Bab 19

8.2K 472 9
                                    

🎸🎸🎸







"Esok keluarga Fakhrul datang rumah." En Hasnol berkata tanpa memandang Hana. Matanya melekat pada surat khabar di tangan.

Hana tercengang. "Papa, apa ni? Adik baru sampai, papa dah cakap pasal ni."

"Tak apa lah. Mereka saja datang nak jumpa adik. Adik pun dah lama tak balik kan. Mereka nak juga tanya khabar adik."

Hana mengeluh. "Fakhrul datang juga ke?"

"Tak. Umi dengan walid dia saja. Fakhrul tak cuti macam adik."

"Hmm, baguslah kalau dia tak ada."

"Dik..." Em Hasnol menegur. Surat khabar ditutup setelah itu, memandang si anak perempuan yang sudah cemberut wajahnya.

"Papa, please. Adik tak suka Fakhrul."

"Adik selalu cakap tak suka, tak suka. Hati hati, nanti adik jatuh cinta dengan dia." En Hasnol mengusik.

"Kalau macam tu adik suka dia. Adik suka sangat sangat dengan Fakhrul." Hana menyindir papanya, geram.

"Kalau suka, kahwinlah terus."

"Papa!" Hana hampir menjerit. Geram betul dengan En Hasnol. Memang tak faham dia.

En Hasnol hanya tergelak. Suka benar dia mengusik Hana.

"Adik nak tidur rumah along malam ni." Dalam cebikan, Hana bangun dari sofa. Menghentak kaki.

"Adik tak kesian papa ke? Selama ni, dah la papa seorang diri saja dalam rumah ni. Along tak apa lah, isteri dengan anak dia ada." En Hasnol cuba menarik simpati si anak daranya.

"Kak Yam dengan abang Johan kan ada temankan papa." Hana maksudkan pada pembantu rumah dan pemandu papanya, pasangan suami isteri yang tinggal bersama En Hasnol.

"Papa dah bosan tengok mereka. Nak tengok adik pula. Dah lama tak balik, ingat papa tak rindu?" Ujar En Hasnol.

Hana masih memuncung namun wajahnya sudah berubah sayu. "Adik pun rindu papa..."

"Dah tu? Nak tinggalkan papa, pergi rumah along?" En Hasnol tersengih.

Hana kembali ke sofa, duduk di sisi En Hasnol. Lengan papanya itu dipeluk erat. Kepala dijatuhkan di bahu En Hasnol.

"Tak naklah. Tak jadi. Dah la adik cuti kejap saja. Adik nak luangkan masa banyak banyak dengan papa."

En Hasnol tergelak kecil. Hana, Hana. Mudah saja mahu memujuk anak daranya itu.








🎸🎸🎸









Seperti yang diberitahu oleh En Hasnol, hari itu keluarga Fakhrul datang ke rumah. Tapi bukan sekadar datang bertanya khabar. Siap datang bawa cincin merisik lagi.

Hana layankan saja. Tapi pulang saja ibu bapa Fakhrul, terus dia mengamuk. Puas mengamuk, Hana berkurung di dalam bilik. Seharian dia tidak keluar dari bilik dan isytihar perang dengan En Hasnol.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now