Bab 32

8.6K 442 19
                                    

🎸🎸🎸








Hana meletakkan telefonnya dalam mod senyap apabila dari tadi Fakhrul tidak henti menelefonnya. Malas mahu merosakkan hujung minggunya dengan mendengar suara Fakhrul.

Banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Minggu depan pelajar akan memulakan kembali sesi pengajian setelah habis cuti semester.

Hampir sejam leka dengan kerjanya, Hana bangun dari kerusi sebelum menggeliat kecil. Langkah diatur keluar dari bilik, menuju ke dapur. Fara tiada di rumah, keluar dengan teman lelakinya.

Peti sejuk dibuka, mengeluarkan botol air mineral dari situ. Baru saja dia menuang ke dalam gelas, pintu rumah diketuk bertalu talu.

"Fara ni tak bawa kunci ke?" Langkah diatur ke muka pintu. Tanpa menjenguk terlebih dahulu, kerana dia pasti Fara yang mengetuknya, pintu terus dibuka.

Matanya terbuntang melihat Fakhrul di depannya. Matanya kemudian tertancap pada pintu pagar yang terbuka. Sahlah, Fara keluar tanpa mengunci pagar.

"K...kenapa you datang?" Hana bertanya bimbang.

Tanpa berkata apa apa, Fakhrul menolak pintu rumah. Hana terdorong ke belakang dan Fakhrul terus masuk ke dalam rumah.

Pintu ditutup.

Hana sudah cuak. Jantungnya berdegup laju. "Apa you buat ni, Fakhrul? Jiran nampak nanti."

Tangannya terus mencapai selendang yang tersangkut pada kerusi, menutup rambutnya. Nasib baik Fara suka meletakkan tudungnya merata.

"Kau takut jiran nampak ke kau takut jantan tu yang nampak?" Fakhrul bertanya kasar.

"Fakhrul!"

"Kenapa? Salah aku cakap? Aku call berkali kali kau tak angkat. Semalam pergi rumah jantan tu boleh pula balik sampai malam. Kau buat apa rumah dia?"

Hana menelan liur kesat. Mesti En Hasnol yang memberitahu Fakhrul.

"I tak buat apa apa. Lagipun I dah beritahu papa." Hana menjawab takut takut.

"Beritahu papa? Nasib baik beritahu papa. Kalau tak sampai kahwin pun aku tak tahu yang kau curang dengan aku." Fakhrul berterusan menuduh.

"Curang apa? I cuma pergi makan rumah student I." Hana cuba mempertahankan diri.

"Habis tu tak boleh nak beritahu I? Tak boleh? Makan sampai kat rumah dia. Lepas makan tu buat apa?"

Hana bertambah berang. "Ibu dia ada kat rumah tu. You ingat I dah tahu dosa ke nak buat benda tak elok?" Matanya sudah berkaca.

"Oh, jadi dia bawa kau jumpa mak dia lah? Tak guna betul. Lepas ni apa? Masuk meminang kau pula. Hey, kau cakap sikit dengan dia tu, aku ni tunang kau. Jangan suka suka hati nak ambil hak orang."

"Boleh tak you jangan nak cemburu tak tentu pasal. I memang dah kenal ibu dia."

Fakhrul mengetap bibir kasar. Matanya tajam memandang Hana.

"Baik you pergi sekarang. You keluar. Keluar!" Hana bertempik.

"Kau jangan nak tinggi suara dengan aku." Fakhrul turut meninggikan suara.

"Kau bukan suami aku. Jangan ingat kau boleh kongkong aku. Pergi!" Hana sudah hilang sabar.

Pang!

Rebah Hana penangan tamparan Fakhrul. Terus Hana terkedu di situ. Tangannya menyentuh hujung bibir yang sudah berdarah. Air matanya mengalir.

Fakhrul mencangkung di depannya. Rambut Hana ditarik kasar. Jeritan gadis itu tidak diendahkan.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now