Bab 4

10.1K 582 9
                                    

🎸🎸🎸


Hana jongket kening. Tangan bersilang memeluk tubuh. "Bau rokok..."

Nuh sedikit mencemik. "Ya. Saya baru lepas merokok."

Hana menghela nafas perlahan. Wajahnya dipalingkan ke sisi. Bibir diketap geram.

"Kenapa awak pukul Asri?" Mata kembali ke wajah Nuh.

"Saya rasa cik dah dengar apa yang dia cakap pada saya."

Hana jeda seketika. "Memang orang lelaki ni selesaikan masalah dengan bertumbuk ke apa?"

Nuh tersengih. "Kalau saya cakap baik baik, Asri akan dengar ke?" Menggeleng dan senyuman Nuh bertukar sinis. "Kalau orang hina keluarga cik, apa cik buat?"

Hana terdiam.

"Balik menangis? And that's all. Lain kali, dia akan hina lagi."

Wajah Hana cemberut. Tidak berpuas hati dengan kata kata Nuh.

"Oh ya. Ataupun cik tak pernah kena hina macam ni? Jadi cik tak rasa apa yang saya rasa dan cik takkan bertindak macam apa yang saya buat pada Asri semalam."

Hana terdiam terus.

"Saya rasa apa yang saya buat tak salah dan saya tak peduli kalau cik rasa salah. In my world, it's okay to give him a lesson." Nuh tidak mahu mengalah.

"What you have been going through, Nuh?"

Nuh terdiam. Kelu. Dia hanya memandang Hana.

"Awak okey ke?"

Nuh memalingkan wajah dari Hana. Langsung tidak berkata apa apa, dia berlalu pergi dari situ.

Tanpa sedar, Hana mengekori sehingga ke belakang bangunan kolej. Sebuah taman mini terletak di situ. berhadapan dengan sebuah padang lapang.

"Nuh..." Hana menegur.

Nuh menoleh. Asap rokok berkepul kepul keluar dari mulutnya. Wajah berkerut tidak senang melihat Hana di situ.

"Apa cik buat kat sini?" Tegang suara Nuh.

Hana angkat bahu. Tak peduli dengan kemarahan Nuh. "Saya ikut awak."

Nuh seakan membentak. Duduk dihempas pada bangku di situ. Begnya turut dilempar kasar ke atas meja.

"Berani awak merokok dalam kawasan kolej? Tak tahu peraturan ke?" Hana menegur.

"Stop talking about rules." Nuh merungut kasar.

Hana memandang Nuh yang duduk membelakanginya. Ada rasa takut juga untuk mendekati pelajarnya itu. Namun entah mengapa, bagai ada yang menariknya untuk terus berada di situ.

"Cik nak apa?" Nuh menoleh sedikit pada Hana. Suaranya sudah melembut.

Jarang sekali mana mana pelajar atau pensyarah datang ke taman belakang kolej itu. Tempat itu bagaikan sudah menjadi tempat dia melepak.

"Tak boleh ke saya nak duduk kat sini? Bukan tempat awak pun kan?" Cuba beriak selamba, Hana mengambil tempat di salah satu bangku yang mengelilingi meja.

Mata Nuh mengekori gerak geri Hana. Senyuman sinis terukir di hujung bibir. Dia dapat lihat gadis itu kelihatan sangat kekok.

Asap rokok dihembus ke wajah Hana. Sengaja mahu menduga reaksi pensyarah muda itu.

"Ishh, apa ni?" Hana mengerutkan kening. Tangannya mengibas ngibas asap rokok yang dihembus Nuh. Terus tangan menekup kemas di hidung.

Nuh menjatuhkan putung rokok sebelum memijaknya. Tubuh disandarkan ke bangku. Mata masih memandang Hana.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now