Epilog II

16.4K 571 13
                                    

🎸🎸🎸



"Ya Allah, bertuah Nuh ni." Pn Zayana mengucap panjang. Dia menghampiri katil.

Terjegil matanya melihat Nuh yang turut terlena di atas katil bersama Hana. Badrul dan adiknya Batrisya hanya tersengih sengih di belakang.

"Nuh, Nuh. Bangun." Bahu Nuh ditepuk tepuk. Perlahan saja suaranya memanggil risau Hana turut terjaga.

"Ibu...?" Terpisat pisat dia membuka mata. Terus matanya mencari wajah si kecil. Anaknya itu sudah berada di dalam dukungan Batrisya.

Entah bila dia tertidur. Niatnya hanya mahu menemani Hana. Tahu tahu saja dia turut terlena.

"Ni, kenapa Nuh naik tidur kat sini. Kesian Hana tu. Tak selesa nanti." Pn Zayana mengomel.

Nuh segera turun dari katil. Selimut di tubuh Hana dibetulkan.

"Nuh tertidur." Dia menggaru kepala. "Em, ni. Ibu dah tengok anak Nuh?"

Pn Zayana terus tersenyum. Batrisya menghampiri sebelum menyerahkan Nazran pada Pn Zayana.

"Comelnya cucu nenek." Wajah kecil itu dicium berkali kali.

Nuh tersenyum senang.

"Nuh, tahniah la. Dah jadi ayah kau." Badrul menghulurkan tangan.

"Thanks Bad."

Mereka berbual seketika. Pn Zayana dan Batrisya sibuk dengan bayinya.

"Nuh..."

Nuh terus menoleh. Wajah Hana tercengang cengang melihat mereka semua berada di situ.

Nuh mendekati Hana. Tuala di kepala Hana dibetulkan.

"Ibu, Bad dengan Isya datang nak tengok awak dengan baby." Nuh memberitahu.

Hana menoleh. "Ibu..."

Pn Zayana mendekati. Nazran diserahkan pada Nuh sebelum dia mencium kedua dua belah pipi Hana.

"Hana okey?"

"Okey..." Tersipu sipu dia menjawab. Pn Zayana mengusap wajah Hana sebelum Batrisya pula mendekati Hana.

"Tahniah kak Hana. Comel anak akak dengan abang Nuh." Gadis genit itu memeluk tubuh Hana.

Terharu dia dibuatnya. Tak lama selepas itu, keluarganya pula sampai. Gembiranya bukan kepalang melihat wajah teruja mereka menyambut kelahiran si kecil.

Nuh duduk di sisi Hana. Tangan Hana dicapai. Mata masih memandang bayi mereka yang asyik dikendong oleh Encik Hasnol.

"Hana, nanti kita bawa Nazran jumpa ayah ya?"

"Ayah macam mana Nuh? Tak sihat lagi ke?"

Nuh diam seketika. "Keadaan ayah dah teruk. Doktor pun tak boleh buat apa apa lagi. Sekarang hanya bergantung pada ubat saja."

Hana memeluk lengan Nuh, mahu memberi kekuatan pada suaminya. Walau apa pun, Norman ayah Nuh. Sedikit sebanyak, hati anak mana yang tidak terusik bila dikhabarkan dengan berita sebegini.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now