Bab 44

11.2K 524 7
                                    

🎸🎸🎸






En Hasnol tiba di masjid tanpa Hana. Dia hanya datang bersama kak Yam, abang Johan dan dua orang anak buah Hana. Mata Nuh melilau mencari Hana sehinggalah En Hasnol mengambil tempat di sisinya.

"Hana tak datang sekali?" Nuh berbisik perlahan pada En Hasnol.

"Tak, nanti Hana sampai dengan Nadim. Sabarlah, tok kadi pun belum sampai ni." En Hasnol mengusik.

Nuh hanya tersenyum. Bukan itu yang dirisaukan. Nafas ditarik panjang. Dia cukup gelisah ketika itu. Risau jika Hana tidak datang. Seketika kemudian, tok kadi sampai. Lagilah Nuh tidak senang duduk.

"Pengantin perempuan belum sampai lagi." Entah suara siapa yang bercakap dengan tok kadi, makin membuatkan Nuh resah.

"Uncle, saya keluar call Hana sekejap." Nuh meminta izin. Selepas menerima anggukan dari En Hasnol, terus dia keluar ke depan masjid.

Jam ditangan dijeling. Sudah hampir ke jam 9 malam. Sepatutnya mereka sudah dinikahkan sekarang. Telefon dikeluarkan, membuat panggilan kepada Hana. Setiap deringan membuatkan jantung Nuh berdegup makin kencang.

Tidak berjawab. "Hana, jangan buat saya macam ni." Sekali lagi dia cuba mendail. Ketika itu, sebuah kereta masuk ke perkarangan masjid.

Nuh menamatkan talian. Dia menanti pemilik kereta itu keluar. Nadim keluar dari tempat pemandu. Isteri lelaki itu, Jannah turut keluar dari tempat duduk di sisi pemandu. Ingin saja dia melaung, bertanyakan tentang Hana.

Kemudian, Fara keluar dari tempat duduk belakang bersama Hana. Ya, Hana.

Nuh mula tersenyum kelegaan. Gadisnya itu kelihatan sangat cantik dengan persalinan berwarna putih, sedondon dengannya. Langkah mereka diperhatikannya.

"Nuh, buat apa kat luar ni? Jom masuk." Nadim menepuk bahunya. Matanya masih melekap pada Hana yang mengelak pandangannya. "Jom..." Nadim menariknya masuk.

Nuh menyabarkan diri. Beberapa detik lagi, Hana bakal menjadi miliknya.

Dia kembali duduk. Nadim duduk di sebelahnya. Kadi menyampaikan khutbah nikah sebelum menikahkan mereka. Nuh menghadap En Hasnol yang sudah bersedia.

Akhirnya, hanya dengan sekali lafaz, Hana sah menjadi isterinya. Tangan En Hasnol disalami diikuti dengan semua saksi yang berada di situ.

Dia pandang Hana sebelum mendekati gadis yang telah sah menjadi miliknya itu.

Tangan Hana dicapai. Cincin disarungkan di jari manis isterinya. Lama Hana menunduk, mencium tangannya. Ketika itu, perasaan sebak menguasai diri. Hampir saja Nuh menitiskan air mata. Tangannya menyentuh lembut kepala Hana ketika gadis itu mencium tangannya.

Hana mengangkat kepala memandangnya. Senyuman manis terukir di bibir itu membuatkan senyumannya turut terukir. Lega hatinya melihat Hana tersenyum. Tadi dia agak risau apabila tidak melihat senyuman di wajah itu.

Wajah dirapatkan pada Hana, ubun ubun Hana dicium.

"Terima kasih, Hana." Nuh berbisik perlahan sebelum menjauhi Hana.

Hana hanya diam memerhatikan Nuh yang beralih memeluk Pn Zayana. Dia memandang En Hasnol. Papanya sedang mengesat hujung mata. Terus Hana menunduk menahan sebak.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now