Bab 3

10.5K 586 4
                                    

🎸🎸🎸



Hana memandang pelajarnya itu beberapa kali. Sudahlah datang lambat ke bengkel hari itu. Dan sekarang, dilihatnya fokus Nuh agak terganggu.

"Nuh Ziyad."

Tiada jawapan. Memang sah Nuh sedang mengelamun. Hanya merenung kosong pada skrin komputer.

Seorang pelajar berdekatan mencuit, barulah Nuh menoleh padanya.

Duduk dibetulkan, dia berdehem kecil. "Maaf, cik."

"Kalau awak tak serius nak siapkan kerja awak, sila keluar dari kelas saya. Saya tak boleh nak bantu orang yang tak ada usaha nak bantu diri sendiri." Senada Hana berkata.

Wajah Nuh kelihatan tidak senang. Dia terus bangun, meninggalkan bengkel.

Hana menggeleng. Teruk betul perangai!

Tamat saja kelas pada hari itu, barulah Nuh kembali. Dilirik sekilas pada Hana yang sedang mengemaskan peralatan. Pelajar lain sudah tidak kelihatan.

Barang barang yang ditinggalkan tadi dikemaskan. Komputer dimatikan setelah menyimpan kerja kerja yang tertangguh tadi.

"Minggu depan saya dah tak akan assist macam hari ni. Awak kena buat sendiri. Kalau ada masalah atau nak buat rujukan, cari saya." Hana bersuara tanpa memandang Nuh.

"Saya tak boleh buat sendiri."

Hana angkat muka memandang Nuh. "Saya ingat awak tak perlukan bantuan saya?"

Nuh terdiam. Hana memerlinya.

"Saya dah tengok kerja awak tadi. 2 minggu saya bagi masa. Tapi apa yang awak buat? Saya langsung tak nampak hasil kerja awak. Awak dah jauh ketinggalan dari rakan rakan yang lain, tahu tak?" Sedikit keras suara Hana.

Nuh angkat beg. Lelah mahu mendengar bebelan dari Hana.

"Awak serius ke tak nak siapkan projek awak, Nuh?"

"Saya tak ada masa. Banyak sangat benda nak kena buat, banyak sangat kos yang kena keluar." Nuh merungut.

Ya, memang banyak masa dan duit yang perlu dikorbankan sedangkan dia perlu bekerja. Dia perlu mendapatkan duit untuk pembedahan ibunya. Mana punya masa untuk tesis dan projek.

"Awak nak senang je kan?" Hana sudah bercekak pinggang.

Nuh sudah melangkah untuk keluar namun mendengarkan kata katanya, Nuh menoleh.

"Tak ada yang senang, cik. Saya tahu tak ada yang senang."

Hana terdiam. Ketika itu, baru teringatkan kata kata Aisha yang bercerita mengenai Nuh padanya.

Wajah Nuh diteliti. Nafas dihela. "Kenapa dengan muka awak?" Hana bertanya perlahan.

Bukan tak perasan wajah lelaki itu yang dipenuhi kesan lebam dan luka.

Nuh melarikan wajah. "Saya balik dulu, cik." Pintanya dan terus berlalu dari situ.

"Hei, saya tanya awak ni. Awak bergaduh ke, Nuh?" Hana angkat barang barangnya, mengekori Nuh dari belakang.

Nuh merengus, menoleh pada Hana yang terus menghentikan langkah.

"Jangan masuk campur urusan saya, cik Hana."

"Saya lecturer awak. Dengan perangai awak macam ni, awak fikir saya nak berdiam diri saja?" Membulat mata Hana memarahi Nuh.

"You should, cik Hana. Stay out and don't make a fuss." Nuh meneruskan langkah. Panggilan Hana sudah tidak dipedulikan.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now