Bab 16

8.4K 505 13
                                    

🎸🎸🎸







"Thanks sebab tolong aku. Aku tak tahu apa jadi kalau kau tak ada." Wajah Lianna masih sugul, mata jelas sembap.

"Jangan risaulah. Aku tolong selagi boleh."

Selesai sudah segala urusan pengebumian mak Lianna. Laporan polis pun sudah dibuat. Cuma sekarang, dia agak bimbangkan gadis itu.

"Habis tu kau nak duduk mana sekarang. Bahaya kau sendiri kat rumah. Buatnya along along tu datang balik?"

Lianna terdiam. Wajah diraup beberapa kali.

"Bapak kau memang tak balik rumah ke?" Berhati hati Nuh bertanya.

"Dia datang. Dia menangis nangis minta maaf pada aku."

Nuh berkerut kening. Sedar gerangan lelaki itu semasa urusan pengebumian kelmarin. Cuma tak disangka lelaki itu adalah bapak Lianna.

"Sampai mati pun aku takkan maafkan dia. Dia tak pernah ada untuk kami. Dia sentiasa sibuk dengan urusan sendiri. Balik saja, bawa balik along sampai mak aku mati. Nak tengok muka dia pun aku tak boleh, Noah." Lianna mengetap bibir. Mata kembali memerah.

"Mungkin terlalu awal. Mak kau pun baru saja meninggal. Aku doakan hubungan kau dengan bapak kau baik baik saja." Nuh teringatkan nasihat ibunya. Ayah tetap ayah walau apa pun yang terjadi. Walau sejahat mana pun dia.

Lianna tersenyum sinis. Menggeleng.

"Ann..."

"Aku tak nak cakap pasal dia." Lianna memutuskan dan terus melarikan pandangannya.

Nuh hela nafas perlahan. "So, apa kau nak buat sekarang?"

Lianna teragak agak. "Kedai mak aku sewa kat kolej tu... Boleh kan aku tidur kat situ. Lagipun lengkap dengan bilik air semua. Senang sikit aku uruskan kedai tu juga."

"Eh, Ann... bahaya lah."

"Mana lagi aku nak duduk? Memang taklah aku nak ikut bapak aku, Noah."

Nuh renung wajah gadis itu. Buntu juga sebenarnya. Dan entah bagaimana dia boleh terlintas idea sebegini. "Kau duduk rumah aku saja lah."

Mata Lianna terpaku pada wajah Nuh usai kata kata itu. "Serius la, Noah?"

Nuh kelihatan teragak agak namun mengangguk juga. "Sampai semuanya selesai. Sampai pihak polis dah dapat tangkap along tu, kau duduk lah dengan ibu aku. Aku boleh duduk bengkel."

Lianna terdiam. Nuh hanya memandang gadis itu. Benarkah keputusannya? Ah, dia sudah terlanjur menghulur bantuan. Apa nak jadi pun jadi lah.






🎸🎸🎸






Habis sahaja kelas jam 4 petang, Hana tidak terus pulang ke rumah. Aisha yang menyelia kelab bola jaring memintanya untuk memantau pelajarnya berlatih pada jam 5 petang memandangkan Hana juga mempunyai kemahiran dalam sukan itu.

Aisha terpaksa pulang awal kerana anaknya tidak sihat.


Tit. Tit.

Pesanan whatsapp masuk ke dalam telefonnya. Lambat lambat Hana capai telefon. Mata sesekali menjeling pada perlawanan yang sedang berlangsung.

Dari Nuh, terus saja pesanan itu dibuka.

'Penat.'

Ringkas saja. Hana menjongket kening.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now