Bab 01

41.5K 889 56
                                    

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu beserta jam penggera membuatkan tidur aku terganggu. Aku mengusutkan rambutku. Pantang betul bila lena pagiku terganggu. Aku atur langkah longlai kearah pintu.

"Nak apa?" Tanya aku dalam keadaan mamai. Mata masih separa terbuka. Bengang pula pagi-pagi buta ni. Mana tak bengang nye. Dahla ketuk pintu kuat-kuat.

"You're already late, Aisya Rabecca" balas Arham. Aku berkerut dahi. Mencerna maksudnya. Lambat? Aku berkerut seketika sebelum terbuntang mata memandang Arham.

"Kelas! Aku dah lambat ke kelas!" serentak itu pintu ditutup ganas. Berkejaran kebilik air. Membersihkan diri. Baju juga dipilih ala kadar, tiada masa untuk berdiri lama dihadapan wardrobe itu.

Aku bergegas turun kebawah. Kedua orang tuaku disapa ringkas. Air diteguk ringkas. Sekeping roti bakar digigit sambil menyarung heels. Langkah diatur laju kearah kereta. Enjin dihidupkan. Tak dapat! Aku menghentak stereng kereta. Pagi-pagi macam ni dia nak buat hal.

Aku memandang sebelah. Arham mengatur langkah santai kearah keretanya. Terpaksa! Terpaksa tebalkan muka minta Arham hantarkan. Aku keluar dari kereta. Mengatur langkah kearah kereta Arham. Cermin keretanya diketuk kuat.

"Apa?" Tanyanya dingin.

"Aku nak tumpang, kereta aku buat hal." ujarku aku. Belum sempat dia membalas aku dah pun siap duduk di tempat duduk penumpang ditepinya. Tayang muka tak bersalah. Lantak dialah nak kutuk ke apa, aku dah lewat. Dengan muka tidak redha, Arham memandu kereta membelah jalan menuju kearah tempat aku menuntut ilmu.

"Aku balik tumpang Syaza nanti. Kau tak payah datang jemput aku nanti." kata aku.

"Baguslah, aku pun tak ada masa nak datang jemput kau." balas Arham. Aku mencebik. Bila masa je kau ada masa dengan aku? Haram betul.

"Dah sampai, cepat keluar! Aku ada meeting penting pagi ni." halau Arham. Ingat aku nak sangat duduk dalam kereta kau? Aku keluar dari keretanya tanpa mengucapkan sepatah terima kasih. Terus sahaja keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan kolej.

"Eccaaa, almost thirty minutes only." Kata Syaza geram sebaik aku mendekatinya yang dari tadi menjadi tugu disitu. Tunggu aku lah tu. Haih...

"Ya aku tahu, aku terbabas tadi. Kereta aku pula buat hal." balasku.

"Kalau kereta kau tak buat hal pun sama je. Kau tahu tak, boleh kira dengan tangan berapa kali kau datang awal" bebel Syaza. Aku menjulingkan mata. Membebel pula dah pagi-pagi ni. Tadi kata lewat, kau pula membebel. Dah tambah kelewatan disitu.

Aku atur langkah ke bilik kuliah, meninggalkan Syaza dibelakang. Membebellah engkau sorang-sorang.

******

Kurang fokus itu pasti, mengantuk juga pasti. Mana tak mengantuk kalau lecturer bercakap pun gaya berbisik je. Hanya fokus pada barisan hadapan sahaja. Back bencher macam aku ni, mana nak hiraukan.

Sebaik sahaja Madam Suzy melangkah keluar. Aku menjatuhkan kepala keatas meja. Berlapikkan lengan. Menyesal pula tidur lewat semalam.

"Babe, semester break ni, kau ada plan nak pergi mana-mana tak?" Tanya Syaza. Aku mengangkat muka. Menggeleng kecil tanda tiada apa-apa perancangan untuk cuti semester ini.

"Aku ingat kan, nak balik kampung lah." Kata Syaza. Hmm, tak tanya. Aku menjatuhkan kembali kepalaku.

"Kau nak ikut tak?" Tanya Syaza. Bahuku digoncangnya. Teruja benar budak ni. Aku angkat kepala memandangnya. Kening dijongketkan malas.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now