehhhh Fan shoot duhhhh " jerit Hannah.

Iffah memandang lelaki itu. Kelihatan riak puas hati di wajah Irfan. Elehhh bangga lah tu.

Akhirnya perlawanan dimenangi sekolah mereka. Well ada tiga jejaka pro kot. Takkan tak menang kan. Lol. Tapi banyak lagi sekolah mereka kena lawan. So chill.

Irfan berjalan mendekati Iffah. Dia tersenyum apabila melihat muka terkedu gadis itu.

Satu gelanggang memandang ke arah mereka.

" Nahh. " hulur Iffah. Terkejut dia tetiba Irfan datang. Namun dia okay.

Irfan mengambil botol itu lalu duduk di sebelah Iffah.

" Bangga ah tu menang " usik Iffah sambil memandang Naim dan Ilyana yang bergaduh mesra itu.

" Tak sangat. Tapi happy lah sebab orang tu tenung aku je " balas Irfan sambil meneguk air.

Iffah terkedu.

" Mana ada lahh! " nafi Iffah.

" Elehhh kau bukan tengok game pun. kau tengok aku ada ahh " usik Irfan sambil mengintai gadis sebelah.

Muka Iffah mula memerah. Memang dia tengok lelaki itu sahaja sebenarnya tadi tapi takkan nak mengaku.

Irfan bangun lalu berdiri di hadapan Iffah. Iffah mendongak melihat Irfan.

Tapp!

Iffah terkedu apabila dua inci lagi muka dia dan Irfan akan bersentuhan. Nafas Irfan pun dia boleh rasa woii!

Irfan mengepung gadis itu dengan meletakkan tangannya di kanan dan kiri Iffah.

Satu gelanggang itu terdiam.

" Kalau tengok aku, kau tengok je. Sebab apa taw.  Aku suka. Semangat aku lagi tinggi sebab ada orang tersayang tengok " Irfan terus mengenyitkan mata lalu berlalu pergi. Dia tersenyum kecil apabila melihat muka terpana Iffah tadi.

Iffah terpana. What was that?! Omg did he?! Eyyy maluuuuu!

" Argghh sweetnyaaaaaa "

Satu jeritan kedengaran apabila Irfan berlalu pergi. Naim dan Ilyana tersenyum kecil melihat drama itu. Tahu lah Irfan sekarang dah makin nakal. Nakal sangat!

Tbc

Okey tahu memang gila sikit haahhaha! Tapi ada part tu sebenarnya realiti lol!

I'm YoursWhere stories live. Discover now