Bab 48

11.5K 510 14
                                    

🎸🎸🎸








"Sayang..."

"Ya." Nuh tidak mengangkat muka. Dia leka menyiapkan resume untuk memohon pekerjaan.

"Sejak kita kahwin, saya tak pernah jumpa ayah. Awak tak nak bawa saya jumpa ayah?" Hana berkata perlahan.

Nuh menoleh ke arah Hana yang sedang berbaring di atas katil. Hana memandangnya.

"Awak nak jumpa ayah?"

"Awak tak nak beritahu ayah? Awak dah kahwin. Apa apa pun, dia ayah awak kan."

Nuh menghela nafas perlahan. "Macam macam ayah buat pada saya dan ibu dulu. Saya tak tahu keadaan ayah sekarang macam mana lepas bercerai dengan ibu."

Hana terdiam seketika. "Nuh, awak tak nak cerita pada saya, apa yang berlaku pada awak dan ibu?"

Nuh mengalihkan wajah. Termenung. Hana bangun dari katil setelah itu. Dia dekati Nuh. Tubuh suaminya yang masih duduk di kerusi dipeluk dari belakang.

"It's okay kalau awak tak nak beritahu apa apa. Saya akan sentiasa ada dengan awak walau apa pun yang terjadi."

Nuh memejamkan mata seketika. Tangan Hana yang berlingkar di lehernya dileraikan. Dia tarik tubuh Hana padanya.


"Wife, awak ready nak dengar semua cerita saya?"

Hana terkebil kebil mengangguk. Nuh dudukkan Hana di birai katil.


Agak lama juga Nuh mahu membuka cerita. "Ayah... kaki judi, kaki botol. Memang dari muda ayah macam tu. Sebelum kahwin ibu tak tahu perangai ayah. Masa ibu mengandung, ayah janji nak berubah. Tapi macam tu juga sampai saya lahir. Ayah tak berubah. Ayah balik rumah, bila tak dapat duit, ayah pukul saya, ayah pukul ibu. Ibu hari hari pergi kerja, balik malam. Saya sendiri kat rumah. Kalau ayah balik masa ibu tak ada..." Nuh menunduk. "...teruk ayah kerjakan saya."

Nuh tergelak. "Sepak terajang, belasah, tali pinggang, getah paip tu perkara biasa. Sebab tu saya dah biasa bila masuk gelanggang kena pukul. Bagus juga macam tu. Dari kecil ayah dah latih saya. Lumayan bila menang."

"Husband..." Hana meraih tangan Nuh.

"Awak tak payah risau. Benda dah lama berlalu. Saya okey."

"Apa lagi yang saya tak tahu pasal keluarga awak?" Hana bertanya, dia masih memegang erat tangan Nuh.

"Ayah...pernah masuk penjara."

"Kenapa?"

"Ibu mengandungkan adik saya. Ayah pukul ibu sampai saya hilang adik saya." Nuh berkata sebak. Kali ini air matanya tidak dapat dibendung.

Masih segar diingatannya bagaimana keadaan ibu yang tumpah darah setelah ayah yang bagaikan orang gila memukul ibu yang sedang mengandung.

Hana terus bangun memeluk Nuh. Belakang tubuh Nuh diusap lembut. "I'm so sorry, sayang. Saya tak sepatutnya tanya."

"No, it's okay. You should know. You are my other half."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now