Bab 23

8.4K 490 11
                                    

🎸🎸🎸





Sebaik saja Hana pergi, Nuh masih tercegat di situ. Menyesali tindakannya berjumpa Balqis pada hari itu. Dia terlalu ikutkan rasa marah. Akhirnya, kejadian sebegini terjadi. Kesal, dia benar benar kesal.

Bagus. Hadiah hari jadinya yang paling terbaik!

Nuh menuju ke arah motosikal. Laju dipecut membelah jalan raya. Sampai di satu jalan yang agak lengang, Nuh melihat kereta Hana tersadai di tepi jalan.

Tanpa teragak, motosikalnya di hentikan di belakang kereta Hana. Topi dibuka, tergesa gesa dia mendekati kereta di bahagian pemandu. Risau sekiranya berlaku sesuatu yang buruk pada gadis itu.

Dari cermin tingkap, dia melihat Hana yang menekupkan wajah pada stereng kereta. Cemas, dia fikir gadis itu sudah tidak sedarkan diri.

Cermin tingkap kereta diketuk kuat.

Rasa lega apabila Hana terus mengangkat muka memandangnya. Namun, Nuh terpaku. Gadis itu menangis. Air mata sudah mencemari wajah itu.

Hana yang menyedarinya, cepat cepat menyapu air mata yang masih bersisa. Dia berteleku di dalam kereta walaupun berkali kali Nuh mengetuk, menyuruhnya membuka pintu kereta.

Enjin kereta kembali dihidupkan, mahu meninggalkan Nuh di situ. Tak sanggup mahu menjawab jika Nuh bertanya padanya nanti.

Nuh tidak membiarkan. Pantas dia berdiri di depan kereta Hana. Wajah serius, menandakan dia takkan berganjak dari situ.

Hana terus melepaskan keluhan. Terasa mahu menjerit pada Nuh ketika itu. Cermin tingkap kereta diturunkan. Hanya sedikit.

"Nak apa!?" Hana menjerit dan suaranya jelas serak.

"Buka pintu ni." Mendatar suara Nuh. Dia kembali ke sisi kereta.

Hana mendiamkan diri. Langsung tidak bergerak. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk memecut keretanya.

"Hana, saya cakap buka pintu ni." Nuh sudah meninggikan suaranya.

"Nak apa? Pergilah. Jangan ganggu saya!" Hana turut meninggikan suaranya.

"Jangan buat saya pecahkan cermin ni. Buka sekarang."

Hana terdiam. Dia melirik wajah Nuh sangat tegang.

Berkira kira dan teragak agak. Jari tanpa sedar mengetik butang lock pada pintu.

Nuh terus membuka pintu kereta. Tangan Hana dicapai dan dia terus menarik gadis itu keluar dari kereta, berjalan ke bahagian depan kereta.

Hana merentap kasar tangannya yang berada dalam genggaman Nuh. Mata mencerlung pada lelaki itu. Sesudah memeluk Balqis, tangannya pula dipegang!

"Kenapa ni?" Lembut namun menekan suara Nuh bertanya.

"Kenapa apa?" Dada Hana berombak kasar. Tanpa memandang Nuh, tangan disilangkan ke dada.

"Kenapa menangis?"

Hana tersentak. Dia mendiamkan diri seketika. "Saya tak menangis."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now