Bab 31

8.8K 480 4
                                    

🎸🎸🎸








"Assalamualaikum, ibu." Nuh memanggil. Tangannya menjinjit beg plastik masuk ke dapur. Hana dibiarkan terkulat kulat di muka pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Nuh?" Pn Zayana keluar dari bilik. Toleh ke muka pintu, baru dia terperasan Hana sedang tercegat di situ.

"Eh, Hana. Ya Allah, lama mak cik tak jumpa Hana. Masuk Hana. Kenapa tercegat kat situ?" Pn Zayana kedengaran gembira dengan kedatangan gadis itu.

"Eh, Nuh lupa nak jemput Hana masuk tadi." Nuh bersuara setelah muncul dari dapur.

Pn Zayana terus memukul lembut lengan anaknya."Apa buat macam tu."

Hana tersenyum. Masuk ke dalam rumah, tangan wanita itu disalami. "Mak cik sihat?"

"Alhamdulillah, baru rasa sihat lepas pembedahan hari tu. Mari duduk Hana." Tangannya menarik tangan Hana duduk di kerusi.

"Ibu, Hana makan kat sini malam ni." Nuh memberitahu.

"Laa, kenapa tak cakap awal awal. Boleh ibu masakkan untuk Hana. Ana pun datang tadi boleh tolong ibu."

Nuh berpandangan seketika dengan Hana. Cepat pula dia kembali menoleh pada Pn Zayana, mengelak pandangan gadis itu.

"Ibu jangan mengada nak memasak pula. Rehat saja. Hari ni Hana yang masak." Nuh mengusik.

Reaski Hana diperhatikan dan dia hampir tergelak melihat reaksi gadis itu.

"Nuh." Hana berbisik perlahan walaupun pasti didengari oleh Pn Zayana di sebelahnya.

Nuh akhirnya tergelak. "Gurau saja lah. Nuh nak masak special hari ni. Ibu dengan Hana duduk saja. Ya?"

Hana tersenyum lega.

"Nuh masuk mandi dulu la. Dah nak maghrib ni."

Nuh terus menghilang ke biliknya setelah mendapat anggukan dari Pn Zayana.

"Suka sangat menyakat Hana." Pn Zayana kembali memandang Hana.

Hana hanya tersenyum nipis. "Nuh pandai masak ke mak cik?"

Pn Zayana menoleh ke arah dapur sebelum memandang Hana. "Nuh, dari kecil dah pandai berdikari. Masak, kemas rumah sampai cari duit untuk kami sekeluarga pun dia."

Hana terdiam sehingga Pn Zayana menyambung.

"Kadang kadang mak cik kesian dengan Nuh, terpaksa hidup dalam keadaan keluarga yang macam ni."

"Maaf Hana tanya. Maksud mak cik, keluarga yang macam mana?" Perlahan Hana bertanya risau menyinggung hati wanita itu.

"Nuh tak pernah cerita?" Pn Zayana sudah teragak agak untuk memberitahu, bimbang Nuh tidak menyukainya.

"Em, pasal ayah Nuh ke?" Hana hanya meneka.

"Oh, jadi Hana dah tahu la?" Pn Zayana mengagak Hana sudah mengetahuinya.

Hana pula langsung tidak menggeleng, tidak pula menangguk.

"Hmm, kalau ingat balik apa yang ayah Nuh buat pada kami..." Pn Zayana tidak meneruskan kata kata. Rasa sebak menghimpit setiap kali mengingatkan bekas suaminya.

"Mak cik..." Hana menggosok gosok belakang badan Pn Zayana, cuba menenangkannya. Risau juga.

"Sejak Nuh kecil, Hana. Tubuh tu la yang selalu kena sepak terajang ayah dia. Hampir setiap hari, Nuh dipukul, ditumbuk hanya kerana kesalahan kecil yang kadang kala tu Nuh tak tahu apa apa pun. Luka, lebam, berbirat kat badan dia tu biasa."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now