Bab 7

10K 536 6
                                    

🎸🎸🎸




Hana sedang memeriksa hasil kerjanya ketika telefonnya berdering.

Dia mencapai dan mencuri pandang ke skrin. Apabila melihat panggilan dari pihak hospital, segera dia bangun dari kerusi.

"Cik, saya kena jawab panggilan ni." Nuh memberitahu dan tanpa menunggu balasan dari Hana, dia segera keluar dari kelas.

Hana hanya membiarkan dan kembali pada kerja Nuh.

Sebentar kemudian, Nuh kembali bergegas masuk ke dalam bilik kuliah. Kelam kabut dia menyimpan barang barangnya dan terus keluar semula dari kelas.

"Kenapa Nuh? Nak pergi mana ni?" Pertanyaan daripada Hana langsung tidak dihiraukan.

"Nuh?" Hana terbangun dari duduk apabila Nuh terus melangkah meninggalkan kelas.

Nuh menerima panggilan dari hospital memberitahu keadaan ibunya. Dadanya berombak kencang. Motosikal dipecut laju sehingga masuk ke kawasan hospital.

Hampir berlari dia ke bilik Pn Zayana. Berkebetulan doktor yang merawat ibunya baru saja keluar dari situ, lengan doktor itu dipegang kemas.

"Doktor, macam mana ibu saya?" Cemas Nuh bertanya.

"Keadaan ibu awak agak kritikal. Kita perlukan penderma hati dengan segera. Saya tak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan dengan hatinya. Tadi, dia muntah darah berlarutan sebab tu kami call awak. Bimbang jika ada komplikasi lain."

Pegangan Nuh pada lengan doktor melonggar. Tangannya menggigil.

"Sebelum kita dapat lakukan pemindahan hati, saya harap awak bersedia untuk apa apa kemungkinan."

Nuh terduduk di situ setelah doktor berlalu. Seboleh mungkin dia menahan rasa sebak.

Setelah beberapa ketika menenangkan diri, Nuh masuk ke bilik ibunya. Wajah ibunya yang pucat dipandang kasih. Tubuh ibunya turut susut, tidak seperti dulu. Nuh duduk berdekatan ibunya.

"Ibu macam mana?" Kegusaran di wajah tak dapat diselindungkan.

Pn Zayana memandang Nuh dengan senyuman yang dipaksa. "Ibu okey."

"Ibu..."

"Nuh jangan risaukan ibu. Ibu okey. Nuh datang sini tak ada kelas ke?" Lemah kedengaran suara ibunya.

"Em, kelas cancel." Nuh berbohong. Jika ibunya mengetahui dia ponteng, pasti dipaksanya pulang segera.

"Nuh janji dengan ibu, ya. Kalau jadi apa apa pada ibu, Nuh teruskan belajar. Nuh kena habiskan pengajian Nuh. Ibu nak tengok Nuh berjaya."

"Ibu..." Bergetar suara Nuh, cuba memotong kata kata Pn Zayana.

"Janji dengan ibu, Nuh." Pn Zayana bertegas.

Mata Nuh sudah berkaca. "Nuh janji." Sebak. Air mata ditahan agar tidak jatuh di hadapan wanita itu.

Ibunya tersenyum sebelum menutup mata. Badannya terasa sangat penat. Seluruh badannya sakit dan lenguh. Dia mahu melelapkan mata.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now