Bab 34

8.6K 471 10
                                    

🎸🎸🎸







Hana hampir sampai ke deretan bangunan kedai apabila kereta Fakhrul kembali terhenti di sisinya.

Dia menoleh. Wajah masam mencuka memandang Fakhrul yang sudah menurunkan cermin tingkap kereta.

"Naik." Arah lelaki itu.

Hana membuka pintu kereta, mengambil begnya yang sudah jatuh terlorot di kaki kerusi. Fakhrul yang sedang memandangnya langsung tidak dihiraukan. Pintu kereta ditutup kuat sebelum dia kembali berjalan.

Fakhrul termangu di situ. Kereta digerakkan perlaha dan dihentikan di hadapan Hana. Dia keluar dari kereta.

"Masuk dalam kereta." Fakhrul berkata serius.

"You pergilah. Tak payah nak buat baik dengan I. I boleh balik sendiri." Hana berkata, terus melangkah melewati Fakhrul.

Fakhrul menarik lengan Hana, tidak membiarkan gadis itu yang mahu berlalu pergi. "I minta maaf, I tak patut tinggalkan you."

Hana hanya memandangnya kosong. "Lepas." Sepatah Hana berkata.

Fakhrul mengeluh. "I hantar you balik."

"Tak nak lah!"

Fakhrul merenungnya tajam. Tangan dilepaskan dari lengan Hana. Dompet dibuka, menghulurkan sekeping not RM50 kepada Hana.

"Naik teksi. Kat depan tu ada hentian bas. Tunggu situ. Kalau you tukar fikiran, call I. I datang ambil you." Fakhrul terus meletakkan not itu ke dalam genggaman Hana.

Tanpa menunggu balasan dari Hana, dia masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan Hana di situ.

Hana merenyuk duit kertas di dalam genggamannya. "Dia ingat aku tak ada duit agaknya." Hana berlalu dari situ menuju ke hentian bas.

Kebetulan seorang kanak kanak lelaki melalui kawasan itu, menjual tisu kepadanya. Tanpa berfikir panjang, duit Fakhrul diberikan kepada kanak kanak itu.

Dia duduk di hentian bas, satu teksi pun tidak lalu di situ. Telefon di keluarkan dari beg. Beberapa kali dia menghubungi Fara, panggilan itu langsung tidak bersambut.

Nombor Nuh yang kerap menelefon tanpa dia jawab dipandang. Kepala diangkat merenung ke arah jalan raya di depannya. Keluhan dilepaskan.

Hana tersentak apabila telefonnya berdering. Mata tertancap pada skrin telefon. Nombor Nuh. Teragak agak dia mahu menjawab panggilan itu.

Ya, lah. Bila susah begini, barulah panggilan dari Nuh disambut.

"Hana." Suara Nuh mendayu memanggilnya. Setelah hampir 2 minggu, akhirnya panggilan dari Nuh dijawab juga.

"Ya..."

"Awak sihat?"

Hana menghela nafas perlahan. "Saya sihat, Nuh."

Nuh diam seketika. "Kenapa saya call, tak pernah angkat? Mesej tak pernah berbalas. Kadang kadang awak tak baca pun. Are you okay? Saya ada buat salah ke?"

Hana mengetap bibir. "Awak tak salah. Yang salahnya saya. Saya tunang orang tapi masih simpan perasaan pada lelaki lain."

Nuh kelu terus. Hilang kata katanya.

"Awak baru balik kerja, ya?" Hana bertanya apabila Nuh mendiamkan diri.

"Ya. Awak kat mana?"

"Hmm, tak tahu."

"Tak tahu? Cakap betul betul, Hana. Awak kat mana ni? Sepatutnya dah balik masa macam ni kan? Tak sampai rumah lagi ke?" Bertalu talu soalan dari Nuh.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now