Bab 53

14.3K 508 6
                                    

🎸🎸🎸




Nuh sampai di rumah, keadaan sudah gelap gelita. Pn Zayana keluar dari bilik, mungkin masih belum tidur semasa mendengar motosikalnya masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Macam mana, Nuh? Dah selesai semuanya?"

Nuh mengangguk. Tersenyum nipis. "Mereka cuba sempurnakan apa yang patut. Yang lain tu, biarlah antara dia dengan Allah saja."

Pn Zayana diam sejenak. "Nuh masuklah rehat. Bersihkan diri tu dulu."

Nuh angguk dan terus masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup, mata terus mencari susuk tubuh si isteri.

Lampu bilik tidak dibuka namun dia masih dapat melihat Hana yang sedang lena membelakanginya.

Keluhan dilepaskan. Rasa bersalah pada Hana. Pastinya isterinya itu berkecil hati dengan kata katanya siang tadi.

Dia hanya pandang Hana. Kemudian, masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu barulah dia naik ke katil. Menarik tubuh Hana dalam pelukannya.

"I'm sorry, wife..." Bisiknya perlahan. Mata dilelapkan.

Nuh tersedar keesokannya, Hana sudah tiada di sisi. Terpinga pinga melihatkan cahaya matahari sudah memancar dari celahan langsir.

Hati mengucap panjang. Buat pertama kalinya, Hana tidak mengejutkannya untuk solat subuh bersama.

Nuh bingkas bangun. Masih serabai, dia keluar dari bilik mencari Hana.

"Hmm, baru bangun Nuh." Pn Zayana menggeleng menegurnya.

"Em, Hana mana, ibu?" Kepala digaru garu, menyelerakkan rambut yang sedia berselerak.

"Hana dah keluar. Katanya ada aktiviti kat kolej hari ni."

Nuh termenung jauh. Bibir mencemik sedikit. Sampai hati tak beritahu apa apa!

Bahunya ditepuk Pn Zayana. "Pergi mandi. Hana dah siapkan sarapan."





🎸🎸🎸





Nuh sudah panas hati. Ke hulu ke hilir dia menanti Hana. Jam dipandang berkali kali. Hampir ke jam 7 malam, isterinya masih belum pulang. Dia menelefon, langsung tidak berangkat. Tapi boleh pula Hana meninggalkan pesanan buat Pn Zayana, memberitahu kelewatannya.

Dengar saja kereta Hana, Nuh terus berdiri di depan pintu bilik. Tangan bersilang ke dada.

Pintu bilik terbuka, Hana kelihatan terkejut melihat Nuh di muka pintu. Wajah tegang.

"Pukul 7 baru nak balik?"

Nuh bertanya sebaik saja pintu bilik ditutup Hana.

"Keluar tak beritahu saya apa apa? Call tak angkat, mesej tak balas. Pagi tadi kenapa tak kejut saya solat?" Makin meninggi suara Nuh apabila Hana tidak mempedulikannya.

Selamba meletakkan beg di meja, tudung dibuang dari kepala.

"I'm talking to you, Hana Nadeera." Nuh capai tangan Hana yang baru bergerak mahu mencapai tuala.

Hana meronta, terus terlepas pegangan dari Nuh. "Awak tidur, macam mana saya nak beritahu? Saya tengah kerja, mana sempat nak tengok telefon."

Tuala ditarik dari penyangkut. "Isteri ni juga yang kena kejut solat hari hari. Tak boleh nak cuba bangun sendiri?" Hana berkata perlahan.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now