🎸🎸🎸
Telefon berdering beberapa kali ketika Hana sedang memandu. Memikirkan ada yang penting, diseluk juga mencari telefon di dalam beg tangan.
Dapat saja, dilirik pada nama yang tertera di skrin. Nafas dihembus perlahan melihat nama Fakhrul di situ.
"Ya?"
"Hana, you buat apa. Lama sangat nak angkat telefon." Mengomel suara itu.
"Bawa kereta la. Kat jalan ni. Nak apa?" Tegang suara Hana menjawabnya.
"I nak jumpa you. Sekarang." Fakhrul sedikit memaksa.
"Busy." Sepatah Hana menjawab. Malas mahu melayan sebenarnya. Lagipun dia sedang memandu.
"Papa you yang suruh I jumpa you."
Hana berkerut kening. "Papa tak cakap apa apa pun. You jangan memandai ya."
"Call papa you sekarang kalau you tak percaya."
Talian terus ditamatkan oleh Fakhrul setelah itu.
Hana mengeluh. Kereta dihentikan di tepi jalan. Nombor papanya didail.
"Adik, dah jumpa Fakhrul?" Belum sempat Hana berkata apa apa, En Hasnol sudah bertanya.
"Pa...apa ni? Kenapa nak jumpa dengan dia pula?"
"Papa suruh Fakhrul tengok tengokkan adik. Macam mana adik kat sana. Papa risau tau, adik jauh dari papa."
"Adik tahu tapi adik okey kat sini. Makan pakai semua cukup. Tak payahlah papa risau..."
"Ya tapi pergilah jumpa Fakhrul sekali sekala. Bukan orang lain, dik. Bakal suami adik juga."
"Papa, adik dah cakap kan. Adik tak suka Fakhrul tu. Lagi papa nak jodohkan adik dengan dia." Hana membentak.
"Cuba la berbaik dengan Fakhrul tu. Cuba kenal kenal dia. Papa yakin adik boleh suka dia. Dia baik, dik." En Hasnol memujuk lagi.
Hana mendiamkan diri.
"Adik, jumpa Fakhrul ya. Fakhrul dah telefon papa semalam. Dia cakap nak jumpa adik hari ni."
"Pa..." Hana menarik panjang nada suaranya.
"Hana Nadeera anak papa. Hana dengar cakap papa kan? Pergi jumpa Fakhrul, ya."
Hana ketap bibir. Kalau dah papa sebut nama penuhnya itu, memang dia takkan boleh bantah lagi.
"Okey..." Malas malas dia menjawab.
Telefon dimatikan dan terus dicampak ke kerusi di sebelahnya.
Hanya beberapa detik, tak sempat pun untuk dia kembali memandu, telefon kembali berdering.
Hana capai kembali telefonnya.
Fakhrul.
"Hmm?"
"Macam mana? Dah call papa you?" Sakit pula hati Hana apabila mendengar suara Fakhrul yang agak sinis bertanya.
Tak tahulah sama ada kerana dia tidak menyukai Fakhrul atau sememangnya lelaki itu sedang mengejeknya.
"Ya, dah. Nak jumpa kat mana ni?" Hana terus bertanya. Malas bersoal jawab lagi. Lebih baik diikutkan saja. Lagi cepat dia pergi, lebih cepat dia boleh balik nanti.
"I tunggu kat Restoran Cyara. You tahu tempat tu kan? Kita pernah jumpa satu famili kat situ."
"Ya. Tahu."
"Okey. Sekarang tau. I tunggu you."
Hana menghela nafas kasar setelah panggilan ditamatkan. Dia menukar haluan ke restoran yang disebut Fakhrul.
YOU ARE READING
I Like You | ✔
General Fiction[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali be...