Epilog

16.2K 546 36
                                    

🎸🎸🎸







"Nuh..."

Nuh mengangkat muka mendengar panggilan meleret isterinya.

"Ya, nak apa?" Dia bangun mendekati Hana yang berada di atas katil. Sejak semalam, Hana sudah dimasukkan ke wad. Doktor memberitahu bila bila masa saja isterinya akan melahirkan putera mereka.

"Saya rasa nak makan pau daging yang jual kat bawah semalam tu. Semalam saya tengok saja. Hari ni macam teringat ingat pula."

Nuh tersenyum. Kepala Hana digosok gosok. "Kenapa tak cakap semalam?"

"Ingat kan dah nak beranak semalam."

Kali ini Nuh tergelak kecil. "Ya lah. Saya turun kejap. Pergi beli."

"Okey." Laju Hana mengangguk.

Sebaik saja Nuh keluar, Hana turun dari katil. Ibu mertuanya memberitahu, banyakkan berjalan untuk memudahkan proses kelahiran.

Perlahan lahan Hana berjalan di sekeliling bilik itu. Tangannya memegang pinggang manakala sebelah lagi mengusap perut.

"Sayang, nanti sayang keluar cepat cepat ya. Jangan buat mama sakit lama lama. Mama takut..." Dia tersenyum sendiri. Tak sabar mahu melihat bayinya.

Tak lama selepas itu, pintu bilik dibuka. Wajah Nuh terpacul di situ. Tangan memegang beberapa plastik makanan.

"Wife... buat apa ni? Jatuh nanti macam mana?" Berkerut kerut wajah Nuh. Dia meletakkan plastik makanan di meja sebelum mendapatkan Hana.

"Ala, saya jalan jalan saja. Ibu cakap nanti mudah nak bersalin."

"Ya. Tapi boleh tunggu saya kan. Ish, dia ni. Degil sangat. Jom duduk makan dulu." Hana dipimpin duduk di birai katil.

Hana hanya tersengih sengih. Matanya tunak memandang ke arah plastik yang sudah di buka oleh Nuh.

"Nuh, cepat lah..."

"Sabar sayang. Nah, elok elok. Panas lagi tu."

Hana mencapai pau yang dihulurkan oleh Nuh namun hanya seketika sebelum dia kembali melepaskan.

"Panas..."

"Kan saya dah cakap panas. Gelojoh lagi." Pau itu dicubit sedikit. Ditiup nipis sebelum diletakkan di bibirnya.

"Dah, tak panas dah." Cubitan pau itu disuakan ke mulut Hana.

Hana terus membuka mulut. Perlahan lahan dikunyah dengan mata terpejam. "Sedapnya..."

Nuh hanya menggeleng. Lucu melihat reaksi isterinya. "Nak lagi tak?"

"Nak."

Nuh terus menyuap. Dua biji pau juga dihabiskan oleh Hana. Sesudah itu Nuh menyuapkan pula dengan yogurt yang dibeli.

"Makan sampai habis. Nanti baru ada tenaga nak bersalin."

"Baik, ayah." Hana menjawab dengan manja. Seolah olah mahu meniru suara anak mereka.

Nuh tersenyum panjang. Pipi Hana dicuit sedikit. "Jom turun. Kita jalan jalan kat luar nak?"

I Like You | ✔Where stories live. Discover now