Bab 10

9.7K 527 4
                                    

🎸🎸🎸

"Ibu, Nuh ada kat luar ni. Ibu kena kuat. Nuh tunggu ibu. Ya?"

Pn Zayana mengangguk dengan senyuman pucat di bibir. Meyakinkan satu satunya anak yang dia punya bahawa dia akan baik baik saja.

Dahi Pn Zayana, Nuh cium lembut. Senyuman ibunya dibalas seboleh mungkin. Perlahan lahan jururawat menolak katil ibunya memasuki bilik pembedahan. Tangan ibunya akhirnya dilepaskan.

Seketika, Nuh hanya mundar mandir di hadapan bilik pembedahan. Gelisah. Nuh mengambil tempat di bangku di ruangan menunggu itu.

Mukanya diraup beberapa kali. Keresahan menunggu walaupun hanya beberapa minit pembedahan dijalankan.

Seketika, Nuh teringatkan kata kata Hana. Dia bangun menuju ke surau, mahu membuat solat hajat lagi untuk keselamatan ibunya.

Kembali saja ke bilik pembedahan, dia dapat melihat susuk tubuh seorang gadis sedang duduk di kerusi berhadapan dengan bilik pembedahan ibunya. 

"Cik Hana?" Nuh menegur.

Hana menoleh dan pantas bangun dari kerusi apabila Nuh mendekati. Lama Nuh merenungnya.

"Cik datang?"

Hana tersenyum. "Anggap saja saya tak terima nota awak tu."

Nuh tersenyum nipis. Matanya redup memandang wajah Hana. Betapa dia gembira Hana dapat datang menemaninya di sini.

"Ibu awak dah ada kat dalam ke?"

"Dah. Dalam jam 9 tadi masuk." Jam ditangan dijeling. Sudah hampir sejam ibunya berada di dalam bilik pembedahan.

"Duduk cik." Nuh menjemput. Dia mengambil tempat di sisi Hana setelah gadis itu duduk.

"Awak ke mana tadi?" Sengaja Hana bertanya walaupun dia dapat mengagak apabila melihat rambut Nuh yang basah.

"Em, surau." Tanpa memandang Hana, Nuh menjawab.

"Doa untuk ibu awak?"

Nuh menoleh pada Hana. Tersenyum, dia mengangguk.

"Awak okey kan?"

Nuh hela nafas panjang. "Alhamdulillah, saya okey. Saya bertambah okey lepas tengok cik kat sini."

Hana terpana. Dadanya berombak kencang. Terus matanya dilarikan dari terus memandang Nuh.

"Baguslah. Doktor ada cakap ke berapa lama pembedahan ni dijalankan?" Jelas. Suaranya bergetar.

Nuh memandang ke arah pintu bilik pembedahan. "Jangkaan dalam 4 jam. Tapi tak tahu lah. Saya harap semua lancar."

"Jangan risau. Semuanya akan berjalan lancar." Ujar Hana, meyakinkan.




🎸🎸🎸




Nuh sudah tersengguk sengguk di kerusi. Sudah beberapa malam dia tidak dapat tidur yang nyenyak.

Nafas dihela panjang dengan mata yang terpejam. Lehernya diurut urut. Badan cuba diselesakan pada bangku. Entah bila, dia tertidur.

Nuh hanya tersedar beberapa minit kemudian. Sayup sayup dia terdengar suara seseorang. Mata dibuka. Selang beberapa kerusi darinya, Hana sedang membaca surah Yasin. Perlahan saja suara gadis itu mengalunkan bacaan Yasin. Mungkin tidak mahu mengganggu lenanya.

Hana diperhatikan sehingga gadis itu menyudahkan bacaan. Perlahan lahan dia berpura pura bangun menegakkan badan di kerusi.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now