Bab 26

8.8K 481 14
                                    

🎸🎸🎸

Hana mengenakan sehelai blouse berwarna ungu dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Selendang senada dengan warna seluarnya dililit kemas di kepala. Pagi pagi lagi dia sudah berada di situ.

Mereka dijadualkan untuk bertolak pada jam 7 pagi namun hanya beberapa orang pelajar yang berada di situ. Bas sudah tersedia.

Hana berdiri di tepi pintu bas, senarai nama pelajar yang akan berangkat ke penempatan orang asli di pegang di tangan.

Dia hanya menunduk menanda kertas di tangan apabila pelajar menyebut nama mereka sebelum masuk ke dalam perut bas.

"Nuh Ziyad."

Hana terkaku seketika apabila pelajar itu memberitahu namanya. Mukanya diangkat perlahan. Nuh merenungnya tanpa berkata apa apa.

Hana kembali menunduk pada kertas di tangannya. Nama Nuh dicari pantas.

Nuh Ziyad! Nama Nuh ada dalam senarai itu. Kenapa sebelum ni dia tidak perasan?

Hana hanya memerhati dengan hujung mata langkah Nuh yang menaiki bas.

"Cik?"

"Hah?"

"Nama saya, Farid Amin." Pelajar itu tersengih memandangnya.

Hana diam sebentar sebelum mencari nama pelajar itu. Dia agak hilang fokus ketika itu.

Setelah semua pelajar berada di situ dan menaiki bas, mereka bertolak tepat jam 7.30 pagi. En Kamal juga mengekori bas dari belakang. Sampai sahaja di sana, mereka di sambut oleh tok batin di situ.

"Pelajar lelaki, tolong bawa barang barang ke dewan." Hana memberi arahan.

"Awak, angkat yang ni. Berat sikit ni." Hana menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki yang agak tegap badannya.

Nuh kemudian muncul di situ. Hana hanya menjeling sekilas. Satu beg plastik terakhir yang berisi makanan diangkat.

"Saya bawakan." Nuh menghulurkan tangannya kepada Hana.

Tanpa berkata apa apa, Hana menghulurkannya dan terus berlalu dari situ. Nuh mengekori dari belakang.

"Hana." Nuh memanggil.

Pelajar lain sudah meninggalkan mereka di depan. Hana berpura pura tidak mendengar. Langkahnya dilajukan.

Nuh menghela nafas perlahan. Membiarkan Hana yang semakin menjauh.

"Cik Hana. Sini." Kamal melambaikan tangannya ke arah Hana yang segera mendekati.

"Tok, ni cik Hana. Orang kuat kami untuk program ni." Kamal menjelaskan.

Hana hanya tersenyum, mengangguk ke arah tok batin.

"Oh, terima kasih lah cik Hana dengan Kamal. Sudi datang ke sini untuk buat program. Lagipun pihak kolej selalu buat lawatan ke sini. Kami kat sini sangat mengalu alukan kedatangan awak semua."

"Terima kasih tok." Hana membalas.

"Jadi, apa yang kita akan buat hari ni?" Tok batin bertanya membuatkan Hana tersenyum.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now