Bab 42

10.4K 489 19
                                    

🎸🎸🎸







Hana tersenyum lega. Akhirnya, pertunangan dengan Fakhrul terputus juga, secara baik. Ibu bapa Fakhrul berkali kali memohon maaf padanya dengan apa yang Fakhrul telah lakukan.

Sejak hari itu juga, dia langsung tidak nampak Fakhrul. Alongnya sendiri berjumpa Fakhrul, entah amaran apa yang diberi pada Fakhrul, dia juga tidak tahu.

Beberapa minggu berlalu, Hana pulang lagi ke rumah En Hasnol. Sekarang, kerap juga dia pulang setiap kali hujung minggu.

"Papa tak ke kilang hari ni?" Hana bertanya, menegur papanya yang duduk bersantai di depan televisyen. Dia turut melabuhkan duduk di sisi En Hasnol.

"Tak, ada orang nak datang rumah hari ni?" Mata En Hasnol masih di kaca televisyen.

"Oh, patutlah Kak Yam masak special. Siapa nak datang?"

"Adalah. Kejap kejap lagi adik bersiaplah. Tak lama lagi sampai la tu." Jam di dinding dipandang.

"Kenapa pula adik kena bersiap? Tetamu papa kan? Malas lah."

"Takkan tak nak jumpa tetamu papa pun?" En Hasnol melirik anak gadisnya.

Hana terdiam seketika. "Hmm, okey."

"Pergi bersiap sekarang lah. Pakai cantik cantik. Ya?"

Hana mengerutkan kening namun dia bangun juga dari sofa, naik ke biliknya.

Masuk ke dalam biliknya, Hana menyalin seluar belang belang dan baju lengan pendeknya kepada skirt labuh dan t shirt berlengan panjang. Setelah menyolek ringkas wajahnya, selendang akhirnya diletakkan kemas di kepala.

Keluar saja dari bilik, En Hasnol mendekatinya. "Adik, jemput tetamu papa masuk. Dah sampai tu. Papa nak tengok Kak Yam ni, dah siap masak ke belum."

"Eh, papa la yang jemput. Biar adik tengokkan kak Yam."

"Pergi saja. Papa suruh adik ni." Tanpa mempedulikan wajah cemberut Hana, En Hasnol terus masuk ke dapur.

Hana segera melangkah ke muka pintu. Buka saja pintu, susuk tubuh seorang lelaki sedang membelakangi pintu.

"Encik, sila masuk." Hana menjemput lembut. Terjenguk juga dia mahu melihat gerangan lelaki itu.

Lelaki itu perlahan lahan berpaling ke arahnya. Hana hampir ternganga melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di depannya. Penampilan lelaki itu berbeza sekali.

Hana terkesima. Nuh memotong pendek rambutnya. Kelihatan kemas berbanding rambutnya yang mencecah bahu sebelum ini.

Rait wajah tenang yang sedang merenungnya itu diperhatikan. Lebih sebulan, rasanya sudah hampir 2 bulan dia tidak melihat wajah ini. Datang datang terus dengan kejutan sebegini. Mahu melompat rasa jantungnya.

"Ehem." Nuh berdehem perlahan apabila Hana kelihatan kaku di depannya.

Hana tersentak. Cepat cepat dia kawal riak wajahmya. "Buat apa awak datang sini?" Dingin suara Hana bertanya.

"Saya nak jumpa En Hasnol bukan Cik Hana. So, excuse me?" Terus Nuh masuk ke dalam rumah.

Hana memejamkan mata seketika. Mengetap bibir, dia turut masuk ke dalam rumah. "Ada apa nak jumpa papa?"

I Like You | ✔Where stories live. Discover now