CH 7

6.5K 259 1
                                    

Seminggu kemudian,

Semua pelajar melangkah masuk ke sekolah setelah seminggu bercuti. Iffah melangkah ke kelas. Dia tersenyum melihat Ilyana yang melambai ke arahnya.

" Awalnya kau weh " tegur Iffah.

" Takde lah awal mana. Ehhh? Cantiknya cincin wehhhhhh " ujar Ilyana teruja apabila terpandang tangan Iffah. Dia membelek tangan rakannya itu sambil memandang tidak percaya.

" Oh ni. Haritu before cuti, aku kan balik lambat sikit. Masa tengah kemas bawah meja, aku ternampak satu kotak lepastu em ada cincin ni. Mr.HT tu bagi. So em aku pakai lah sampai harini. Aku tak tahu kenapa aku macam suka sangat design dia. Hehe " terang Iffah.

Ilyana sudah tersenyum penuh makna.

" Amboiii..ni terlebih sweet dah ni. .Hannah tahu? " tanya Ilyana.

" Tahu. Pagi tadi dah terserempak dekat koridor hahaha " gelak Iffah perlahan.

Hari itu mereka belajar seperti biasa. Iffah dan Ilyana berjalan bersama untuk ke makmal namun tiba tiba buku yang dibawa Iffah jatuh akibat dilanggar.

" Ya Allah buku aku " Iffah mengutip bukunya.

" I'm so sorry. Tak sengaja sangat Iffah " ujar Irfan apabila perasan Iffah yang dia langgar tadi. Dia tersenyum kecil apabila terpandang cincin di tangan Iffah. Dia pakai bhaiiii cincin tu. Fuhh bahagiaa.

" Its okay. Em pergi dulu " ujar Iffah tersenyum lalu berjalan bersama Ilyana.

Irfan memandang gadis itu dalam diam. Hatinya berbunga apabila Iffah memakai cincin itu.

Naim pelik melihat Irfan yang termenung lepastu tersenyum kecil. Gila ke mamat ni?

" Hoiii apa masalah kau ni? " tegur Naim.

" Hah? Ohh takde apa. Erm cepat ah siapkan kerja kau tu. " elak Irfan. Dia tidak mahu Naim tahu apa yang ada di dalam hatinya.

" Wehh petang ni ada latihan duh. Pehhh malass " rungut Raihan.

Mereka bertiga ketika itu sedang lepak di dalam kelas memandangkan guru mereka cuti.

" Lahh pergi je lah. Kau tu kapten kot weh. " balas Irfan.

" Entah kau ni. Aku debik kau kang hahaha " gurau Naim sambil acah ingin menyiku Raihan.

" Finee " Raihan membuat muka bengang apabila dua rakannya itu ber high five.

" Wehh. Haritu Rina cerita dekat aku. Yang dia geram sangat bila adik dia selalu dapat bunga. Apa masalah perempuan tu siak? Aku ni dah habis duit sebab dia tu pun merungut " luah Raihan.

Irfan dan Naim tersentak. Ahhh sudahhh.

" Ehem chill lah bro. Kau macam tak tahu je gf kau memang kaki jealous pun kan. Chill je. " nasihat Naim sambil mengemas mejanya.

" Betul. Halahh setakat erm bunga tu. Macam kau tak pernah bagi dia lebih je siak " sokong Irfan. Padahal hatinya berdegup laju.

Raihan menganggukkan kepala membenarkan kata kata Naim dan Irfan. Dia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada rakannya itu.

Irfan dan Naim berpandangan lalu menghela nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Fuhh mabuk kalau kantoi ni.

Petang itu, Iffah duduk di tepi padang sekolah. Dia menunggu Ilyana kerna gadis itu ada perjumpaan taekwondo. Dalam dia memerhati sekeliling, dia terpandang sekumpulan lelaki yang sedang melangkah masuk ke padang. Kelihatan Raihan dan rakan rakannya ingin berlatih bermain bola sepak. Iffah sedaya upaya menyorokkan mukanya. Aduhhh time gini lah diaorang nak masuk pulak! Hish cepat lah Yana oiiiiiiii!

Raihan tergelak mendengar cerita si Izzat namun tergelaknya mati apabila terpandang Iffah di tepi padang. Kelihatan gadis itu sedang melarikan pandangannya.

" Wehh tengok tu " ujar Raihan sinis.

Yang lain memandang ke arah yang ditunjukkan Raihan dan mereka tersenyum sinis namun tidak bagi Irfan dan Naim. Mereka mempunyai firasat buruk mengenai ini.

Raihan melangkah mendekati Iffah. Iffah termangu apabila terlihat satu bayang lelaki di hadapannya. Dia mengangkat wajahnya perlahan lahan dan tergamam. Raihan!

" Kau buat apa dekat sini? Stalk aku? Ke kau sengaja? " sinis Raihan.

Iffah terkedu. Like serious?! Aku nak stalk dia apahal? Takde kerja siak.

" Erm tak lah senior. Saya tunggu kawan saya " gagap Iffah.

Raihan tersenyum sinis.

" Mana kawan kau tu? Nak tipu aku ke perempuan? " Raihan menunjalkan kepala Iffah.

Iffah tergamam dengan perilaku Raihan. Irfan pula menahan marahnya namun Naim cuba menghalang dia daripada menolong Iffah. Yang lain tergelak apabila Iffah dihina.

Ilyana berlari selaju boleh ke arah padang kerna dia tidak sedap hati pula. Sesampai sahaja di sana, dia terkedu melihat Iffah dikelilingi ramai laki. Dia nampak Irfan macam marah manakala Naim sedang menghalang Irfan. Yang paling dia tidak puas hati Raihan tersenyum sinis sambil menunjal kepala Iffah. Dia pantang!

" Kau buat apa ni bingai?! " jerkah Ilyana sambil menarik Iffah ke belakang.

" Woo agak dia tunggu kau? Weh agak agak ah. Kau tak sesuai kot dengan dia. Pergi lah bergaul dengan Ifrina siak hahahaha " hina Raihan. Iffah menahan sebak di hati. Dia tahu dia hodoh tapi tak payah lah hina dia.

" Buat apa? Jadi famous? Aku tak hadap weh. Lagipun buat apa cantik muka tapi hati buruk. Fake yall! Dengar sini ea kau, jangan ingat kau hot aku heran tahu tak! Sedar diri sikit kau berpijak dekat mana " sinis Ilyana sambil smirk. Nak je dia bagitahu yang ni sekolah nenek moyang dia. Mahu terkejut lelaki depan dia ni.

Raihan tersentak. Berani betul budak depan dia ni. Tak guna!

Ilyana terus menarik Iffah pergi selepas menjeling Raihan dan yang lain. Semak kan hati dia je dekat situ. Nanti sia sia dia mengamuk, ada yang mati kejap lagi kang.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now